"Selfish "
"Kau sapa hah?!!"Yanena menyoal kasar kepada Elsyamia Xandra yang tengah sibuk mencuci kereta itu.
"Tukang cuci kereta.."Elsyamia xandra menjawab acuh tak acuh, dia sangat mengenali perempuan itu,banyak yang dia simpan dan rahsia..sejauh mana dia sangat mengenali perempuan cantik seksi itu.
Yanena mencengkam kasar lengan Elsyamia Xandra dengan pandangan yang sangat tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.
"Setahu aku Jayzenz..Tidak pernah ada orang gaji secantik kau..nak kata kau ni kaum keluarga dia..aku dah cukup kenal semua ahli keluarga yang berkaitan dengan dia..ke kau ni perempuan penyundal peminta sedekah?!"kutuk Yanena selamba dengan muka jengkelnya.
Menarik nafas panjang Elsyamia Xandra dibuatnya, dia bukanlah seorang perempuan yang penyabar bila orang tidak bercakap baik dengannya,lengan direntap kuat dari genggaman perempuan itu.
"Aku penghuni rumah ni..tolong jangan ganggu saya buat kerja.."Elsyamia xandra menyambung mencuci keretanya.
Yanena mendengus kasar,kerana geram kepada gadis cantik si pencuci kereta itu,tubuh Elsyamia Xandra ditolaknya kuat,sehingga Elsyamia Xandra jatuh tersungkur.
Elsyamia xandra hilang sabar,baldi yang berisi air sabun itu di angkat dan disimbah ke arah tubuh perempuan sombong itu..Nah! Rasakan berani sangat menganggu singa betina yang tengah bersantai-santai.
"Hei!!"Yanena menengking marah dengan tindakan Elsyamia Xandra itu.
"Better kau jauhkan diri daripada aku...Aku tak nak kau lari tidak cukup kaki bila aku mengamuk pulak nanti!!"Elsyamia xandra memandang sinis kepada yanena,tetamu yang datang dengan perangai tak senonoh..layanan yang patut diberikan adalah layanan yang setimpal.
"Aku bakal puan besar rumah ni..kau yang patut berhati-hati..Aku boleh hancurkan kau dengan sekali petik jari sahaja budak bodoh!!"Yanena berkata dengan angkuhnya.
Elsyamia xandra ketawa sinis,beginilahkah didikan si pendusta kepada anak angkat kesayangannya,langsung tidak bertapis bila bercakap!,memang sangat kurang ajar!,senang sangat membuat musuh..meskipun orang itu baru sahaja ditemuinya.
"Tidak baik terlalu yakin..nanti diri sendiri yang rasa merana!"Elsyamia xandra menutup kuat pintu keretanya,sehingga yanena yang terkejut itu termelatah dengan gelagat yang membuatkan Elsyamia Xandra menahan ketawa.
"Kau akan menyesal!!
Sangat menyesal bila aku sudah berkuasa di sini nanti!!"Yanena itu sambil menolak kasar tubuh Elsyamia Xandra.Elsyamia xandra mengeluh kasar
Beginikah perempuan yang dimahukan Jayzenz shane untuk mendampinginya seumur hidup..memang pilihan yang sangat teruk!."Aku tak suka bergaduh..kalau cik nak jumpa tuan rumah..silakan masuk sekarang,lagipun kotor sangat air yang aku guna cuci kereta tadi..silap hari bulan boleh berjerawat pulak cik ni nanti.."Perli Elsyamia Xandra angkat kaki pergi daripada situ.
"Cik yanena ok ke??"sampuk satu suara yang memerhatikan daripada tadi pertengkaran kecil antara dua perempuan itu.
"Mona sapa budak jahat tu?"
"Entahlah..tapi yang saya lihat dia keluar masuk bilik MR.JZ sesuka hati..Dia gunakan alasan sebagai pengasuh Jayrez untuk menceroboh masuk bilik MR.JZ kut!"kata Mona orang gaji Jayzenz shane itu dengan gaya yang menghasut.Maklumlah sebenarnya Yanena yang membantunya banyak dalam mencari perkerjaan dan disinilah dia bertahan,Ataupun terpaksa bertahan dengan perangainya cerewet dan dingin MR.JZ itu..kerana dia sebenarnya syok dengan MR.JZ yang sangat kacak dan bertubuh tinggi lampai itu..Dia turut berangan mahu memiliki lelaki itu..Tapi hanya sekadar berani bermimpi,kalau Yanena tahu rasa hatinya itu..boleh kiamat hidupnya nanti,yanena bukan orang yang tepat untuk dijadikan saingan.
"What?!!!!!"Yanena terjerit kuat,Mustahil Jayzenz shane membenarkan orang lain memasuki biliknya termasuk dia sekalipun,lelaki itu sangat mustahil untuk digodanya hingga ke bilik tidur..memang sangat mustahil.
Tiba-tiba yanena merasakan hatinya berapi-api,perempuan itu memang sangat cari pasal dengannya,Beraninya menceroboh tempat yang belum dijejakinya dan hanya dia sahaja yang layak menjejakinya.
Tapi dia harus bersabar Jayzenz shane tidak sukakan perempuan yang suka memberontak dan mengamuk,salah tindakan lelaki itu akan menyingkirkannya terus seperti wanita-wanita lain yang sudah dibuang pergi daripada lelaki itu kerana sikap mengedik dan mengada-ngada yang keterlaluan.
Yanena harus bersabar menunggu saat dimana Jayzenz shane rasmi mengiktiraf dirinya sebagai teman wanita sekaligus menjadi bakal isteri dan diangkat seterusnya menjadi isteri lelaki pujaannya itu..yanena harus bertabah!.
"Cik yanena nak balik ke?tak nak masuk dulu?"Soal Mona apabila dilihatnya wanita cantik itu masuk semula ke dalam keretanya tanpa masuk menemui MR.JZ seperti kebiasaannya pelik!.
"Aku dah kotor Mona..tak akan nak jumpa bakal husband aku dengan muka dimandikan air pencuci kereta..malulah aku..aku nak kena jaga imej aku sebagai model terkenal dan bakal bini pengerusi JZ holding group..aku tidak akan tampil dengan muka yang tidak sempurna depan kekasih aku.."kata yanena sombong.
"Tapi cik yanena mungkin boleh report dekat Mr Jz apa yang perempuan tak sedar diri tu buat tadi.."Mona menghasut lagi.
"Pleaselah I Tak mengada macam perempuan murahan..Ini urusan aku dengan perempuan itu..tahulah aku nak ajar dia nanti..dan mungkin aku akan musnahkan hidup dia.."kata Yanena tersenyum sinis dan memandu keretanya laju meninggalkan villa mewah JZ itu.
Mona tersenyum puas hati,ternyata niat jahat nya untuk menghapuskan Elsyamia Xandra akan berhasil tidak lama lagi,mahu terkeluar rasanya biji matanya melihat MR.JZ dan Elsyamia Xandra bermandi-manda di kolam renang beberapa hari yang lalu,kalau dia punya kuasa untuk menghalang semua itu,sudah lama Elsyamia Xandra dihapuskanya sakitnya hati dia melihat Elsyamia Xandra berada di villa ini.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
RomanceKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...