Malam ini lagi sekali kondominiumnya didatangi manusia yang banyak sangat menoreh luka di hatinya.
Dia tidak menganggu kehidupan sesiapapun jadi mengapa hidupnya harus diperlakukan seperti ini,Elsyamia Xandra semakin hilang sabar dengan dugaan hidupnya ini.
"Aku datang nak memastikan satu perkara sahaja Elsyamia Xandra..betulkah kau ni merupakan wife kepada Jayzenz shane?!"Datin seri Alna menyoal dengan nada kasarnya,Elsyamia Xandra direnung tajam,betapa terkejutnya dia apabila yanena sudah menceritakan tentang segala-galanya dan lagi terkejut bila perempuan yang merampas Jayzenz shane adalah Elsyamia Xandra anak kandungnya sendiri,dia tersangatlah tidak berpuas hati kerana dia tidak diberitahu oleh bekas suaminya,apabila satu-satunya anak perempuan yang di kandungnya merupakan isteri kepada seorang pemuda jutawan yang disegani oleh pelbagai pihak.
Elsyamia xandra tergelak kesal,Beginikah caranya seorang ibu memperlakukan anak kandungnya sendiri.
"Datin seri sudah mendengarnya bukan..Jadi tidak usahlah saya mahu bercerita lebih lagi..cukuplah kalau saya iyakan sajalah dakwaan datin seri itu..kalau mahu tahu lebih banyak..pergilah jumpa Jayzenz shane kerana selayaknya dialah yang menceritakan segala-galanya.."kata Elsyamia Xandra bersikap tenang dahulu."Papa kau mana?aku perlu buat perhitungan keras dengan lelaki yang membuat keputusan membuta tuli dalam membelakangi aku dalam soal perkhawinan kau dengan Jayzenz shane,aku yang berpenat lelah melahirkan kau..Jadi aku berhak tahu segala-galanya!"kata Datin seri Alna sangat keras dan tidak berpuas hati.
"Papa saya tidak akan membelakangi datin seri kalau dia tahu dimana keberadaan datin seri dengan laki baru datin seri sekarang ini..stop!!.menyalahkan papa okey!!"Elsyamia xandra bersuara tinggi,hilang sabarnya apabila mama kandungnya tidak berubah lagi sikapnya meskipun usia sudah semakin meningkat tua,wanita yang bergelar mamanya itu dirasakan semakin angkuh di pandangan matanya.
"Arrgghhh!!!..itu semua alasan!..Papa kau memang laki tak guna..mengabaikan keperluan seorang isteri untuk mencari kesenangan hidup semata-mata!"kata Datin seri Alna kasar lagi.
"Papa bukan abaikan isterinya dia cuma tersilap melebihkan kesenangan hidup isterinya berbanding kebahagiaan hati isterinya..Dia lelaki yang memerlukan sokongan dalam berkasih sayang,bukannya ditinggalkan di pertengahan kekeliruan yang dia sendiri tidak sedar apa yang kurang lagi bagi isteri kesayangannya..sehingga dia ditinggalkan di suatu persimpangan yang menyeksakan..Dia memerlukan peluang dan ruang untuk memperbetulkan kesilapan dirinya..Bagi saya papa adalah lelaki yang merupakan pahlawan di medan pertempuran kasih sayang..Dia sangat setia mencintai isterinya walaupun sampai ke suatu tahap dia sudah dikhianati!..Dia mencintai isterinya melebihi apapun!"Elsyamia xandra semakin lantang bersuara mempertahankan papanya dihadapan Datin seri Alna.
Terkedu Datin seri Alna mendengarnya,ternyata Elsyamia Xandra telah terlalu memahami apa yang pernah terjadi beberapa tahun yang lalu,sehingga Elsyamia Xandra begitu bertegas meletakkan kesalahan di bahunya dan melindungi papanya sebaik mungkin.
"Kau tidak tahu bagaimana rasanya diabaikan seorang lelaki yang pernah kau cintai kau.."
"Saya telah banyak merasakan segala-galanya..melihat Papa menderita banyak saat ditinggalkan..Melihat seorang mama yang sanggup berkeras hati meninggalkan dua insan yang sangat memerlukannya dan betapa mereka mengharapkan mama kembali menoleh dan berpatah balik untuk meneruskan hidup bersama mereka kembali dan menguatkan apa yang lemah dalam kehidupan mereka bukannya saling meninggalkan.."Elsyamia xandra pantas memintas dalam nada kecewanya,perasaan sakitnya bagaikan terobek kembali sekarang ini.
"Dan saya menjadi wife kepada Jayzenz shane sebelum datin seri Dan anak angkat kesayangan datin seri itu ada dalam keluarga dato seri Vincent..Mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya Mummy Jayzenz shane itu merupakan satu-satunya saudara kandung papa!"kata Elsyamia Xandra memberitahu satu kebenaran tentang hubungan papanya dengan Mummy Jayzenz shan.
Datin seri Alna menekup mulutnya dengan rasa terperanjat yang melampau,kenapa dia tidak tahu tentang semua ini..setahunya papa Elsyamia xandra meninggalkan keluarganya demi mempertahankan cinta mereka yang terhalang kerana status dirinya yang terlahir dalam keluarga sederhana sahaja,dan dia sendiri tidak pernah mempersoalkan siapa sebenarnya keluarga kandung bekas suaminya itu,mereka hanya memfokuskan kehidupan mereka ke arah masa depan yang sangat di impikan saat masih hangat memadu cinta tapi selepas beberapa tahun kelahiran Elsyamia Xandra hatinya menjadi tawar..Kerana rasa diabaikan seorang suami yang sibuk mencari rezeki untuk memberikan keselesaan dan kemewahan untuknya bukannya mengabaikan untuk sesuatu sebab yang mengecewakan,
Hati datin seri Alna tiba-tiba menjadi menyesal.Dia menangisi keegoan dirinya yang begitu sanggup berbuat begitu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu,Elsyamia Xandra ditatap dengan rasa kesalnya hilang sudah keangkuhan dalam dirinya apabila keberanian Elsyamia Xandra dalam bersuara sangat membuatkannya menyedari kesilapan dirinya selama ini.
"Papa sudah Maafkan kesilapan datin meninggalkannya..tapi bagi saya kemaafan itu masih sukar untuk dilakukan lagi..Biarlah semua menjadi biasa seperti sebelum ini..saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada kehidupan datin seri Alna lagi..Saya sudah terlalu dewasa untuk menikmati hidup saya sendiri tanpa perlu bergantung pada siapa-siapa lagi!"tegas dan serius Elsyamia Xandra mempertahankan pendiriannya apabila datin seri Alna mahu menghampirinya dan memeluknya.
Dia tahu pasti wanita itu sangat menyesali kesilapannya, tapi Elsyamia Xandra malas mahu memperdebatkan kisah lalu itu lagi,ianya terlalu menyakitkan dan biarlah mereka menjalani hidup sebagai orang asing,kerana Datin seri Alna telah memilih untuk melakukan itu suatu ketika dahulu.
"Maafkan mama..."
"Datin seri tahu pintu keluarnya kan?..Waktu ini sudah semakin lewat rasanya datin seri baliklah..nanti husband datin seri tercari-cari pulak.."Elsyamia xandra berkata dingin,bukan niatnya mahu menghalau tapi cukuplah setakat ini sahaja kisah lama itu di ungkit lagi dan juga menerima datin seri Alna dalam hidupnya lagi adalah satu perkara yang sangat sukar buat masa ini.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
RomanceKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...