Part 32🌹

11.3K 217 0
                                    

Elsyamia Xandra menunjukkan sikap protes yang melampau setelah hampir satu minggu dikurung dalam banglo mewah itu,peliknya walaupun Elsyamia Xandra menjadi mangsa culik dia tidak dihalang pulak untuk membuat 'Rondaan' di sekitar kawasan itu cuma dia aje yang tidak punya mood dan hati untuk melihat kedaan sekelilingnya.

Banyak yang difikirkannya terutama bagaimana perkembangan berita tentang kehilangan Jayzenz shane itu dan sampai bila dia akan dikurung dalam banglo mewah ini Elsyamia Xandra benar-benar tidak tahu untuk melakukan apa-apa saat ini dikala hatinya benar-benar rasa serabut begini.

Elsyamia mendengus kasar apabila daun pintu biliknya dikuak dan masuklah wanita tinggi yang bernama Adelina,sejak tiga hari yang lepas Adelina cuba mendekatinya dan berbual-bual dengannya tapi Elsyamia Xandra berkeras hati tidak mahu melakukan borak-borak 'santai' dengan Adelina.

Sebagai mangsa culik tidak pernah dalam sejarah si mangsa berkawan dengan konco si pemangsa,Elsyamia Xandra bukanlah sesorang yang suka berdrama dan hipokrit.

"Morning puan Jz.."Sapa Adelina mesra,tapi Elsyamia Xandra tetap menunjukkan muka dinginnya.

"Apa kata kita jalan-jalan di sekitar kawasan banglo ni..mesti puan jz bosan duduk aje dalam bilik kan.."Adelina masih cuba untuk bermesra,Elsyamia Xandra terus memilih untuk berdiam diri juga masih dengan muka dinginnya.

"Puan Jz.."
"Aku tidak akan bercakap dengan konco penculik aku ..Jadi jangan ganggu aku!"Elsyamia xandra bercakap dengan muka yang dingin.

Adelina mengeluh tidak puas hati dia bukanlah 'konco'Jayzenz shane,dia disini cuma sebagai pembantu untuk Jayzenz shane berborak dengan perempuan kesayangan Jayzenz shane.

"Bercakap tentang husband puan Jz..Daripada apa yang kami dengar dia hidup lagi kut..cuma memerlukan masa untuk memunculkan diri balik.."Adelina cuba memancing respon Elsyamia Xandra dengan menimbulkan isu tentang Jayzenz shane.

"Dah tahu dia kat mana pergilah buat perhitungan dengan dia dan lepaskan aku!"Elsyamia xandra berkata tegas,dia sangat gembira mendengar berita Jayzenz shane masih hidup,tapi bila mengingatkan dirinya tidak 'ditebus' lagi daripada insiden penculikan ini Elsyamia Xandra jadi sangat marah dan kecewa,sampai bila Jayzenz shane harus bersembunyi setahunya lelaki itu bukanlah seorang yang penakut untuk menghadapi segala-galanya,adakah Jayzenz shane sengaja tidak datang untuk menyelamatkannya??!!!.

"Dia seorang lelaki yang sangat kacak dan kaya.."Adelina tidak melayan protes yang ditunjukkan Elsyamia Xandra itu.

"Aku tak ukur keikhlasan hati seseorang itu melalui rupa parasnya dan mencintai sesorang itu bermotifkan kekayaan ..Sebagai seorang lelaki yang kaki perempuan Jayzenz shane bukanlah sebahagian daripada lelaki yang aku inginkan..tapi dah terkhawin nak buat macam mana terima ajelah!"Elsyamia xandra berkata dengan muka jengkel,si Adelina ni ada hati dengan Jayzenz shane juga ke?!.

"Tapi Jayzenz shane mencintai kau..dan dia bukanlah seorang kaki perempuan kut..perempuan-perempuan itu yang perasan lebih!"tetiba teremosi pulak Adelina mempertahankan Jayzenz shane,walaupun kadang-kadang sikap Jayzenz shane yang suka mengarahkan orang lain itu sesuka hatinya dan adakalanya membuat Adelina geram dan tidak suka dengan Jayzenz shane,Adelina tetap menghormati lelaki itu kerana Jayzenz shane lah yang banyak membantunya dan Anthony dalam kesenangan dan keselesaan hidup mereka sekarang ini.

"Sebaiknya kau jangan terlalu yakin!"
"Puan Jz..Jayzenz shane sangat menyayangi kau.."kali ini Adelina bersuara lembut kembali.

"Sayang aku??"Elsyamia xandra tergelak sinis sakit hatinya bila mendengar perkataan 'sayang' daripada mulut konco penculiknya itu.

"Emm..em..Jayzenz shane sayang kau.."Adelina berkata yakin.

"Kalau dia rasa sayang dan cinta itu ada dalam hati dia...Dia tidak akan membiarkan aku menjadi tahanan korang kat sini bila dia tahu dia hidup lagi..Jayzenz shane tetap seperti Jayzenz shane..bukan sekali dia mengabaikan keberadaan aku..malah sudah berkali-kali sampai aku jadi bosan begini!!"melengking kuat suara Elsyamia Xandra.

Adelina terkedu,nampaknya dia gagal lagi untuk mencuba mendekati Mrs.Jz ni,Elsyamia Xandra memang sangat sukar untuk didekati.

"Mungkin Jayzenz shane punya sebab-sebab yang tertentu.."kata Adelina perlahan.

"Aku rasa pelik..korang ni bermusuh ke berkawan? Daripada cara kau pertahankan dia..korang ni macam rapat sangat..ke kau ni termasuk dalam senarai girlfreinds Jayzenz shane juga tak pun sebenarnya dia yang culik aku sekarang ni?!"Elsyamia xandra menyoal dengan muka masamnya,tiba-tiba dia rasa sangat berang dan marah kalau apa yang disangkakan nya ini benar,

Dan Kenapa sekarang dia rasa Adelina ni punya kaitan rapat dengan Jayzenz shane,sehingga wanita ini bersikap sangat mempertahankan Jayzenz shane.

Adelina meneguk liur,Elsyamia Xandra sememangnya seorang perempuan yang sangat peka dan pintar menganalisis apa yang sebenarnya yang terjadi,Adelina menjadi kalut sekarang ini.

"Puan Jz jangan silap menuduh..aku.."
"Baguslah kalau kau bukan konco dia..tapi kalau penculikan ini merupakan rancangan Jayzenz shane sendiri..pesan pada dia aku tidak akan memaafkan mahupun bertolak ansur dengan apa yang dilakukannya mengerti..Sekarang pergi keluar!!"Arah Elsyamia Xandra dengan suara dinginnya.

Adelina terdiam dan meninggalkan bilik yang didiami Elsyamia Xandra itu,nampaknya Jayzenz shane harus merubah strategi yang lebih bijak dan teratur sebelum Elsyamia Xandra punya perasaan yang marah dan benci kepada lelaki itu.

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now