Part 38🌹

10.9K 190 0
                                    

Malam seterusnya itu mereka meluangkan masa untuk makan malam Bersama-sama memandangkan Jayzenz shane turut bersetuju untuk bermalam di banglo itu pada malam ini.

Dalam tidak suka Elsyamia Xandra dengan kehadiran Jayzenz shane disitu,dia tetap membantu Adelina menyediakan makan malam mereka sebaik mungkin,lagipun memasak makanan yang sedap-sedap itu masih lagi merupakan kepakaran Elsyamia Xandra walaupun dia sudah kehilangan memori lampaunya.

"Kenyangnya.aa..Thanks sayang untuk masakan yang sedap-sedap ini.."Anthony mencuit mesra pipi isterinya itu tanpa pedulikan Elsyamia Xandra dengan Jayzenz shane turut ada disitu.

"Chef sebenarnya Xandra..Adelina pembantu aje..kan xandra.."Adelina memandang ke arah Elsyamia Xandra yang hanya berdiam dan bermuka dingin itu.

"Ya ke..tapi Adelina masak pun sedap juga sayang.."Anthony tetap tidak mahu mengalah memuji isterinya.

Jayzenz shane menatap wajah Elsyamia Xandra,Elsyamia Xandra tetap mampu menyediakan masakan sedap seperti selalu walaupun dia sudah kehilangan ingatannya.

"Xandra cakap nak kerja kan..memandangkan shane memerlukan PA baru apa kata xandra yang ambik peluang itu.."Kata Adelina teruja,beberapa hari yang lalu Elsyamia Xandra ada menimbulkan topik tentang mahu berkerja memandangkan dia bosan duduk tidak melakukan apa-apa dalam banglo mewah ni.

"Aku tak percaya dia ni boleh jadi bos yang baik..Dia ni banyak sangat Aura muka pembuli..menyeramkan sangat.."Elsyamia xandra bersuara dengan muka jengkelnya menatap wajah Jayzenz shane yang jelas tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.

Anthony dengan Adelina menahan tawa yang hampir mahu meletus melihat muka tidak puas hati pasangan suami isteri itu kepada diri masing-masing.

"Kau tak kerja dengan aku lagi..Jadi penilaian secara membuta tuli itu adalah tuduhan yang tidak berasas!..kau kerja dengan aku dulu lepas tu baru kau berhak tentukan siapa aku..biar semuanya dinilai secara adil!"Jayzenz shane bersuara dengan muka ketatnya.

Elsyamia xandra terdiam wajah kacak milik lelaki ditatap dalam kenapa hatinya berdebar-debar setiap kali merenung seraut wajah tampan Jayzenz shane seolah-olah ada sesuatu perasaan yang tersimpan bersembunyi di sebalik hatinya yang terdalam dan Elsyamia Xandra masih ragu-ragu untuk mengakui puncanya adalah dia ada hati dengan Jayzenz shane..Semua itu dirasakan sangat mengarut.

Hanya kerana Jayzenz shane punya raut wajah yang kacak dia boleh terjatuh hati,itu semua dirasakan tidak betul..Elsyamia xandra tidak suka berperasaan begini.

Dan untuk melarang perasaan halus itu semakin menular hebat di dalam hati,Elsyamia Xandra menunjukkan reaksi benci kepada Jayzenz shane dia tidak akan membiarkan hatinya terus suka kepada lelaki yang dikejar ramai wanita nanti hidupnya boleh merana.

Lelaki itu terlalu banyak wanita-wanita cantik mengelilinginya sampai Elsyamia Xandra makan hati melihat semua itu,kalau dia tidak berperasaan kepada Jayzenz shane tidaklah dia naik cemburu begini.

Dia lari untuk tinggal dengan Jayzenz shane dalam sebuah kondominium yang asing itu dulu gara-gara seorang perempuan datang menyerangnya mengatakan dia perampas dan perempuan simpanan padahal masa itu dia tidak ingat apa-apa dan hanya mengikut kemana Jayzenz shane membawanya memandangkan Jayzenz shane mengatakan mereka adalah husband and wife tapi kerana kemunculan perempuan seksi itu Elsyamia Xandra jadi ragu-ragu kepada Jayzenz shane.

Hatinya tiba-tiba membenci kehidupan sosial lelaki itu dan perasaan itu muncul secara semula jadinya seolah-olah Elsyamia Xandra pernah tidak menyukai Jayzenz shane selama ini..dan ada perasaan sakitnya dan benci yang wujud dalam hatinya buat Jayzenz shane mulai saat itu.

"Betul tu xandra..Xandra bagilah peluang shane membuktikan dirinya adalah husband terbaik dan bos terhebat yang xandra ada dalam dunia xandra.."Adelina bersuara memujuk tidak mahu ada situasi tegang terjadi disini.

"Aku tidak yakin dengan dia muka memang handsome..tapi macam penjenayah!"Elsyamia xandra mengutuk lagi dengan muka jengkelnya.

Jayzenz shane mengetap bibirnya,kalau Elsyamia Xandra tidak diberitahu tentang status hubungan antara mereka mesti Elsyamia Xandra tidak berani mengutuknya dengan pekara yang bukan-bukan begini,wajah Isterinya itu direnung tajam.

"Kalau aku penjenayah seperti apa yang kau katakan..dah lama aku rogol kau bila kita tidur sekatil..tapi aku tak buat apa-apa lagi kut..Walaupun kau tu bini aku dan aku boleh minta macam-macam dengan kau supaya kau layan aku dengan servis terbaik semua itu kerana aku masih hormat keadaan wife aku..meskipun aku kena sembur dengan sindiran yang menyakitkan hati!"Jayzenz shane bersuara dengan muka geramnya mukanya ketat habis.

Memerah muka Elsyamia Xandra bila Jayzenz shane berkata begitu,ya! Jayzenz shane sangat menghormati keadaannya dan tidak pernah memintanya melakukan yang bukan-bukan Elsyamia Xandra termalu sangat saat ini wajahnya ditundukkan.

"Mulai esok kau kerja dengan aku..Tiada bantahan kalau kau degil-degil menolak semua yang aku atur..aku dera kau lahirkan anak-anak yang banyak untuk aku!"Jayzenz shane hampir melepaskan tawanya apabila wajah Elsyamia Xandra berubah pucat dengan kata-katanya itu.

Ya! Mungkin membawa Elsyamia Xandra keluar daripada banglo ini merisikokan keselamatan Elsyamia Xandra tapi kalau Ini boleh membantunya untuk memiliki Elsyamia Xandra kembali dalam hidup dia akan melakukannya dan kali ini keselamatan Elsyamia Xandra akan dipastikan terjamin dia akan melindungi Elsyamia Xandra dengan nyawanya sendiri itu janjinya.

Kalau Nathan muncul lagi untuk menyeksa Elsyamia Xandra sekali lagi,riwayat lelaki itu akan ditamatkan terus untuk kali ini dan dia tidak akan bersimpati lagi dengan keluarga Nathan yang merayunya supaya melepaskan lelaki itu.

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now