The hell...?

2.7K 249 0
                                    

19.

Sh**!

Sh**!

Dia dah lambat!

Kenapa la tak ada sesiapa yang cuba bangunkan dia dari tidur tadi.

Memangnya Airis tak bangun awal ke!

Ugh!

              "Airis!!apa kau buat lama sangat dekat atas tu?asal tak turun lagi?Kita ada kuiz!"panggil Aron sewaktu mendaki tangga, lantas membelok ke arah bilik Airis. Aron berdiri di depan pintu bilik tersebut yang sentiasa tidak ditutup dengan muka termangu. Melihat bilik itu lengang tiada penghuni. Katil itu kemas dan tidak terusik.

Aik!?

Patut la senyap je...tak ada orang rupanya.

Ketika itulah suara kecil kedengaran dari arah tangga.

                "Abang kenapa tak pergi lagi?"tanya Jennie sewaktu menuruni tangga bersama dengan David memegang tangannya.

Kemudiannya Encik David menyampuk.

                "Kamu cari Airis ke Aron?"

                "Ha'ah...ayah tahu dia ke mana?"

                "Airis dah keluar...dia pergi dengan Adriana....."maklum Encik David sewaktu sebelah tangan mendukung Lissa.

                 "Bila?"tanya Aron yang jalan mendekati tangga dan mengekori langkah tiga beranak itu dari belakang.

                 "Baru jer ni tadi...Airis kata dia ada rujukan yang nak di buat...sebab tak nak ganggu kamu. Dia ingat nak naik teksi. Tapi mama kamu berkeras hendak menghantar dia ke sana...”jelas Encik David sambil memimpin Jennie menuruni tangga.

Aron termenung seketika sambil menuruni tangga. Hisy!Dah kenapa tak bangun kan dia sekali kalau nak pergi awal. Sengaja tau Airis ni!

Malas nak fikir banyak. Dia terus  pandu kereta SUV hitamnya ke kolej.

Selang beberapa minit kemudian. Aron tiba di laman fakulti,  seperti biasa dia akan disambut oleh rakan sekumpulan besbolnya.

                 "Seorang jer?"soal mereka sambil menjengah kepala seperti leher zirafah. "Mana awek cun yang selalu datang dengan kau tu?”tanya Jack dengan senyuman penuh maksud.

Aron membuat muka menyampah saat bertentang mata dengan Jack.

                 "Aku tak tahulah apa hubungan kau dengan awek cun tu...tapi aku nak kau tahu yang Isaac dengan dia sekarang..."maklum Teo sewaktu berjalan seiring dengan Aron di sisi.

Sepantas kilat Aron memaling kepala ke  Teo. Kening Aron berkerut, dia berpaling terkejut ke kanan. Memandang Teo dengan muka tidak percaya.

                "Apa?"tanya Aron.

                "Dia orang ada dekat lobi rasanya masa aku nampak tadi..."juih Lucas ke arah dalam bangunan.

Tanpa membuang masa Aron terus berlari masuk ke dalam bangunan. Matanya liar melihat ke sekelilingnya. Mencari bayang Airis. Tidak lama selepas itu dia melihat Airis berdiri di depan lokar bersama dengan Isaac di sisi. Kepalan penumbuk di genggam menahan sabar.

                 "Airis!”panggil Aron yang membuatkan semua kepala di tala ke arahnya.

Airis berpaling, kening gadis itu berkerut sewaktu melihat Aron mendekat.

Isaac yang bersandar pada lokar kemudiannya berdiri tegak. Sama-sama berdiri melangit di depan Airis sewaktu Aron berdiri di belakang Airis.

Membuatkan Airis terperangkap di antara dua lelaki yang bersusuk tubuh seperti dua buah gunung yang gah. Masing-masing tinggi melampai. Membuatkan Airis berasa kerdil berada di tengah antara dua orang tersebut.

                 "Kenapa kau tak kejutkan aku?"soal Aron tanpa mengalihkan pandangannya dari Isaac. Apahal mamat ni dekat dengan Airis? Nak cari masalah la tu?

Airis menutup pintu lokar. Lalu dongak memandang Aron.

                  "Who the one get wasted last night?"soal Airis yang menjuling mata enggan mempedulikan dua orang lelaki di depannya. Dia berjalan pergi meninggalkan Aron dan Isaac begitu saja.

Isaac berpaling tapi dia baru nak kejar, Aron dah hadang dadanya sambil memandang beri amaran kepadanya. Nak tak nak Isaac terpaksa batalkan niatnya serta merta.

Setelah itu Aron pun mengejar langkah Airis lalu jalan seiring dengan gadis itu untuk menuju kelas yang sama.

                "Kenapa Isaac ada dengan kau?"tanya Aron.

                 "Pulangkan phone..."balas Airis mendatar.

                  "Kenapa dia boleh ada phone kau?"

                  "Manalah aku tahu..."Airis membelok ke kanan.

                   "Dia nak apa jer dengan kau tadi?"

Airis melepaskan keluhan letih. Dia menoleh ke Aron dengan renungan 'seriously' pada lelaki itu. Tak reti penat ke?Pagi-pagi lagi dah banyak bercakap?

Haih...tak kuasa la nak menghadap!

                    "Manalah aku tahu...belum dia sempat nak cakap apa-apa kau dah datang dan tiba-tiba berperangai like some a freaking annoying policeman...."jawab Airis bernada jengkel.

Aron membuka mulut hendak membalas tetapi ditutup semula selepas mendengar komen Airis. Eh.. perempuan ni kan! Mana dia tak panik!,

Kalau Airis buat hal ke ganggu orang ke...tak ke.  dirinya yang dipersalahkan.

                

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now