Part 47🌹

10.1K 172 0
                                    

Hari ini tercapai sudah permintaan Elsyamia Xandra untuk menemui Nathan,bertentangan mata dengan tiga orang sahabat yang sudah mengkhianati itu,semalam dia meminta..dan hari ini Jayzenz menunaikan kemahuannya dengan menyeret tubuh tiga manusia yang sudah mengkhianati ke banglo mewah ini..awal pagi itu.

Kedua-dua lelaki itu dibelasah agak teruk,cuma yang perempuan sahaja yang dalam keadaan baik-baik sahaja,Elsyamia Xandra menarik nafas lega kerana Jayzenz shane masih punya belas kasihan dengan tidak menyakiti kaum perempuan sepertinya,kalau mengikut apa yang manusia bertiga ini lakukan padanya..Semua yang terjadi kepada manusia bertiga ini langsung tidak setanding dengan kesakitan yang di tanggung nya hingga kini.

Perbuatan tiga pengkhianat yang pernah menjadi kawannya ini juga Menimbulkan perasaan benci,marah dan kecewa kerana begini sekali mereka melakukan pengkhianatan kepadanya.

Alan,Taniya dengan Nathan kenapa dia harus salah memilih manusia untuk berkawan,Elsyamia Xandra mengenggam penumbuknya kuat..rasa kecewa mencengkam hatinya..dia mungkin masih tidak ingat mereka bertiga lagi..tapi rasa sakit hati dan kecewa itu hadir secara semula jadi,

Kerana mungkin hatinya yang masih ingat bahawa tiga manusia yang begitu sanggup menyakitinya ini adalah kawan terbaiknya suatu ketika dahulu.

"Kenapa harus bersikap kejam seperti ini..Hanya kerana mahukan kepuasan dalam hati korang bertiga..aku tidak pernah merasakan rasa benci seperti yang aku rasa sekarang pada kamu bertiga..sampai aku rasa nak Jayzenz bunuh korang bertiga aje.."luah Elsyamia Xandra kecewa,tidak menyangka Jayzenz shane begitu mudah menunaikan kemahuannya,sedangkan betapa sulitnya Jayzenz shane untuk bersetuju melakukannya pada awal permintaannya semalam.

Jayzenz shane memaut pinggang Elsyamia Xandra rapat ke tubuhnya,dia mahu Nathan tahu bahawa Elsyamia Xandra tidak mungkin akan menjadi milik lelaki lain selain daripadanya.

"Xandra maafkan aku..aku cuma tertekan dan terpaksa ikut kata-kata Nathan..aku cuma tak nak mengkhianati abang aku sendiri..abang aku lakukan semua ni..Kerana cintanya kepada adik perempuan Nathan yang membuatkan akan melakukan itu..lagipun Nathan sememangnya yang lagi layak memiliki xandra daripada lelaki kaya yang berperangai kaki perempuan.."sempat pulak taniya mencemuh Jayzenz shane yang kelihatan sinis memandang mereka..ya!..Lelaki itu telah menang dalam melindungi dan mempertahankan isterinya dan mereka kini yang menjadi mangsa kepada mangsa mereka.

"Kau tidak berhak tentukan siapa yang aku mahu dan siapa yang sesuai dengan aku..kalau aku sudah mampu ingat semuanya tentang korang..aku sendiri yang akan belasah korang!"tengking Elsyamia Xandra dengan nada sakit hatinya.

"Kau sepatutnya milik aku xandra..bukannya lelaki tak guna tu..aku lakukan semuanya kerana cinta..aku cuma mahu melindungi kau daripada disakiti lelaki playboy seperti Jayzenz shane.."Nathan pulak bersuara lemah,hilang semangatnya untuk melawan Jayzenz shane lagi,apabila berhadapan dengan Elsyamia Xandra perempuan yang sangat dicintainya itu..Dia sangat merindui Elsyamia Xandra.

"Cinta?! Cinta ke tu..kalau Kau hancurkan ingatan aku?!..kau sudah kosongkan ingatan aku?!..dan tanpa serba salah kau mahu rosakkan kepercayaan husband aku terhadap aku lagi kau seronok ke tengok aku menderita?!..tak puas lagi ke kau musnahkan hidup aku?!..kau buat aku hidup dalam kebodohan kerana tidak mampu nak ingat apa-apa lagi sial!..begini kau kata niat mencintai aku sungguh-sunguh..aku benci kau "bertubi-tubi Elsyamia Xandra meluahkan kebenciannya terhadap apa yang mereka lakukan kepadanya,

Yang Elsyamia Xandra geram,kenapa dia boleh menangis pulak menuturkan kebencian itu dan pelukan Jayzenz shane itu membuatkannya semakin pilu,kenapa mereka harus memusnahkan cinta Jayzenz shane kepadanya.

"Xandra kau hilang ingatan..kau betul-betul hilang ingatan..aku fikir.."

"Macam mana aku tidak hilang ingatan..kalau konco tak guna kau tu larikan aku sehingga Kemalangan teruk..Nathan cara kau mencintai aku memang sangat kejam tahu tak..kau buat aku tercedera teruk..kau rampas ingatan aku yang sangat berharga dan kau tidak mampu mengembalikan ingatan itu..meskipun aku meminta kau secara paksa untuk melakukannya.."luah Elsyamia Xandra sebak,kali ini Elsyamia Xandra memeluk tubuh Jayzenz shane erat untuk menghamburkan tangisannya sebaknya..Kerana kawan baiknya sendiri sanggup menyakitinya sampai begini sekali.

Nathan mengenggam penumbuknya,kenapa dia tidak tahu tentang semua ini..nampaknya kebenaran yang satu ini disembunyikan daripadanya dan melihat Elsyamia Xandra begitu terseksa dengan perbuatannya,rasa menyesal yang teramat sangat mencengkam sanubarinya baiklah!..kalau Elsyamia Xandra lebih bahagia dengan Jayzenz shane,kali ini dia lebih nekad untuk mengundurkan diri dan selepas ini dia juga tidak akan membiarkan rasa tamak itu sekali lagi menghasutnya menghancurkan kehidupan Elsyamia Xandra bersama Jayzenz shane.

"Xandra maafkan aku..Maafkan aku kerana rampas ingatan kau.."itu sahaja yang mampu dituturkan Nathan untuk kali ini,hancur keangkuhan untuk memiliki Elsyamia Xandra apabila perempuan kesayangannya itu menangis hiba.

"Xandra tak ingat apa-apa walaupun sudah melihat mereka..Jayzenz lepaskan mereka pergi aje untuk kali ini.."pinta Elsyamia Xandra dengan muka yang memerah kerana sudah banyak menangis.

Jayzenz shane mengangguk perlahan,kalau Elsyamia Xandra sudah meminta begitu dia tidak mahu membantah lagi,kerana apa yang penting sekarang adalah menjaga perasaan Elsyamia Xandra daripada disakiti lagi,

Dan melihat keangkuhan di wajah Nathan semakin pudar,Jayzenz shane yakin kali ini Elsyamia Xandra berjaya menyingkirkan Nathan daripada berangan-angan lagi untuk bersama Elsyamia Xandra,

Dan ternyata tidak sia-sia dia mengalah dengan kemahuan Elsyamia Xandra yang mahu berjumpa sendiri dengan tiga manusia yang sudah mengkhianati hubungan yang dinamakan 'kawan'..Jayzenz shane rasa sedikit tenang untuk kali ini.

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now