Berdentum kuat pintu kereta milik Jayzenz shane sebaik sahaja Elsyamia Xandra keluar daripada kereta milik Jayzenz shane itu.
Hatinya sangat mendongkol marah sekarang ini,rasa sakit hati mencengkam hebat sanubarinya kata-kata kutukan Amy tadi sangatlah mecarik-carik perasaan yang sememangnya punya had kesabaran,
Kata-kata itu sangat keterlaluan!!
Benarkah dia adalah isteri yang mandul kepada Jayzenz shane?!..oh tidak!! Semua perempuan sangat sakit dengan keadaan dirinya begitu termasuklah Elsyamia Xandra!"Xandra kemarahan membuta macam ni tidak akan menyelesaikan masalah..Kita boleh selesaikannya dengan cara meluahkan dan bercakap dari hati ke hati sayang.."Jayzenz shane menangkap pergelangan tangan milik Elsyamia Xandra..sebaik sahaja kaki mereka menjejak kaki ke ruang bilik tidur milik Elsyamia Xandra ,selepas pertengkaran bersama Yanena dengan Amy Elsyamia Xandra minta untuk dihantar balik,memandangkan dia tidak pernah membiarkan orang lain menghantar Elsyamia Xandra pulang,lagipun selama ini dia tidak mahu merisikokan kepercayaannya kepada sesiapa pun buat masa ini..biarlah dia sahaja yang bertanggungjawab jawad menjaga keselamatan Elsyamia Xandra.
"Betul ke saya tak mampu bagi awak keturunan?!"Elsyamia xandra menyoal dengan nada yang kecewa.
"Xandra itu semua fitnah..Kita baik-baik aje..Kita mampu lahirkan zuriat kita sayang.."Jayzenz shane memujuk Elsyamia Xandra dan ditarik lembut ke pelukannya.
"Penipu!!"bentak Elsyamia Xandra tidak mahu percaya,lelaki yang tidak mahu kita terluka sanggup menipu apa sahaja asalkan hati kita tenang,Elsyamia Xandra tidak mahu dirinya dibohongi dia mahu tahu kenyataan itu juga walaupun kebenaran itu begitu menyakitkan.
"Jadi kenapa selepas saya hilang ingatan awak selalu elakkan diri daripada saya?..awak tidak pernah mesra dengan saya seperti seorang husband lakukan pada wifenya..malah kita tidak pernah pulak melakukan hubungan intim..ataupun awak tidak mahu kita melakukan itu kerana hubungan itu bukannya mendatangkan hasil dan awak kecewa melakukannya lagi kan?!"soalan bertubi-tubi daripada Elsyamia Xandra membuatkan Jayzenz shane terdiam sekejap.
Bagaimana soalan Elsyamia Xandra itu harus dijawab mereka bukannya pernah melakukan apa-apa hubungan intim pun..Jayzenz shane mati kata sebentar.
"Sayang sebenarnya kita tidak pernah buat hubungan 'tu' semenjak kita berkhawin..Kita berdua masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing..Kita.."
"Apa?!!"Elsyamia xandra memintas percakapan Jayzenz shane dengan rasa tidak percaya,wajah Jayzenz shane ditatap dalam-dalam kerana mahu memastikan kebenarannya disitu dan terpancar jelas bahawa apa yang Jayzenz shane katakan itu adalah benar.
"Xandra..."
"Keluar sekarang..."Arah Elsyamia Xandra dengan nada yang lemah,kalau dia mempunyai sedikit memori yang tinggal mungkin dia tidak akan sedungu ini berhadapan dengan Jayzenz shane sekarang.
"Sayang..."
"Kalau masa mengenali hati budi yang ada di antara kita cuma makan masa selama beberapa bulan..Saya mungkin boleh terima..tapi sekarang sudah mencecah Empat tahun lebih dan kita masih punya hubungan yang kaku..awak rasa saya boleh terima semua cerita yang baru awak kemukakan sekarang ini....jawapan adalah tidak.. "Elsyamia xandra merasakan tubir matanya terasa panas,dia mahu menangis..sesiapapun akan menuduh kita seorang perempuan yang mandul kalau tidak dapat memberikan zuriat kepada suami sendiri..Mereka tidak akan tahu kebenaran sebenarnya kerana mereka sibuk mencari kesilapan dan kesalahan kita.Dan kini kebenaran itu sangat menyakitkan hati Elsyamia Xandra,Jayzenz shane harus berkongsi kebenaran ini dari awal supaya dia tidak salah faham dengan diri sendiri,Elsyamia Xandra hampir sahaja mengutuk kelemahannya kerana dia hilang memori lalunya begitu sahaja sehingga sekarang dia merasakan dirinya sangat bodoh dan lemah bila orang lain mengutuk dan mengatanya sesuka hati,kalau dia masih tinggal sedikit memori dalam ingata Elsyamia Xandra tidak akan berasa selemah ini.
"Pedulikan apa yang mereka katakan..yang penting kita tengah memperbaiki hubungan ini..please hapuskan kata-kata Amy tadi tu..Semua itu tidak penting sayang.."Jayzenz shane memujuk lagi,Elsyamia Xandra kembali dipeluk Erat.
"Tidak semudah itu.."Elsyamia xandra menolak pelukan Jayzenz shane itu dengan kasar.
"Xandra please..."
"Ini semua tidak akan berlaku kalau awak tidak pergi melayan wanita-wanita yang tergilakan awak tu..Ataupun sebab sebenarnya hubungan kita tidak mesra kerana saya tidak sukakan cara awak berkawan dengan perempuan lain?"sinis pulak Elsyamia Xandra bersuara kali ini,Jayzenz shane menelan liur dia semakin tertangkap untuk mengungkapkan kebenaran utama kenapa hubungan dengan Elsyamia Xandra sukar diperbaiki sejak dulu.
"Aku..."
"Betul kan apa yang saya cakapkan ?!"
"Ok..aku mengaku sebelum kau hilang ingatan tu..aku sangat mudah didekati perempuan-perempuan cantik tapi semua itu cuma terniat untuk berkawan..Lebih daripada itu aku tidak pernah buat..Kerana yang sebenar-benarnya hati aku sudah jatuh jadi milik kau my wife.."Jayzenz shane bersuara lembut mengusap pipi Elsyamia Xandra yang putih kemerahan itu."Awak cuba gula-gulakan saya dengan kata-kata playboy awak tu?!"
"Aku bukan kaki perempuan..aku sayang kau seorang aje..tolong percaya pada aku.."Jayzenz shane merayu Elsyamia Xandra dengan muka berharapnya supaya Elsyamia Xandra mempercayai kata-katanya.Elsyamia xandra menatap dekat wajah Jayzenz shane ketinggiannya yang hanya separas bahu Jayzenz shane membuatkan Elsyamia Xandra mendongak merenung wajah Jayzenz shane,Dia mahu mengakhiri sesuatu perbincangan ini dengan sesuatu yang agak baik kali ini.
Dalam masa bertatapan beberapa saat..bibir mereka sudah terlebih dahulu mula memainkan peranan,mereka mula berkucupan dan kini Jayzenz shane berjaya memagut bibir Elsyamia Xandra secara kerelaan Elsyamia Xandra sendiri untuk pertama kalinya,kerana selama ini dia hanya berani mencuri-curi sahaja mengucup bibir Elsyamia Xandra itupun bila Elsyamia Xandra betul-betul sudah terlena tidur.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
RomanceKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...