"L.O.V.E"
Pagi itu Elsyamia Xandra bangun dan kelibat Jayzenz shane sudah tidak ada,kenapa dia rasa kecewa untuk kali ini..Apabila Jayzenz shane pergi balik tanpa memberitahu tahunya.
Elsyamia xandra rasa mahu menangis apabila ditinggalkan begitu sahaja,beberapa saat kemudian dia bangun dari atas tilamnya dan mula berjalan mundar mandir dari dalam bilik tidurnya sehingga ke ruang tamu kondominium itu..Dengan muka yang keliru.
Dia sudah jatuh cinta ke?Tidaklah!!..tapi kalau tidak kenapa dia rasa sangat kecewa dan seperti mahu menangis apabila Jayzenz shane pergi tanpa memberitahunya?tak akan semudah ini Hatinya terusik tanpa Jayzenz shane melakukan aksi-aksi romantiknya dengan mengodanya dengan pelbagai cara Ataupun menghadiahkan dengan memberikannya sebanyak mungkin untuk memikat hatinya!.
Ternyata Jayzenz shane punya kelebihan Aura tersendiri untuk menawan hatinya,jadi sebab itulah,ramai sangat perempuan yang terpikat kepada Jayzenz shane itu.
"Aku sudah jatuh cinta ke??..ke aku ni tengah keliru membezakan apa yang hati aku sendiri tengah rasakan?patutkah aku menaruh harapan pada Jayzenz shane?inikah rasanya berperang dengan kemahuan hati sendiri ..Arrgghhh!!!!..kelirunya!!!"Elsyamia xandra menjerit lantang sekali melepaskan kekusutan hatinya.
Jeritannya terhenti apabila Loceng kondominium itu berbunyi, bila pintu kondominium itu dibuka terjengul Muka Taniya yang merenungnya pelik.
"Mana kau pergi semalam xandra?!..kau tahu tak ramai customer kita yang lelaki yang selalu nak mengorat kau tu tanyakan kau sampai aku naik pening..dan hari ini aku bertambah pening dan risau bila kau tak datang-datang lagi..Walaupun jam sudah 11:30 pagi..kalau kau tidak turun uruskan cafe tu..kau infolah aku..tak pasal-pasal aku meroyan sebab terlebih risaukan kau.."sembur Taniya terus dengan muka yang geram kerana terlalu merisaukan Elsyamia Xandra.
"Err.."Elsyamia xandra tidak tahu berkata apa-apa lagi jarum jam besar yang tergantung di dinding kondominium itu,dipandang dengan rasa kesal..teruk sangat dia terlajak tidur kut!..'Jayzenz shane kenapa kau tidak bangunkan aku tadi?tapi kalau Jayzenz shane bangunkan aku tadi pu aku boleh terbangun ke?aku kalau tidur terlalu nyenyak sampai tidak peka dengan keadaan sekeliling terutama bila aku tidur dengan hati yang berbunga-bunga bahagia gitu' bentak hati Elsyamia Xandra tapi semalam pintu bilik tidurnya dikunci mustahil Jayzenz shane boleh masuk membangunkannya,melainkan Jayzenz shane mengetuk pintunya macam penceroboh sah!
Tapi Jayzenz shane bekas ketua geng mafia tidak mustahil dia boleh melakukan yang tidak-tidak,Elsyamia Xandra menarik nafas berat..Banyak sangat kemungkinan di hatinya..ada masa nanti Jayzenz shane akan dicarinya untuk memastikan Jayzenz shane tidak melakukan yang pelik-pelik kepadanya.
"Sori taniya.."Elsyamia xandra tersengih-sengih,dia tidak akan berkongsi dengan taniya dengan cerita penculikannya,bukan apa.. cuma tidak mahu taniya merisaukannya..sekaligus mungkin dia harus mendedahkan siapa dia yang sebenarnya.
Sejujurnya Elsyamia Xandra masih belum bersedia untuk berkongsi segala-galanya dengan Orang lain tentang dirinya yang sebenarnya.
"Xandra..Kenapa leher kau ada dua kesan merah ni..kau buat apa sebenarnya ni?"membulat mata taniya merenung Elsyamia Xandra yang kelihatan kalut itu,pergi berlari masuk ke dalam biliknya dan menuju ke meja soleknya.
Mengigit bibir Elsyamia Xandra apabila melihat nota yang tertampal cantik di cermin besar meja solek itu.
-Lenanya my tidur ye comelnya si kontot tidur cantik sangat!
-Emm..lehernya baby nampak sangat cantik dan mengoda..nak gigit sikitlah hehehe..
-Alamak tertinggal dua cop istimewa pulak kat situ cantik kut!..tapi tak ape aku memang sengaja buat pun..tapi niat mencabul tu tidak ada k..ni wife sendiri kut!.
-aku balik dulu..Kerana Aku perlu pergi terbang keluarga negara tengah hari ini..jumpa kerana dua minggu kemudiannya dan kalau ada masa tolong tengokan Jayrez dia sangat rindukan kau..I love you sayang..take care...MR.JZ A.k.a MR.BUAYA(ku relakan gelaran itu)
Elsyamia Xandra rasa sangat lucu dan geli hati bercampur geram dan marah dengan setiap coretan yang berbaur usikan nakal dalam nota itu.
Perlukah hatinya direlakan mulai saat ini untuk membuka ruang bersama Jayzenz shane?Perasaan halus itu mula mekar di hati Elsyamia Xandra dia tersenyum bahagia,dan Taniya yang sibuk bertanyakan tentang kesan merah itu direkakan dengan pelbagai alasan yang logik dan tidak logik.
Taniya memang tidak puas hati dengan Alasan Elsyamia Xandra itu,tapi siapalah dia yang mahu mempersoalkan hak peribadi Elsyamia Xandra itu.
Elsyamia xandra tidak pernah berkongsi rahsia peribadinya dengan sesiapa pun,jadi tidak guna taniya mendesak Elsyamia Xandra menjelaskan apapun pun.
Biarlah itu hal peribadi Elsyamia Xandra,dan Elsyamia Xandra sendiri tidak pernah sekalipun mencampuri urusan peribadinya bersama kekasih-kekasihnya,Elsyamia Xandra sangat menghormati privasinya jadi seharusnya dia juga harus menghormati privasi Elsyamia Xandra..itulah yang sebetul-betulnya,semua orang punya rahsia yang patut disimpan sendiri kan!.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
Roman d'amourKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...