Elsyamia Xandra mendengus geram dengan telatah Jayzenz shane melancarkan perang dingin padanya sekarang ni,kata marah dan kecewa dengannya,
Tapi Jayzenz shane tetap merangkak naik ke atas tilam katilnya dan tidur bersamanya,Jayzenz shane ni marah jenis apa agaknya?!!
Sebab biasanya bila pasangan itu bergaduh mereka memilih untuk berjauhan sementara,tapi Jayzenz shane tidak kerana lelaki itu sangat berbeza..Jayzenz shane lagi memilih untuk tetap bersamanya meskipun mereka sudah bertelingkah awal pagi tadi.
"Hello!..marah lagi ke?"Elsyamia xandra mencucuk-cucuk pipi Jayzenz shane dengan telunjuk jemari runcingnya.
Jayzenz shane mendengus dan menepis telunjuk jari Elsyamia Xandra dengan mata yang dipejamkan rapat..Sekarang bukan masa yang sangat sesuai untuk Elsyamia Xandra mengajaknya bergurau senda..Dia masih marah lagi!
"Awak rasa kalau ingatan saya sudah pulih..Awak yakin ke saya serahkan diri saya untuk awak miliki seperti malam semalam?..Kenapa saya merasakan bila ingatan saya benar-benar pulih nanti cara saya layan awak berbeza.."Elsyamia xandra bersuara tenang,itulah yang dirasakannya setelah pertengkaran kecil mereka awal pagi tadi.
Terbuka luas mata Jayzenz shane setelah telinganya menangkap jelas butir bicara Elsyamia Xandra,bagaimana kalau Elsyamia Xandra betul-betul adalah mangsa keadaan yang sengaja dipergunakan oleh Nathan?!!!..tiba-tiba timbul kerisauan dalam hatinya,
"Kau betul-betul hilang ingatan?!"Jayzenz shane bangun dari baringnya dan duduk mengadap Elsyamia Xandra yang kelihatan jauh berfikir dengan kening yang berkerut-kerut.
"Kalau betul pun..bukannya awak percaya pun..menuduh saya lagi teruk tu adalah!"sindir Elsyamia Xandra mencebikkan bibirnya.
"Kalau aku percaya?!"
"Awak boleh percaya aje..yakin tu mungkin tidak!"
"Aku sudah buat baik-baik cuba nak percaya dengan kau..Sekarang kau ambil peluang untuk yakinkan aku bahawa kau betul-betul hilang ingatan.."Jayzenz shane memaut tubuh Elsyamia Xandra dekat padanya..Emm.. wanginya tubuh Elsyamia Xandra ni!"Saya nak yakinkan awak pakai apa..Saya dah bagi awak banyak alasan tapi awak tetap ragu juga.. malah awak juga cakap doktor yang merawat saya pun awak kata rakan subahat saya..kalau saya pulih nanti saya sembur-sembur awak dengan penjelasan sebanyak mungkin tahu tak!!"Elsyamia xandra memprotes geram dengan muka yang masam mencuka menatap dengan sangat dekat wajah kacak Jayzenz shane.
"Aku tidak akan rasa keliru untuk percaya dengan kau..kalau kau tidak pernah berniat untuk membohongi aku dengan berpura-pura hilang ingatan.. dan apa yang paling dahsyat lagi Nathan mengatakan kau pernah menjadi mangsa rogolnya berkali-kali juga,kau tidak tahu betapa hancurnya perasaan aku sebab gagal menyelamatkan maruah kau masa tu.."kata Jayzenz shane dengan nada yang begitu dingin.
Elsyamia xandra terlopong jadi sebab itulah Jayzen shane kelihatan tergesa-gesa pergi meninggalkannya malam semalam selepas mereka melakukan hubungan 'itu',ternyata semuanya gara-gara Jayzenz shane mungkin terkejut mengetahui dia masih suci! Masih anak dara lagi! Dan kemanakah Jayzenz shane pergi malam itu?!!
"Maksudnya malam tadi awak pergi cari Nathan dan dia bagi awak video yang awak tunjuk malam tadi tu begitu ke?!"Darah panas mula menyerbu naik ke wajah Elsyamia Xandra..tiba-tiba dia marah kerana Jayzenz shane tidak berkongsi benda yang penting ini dengannya.
Jayzenz shane meneguk liurnya,wajah Elsyamia Xandra sudah kemerahan kerana marah.
"Awak pergi jumpa Nathan kan?!"Elsyamia xandra menyoal lagi,kali ini intonasi sudah berubah garang.
"Aku jumpa dia sebab aku mahukan penjelasan..sebabnya Kenapa dia sengaja mencipta jurang kepercayaan antara kita.."Jayzenz shane mula membela dirinya.
"Jayzenz jangan sampai sikap awak yang suka menghukum saya sesuka hati itu..akan membuatkan awak kehilangan saya bila ingatan saya pulih nanti..Semua ini buat fikiran saya kusut aje!"Bentak Elsyamia Xandra kesal dan marah kerana Jayzenz shane suka meletakkan kesalahan yang tidak diketahui di bahunya seorang saja.
"Kau tidak boleh tinggalkan aku.."Jayzenz shane menarik tubuh Elsyamia Xandra ke pelukannya,kalau betul Elsyamia Xandra adalah mangsa keadaan yang sebenarnya dia sanggup melakukan apa sahaja supaya Elsyamia Xandra tidak meninggalkannya lagi.
"Kalau sabar saya hilang..Saya sanggup melakukannya..sebab setiap kesabaran itu ada hadnya juga serta bersamaan dengan tarikh luputnya sekali.."kata Elsyamia Xandra mencebik marah.
"Kau milik aku Elsyamia Xandra.."Jayzenz shane mula mencumbui leher jinjang Elsyamia Xandra yang putih bersih kemerahan itu.
"I..itu kata awak.."Elsyamia xandra menggeliat kegelian apabila Jayzenz shane mula mencium dan mengigit-gigit manja bahagian lehernya.
Malah tangan kasar Jayzenz shane sudah bertindak merayap ke dalam bajunya,Elsyamia Xandra mengigit bibirnya adakah mereka mahu mengulangi lagi kejadian malam semalam yang penuh keghairahan itu?!
"Jayzenz sekarang ni kita fokus untuk berbincang dan.."Tenggelam terus ucapan yang mahu Elsyamia Xandra mahu katakan apabila Jayzenz shane sudah memagut bibirnya untuk kali ini,
Dan malam yang dingin bertemakan hujan yang mencurah-curah lebat membasahi bumi Elsyamia Xandra sekali lagi menyerahkan dirinya kepada Jayzenz shane,
Dan malam itu nafas mereka memainkan irama yang sangat nikmat dan berat,Elsyamia Xandra sangat tewas dengan belaian dan sentuhan yang diberikan Jayzenz shane,
Elsyamia Xandra benar-benar sudah hanyut dalam gelora asmara yang dimainkan Jayzenz shane sepenuhnya dengan setiap sentuhan juga ciuman yang begitu membuatkan Elsyamia Xandra terbuai-terbuai dalam hubungan intim di antara mereka.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
RomanceKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...