Elsyamia Xandra langsung tidak menyangka bahawa dalam masa beberapa jam,dia sudah terjerat dalam permainan yang Nathan rancangkan.
Nathan mengunakan Jayrez shaun sebagai pertukaran untuk menebus Elsyamia Xandra daripada Jayzenz shane,dalam keadaan itu Elsyamia Xandra sangat memahami kenapa Jayzenz shane tidak memilihnya untuk dikekalkan disisi lelaki itu memandangkan Jayrez shaun lebih memerlukan pertolongan dan yang terpenting untuk dipertahankan.
Elsyamia xandra sangat menyedari betapa keruh dan kecewanya Jayzenz shane bila terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk memilih Jayrez shaun daripadanya.
Belum sempat Elsyamia Xandra membongkar identiti Jayzenz shane di sebalik topeng itu,Elsyamia Xandra telah pun berada disini,ditahan di sebuah pulau yang sangat asing dan jauh daripada daripada kehidupan kotanya.
Elsyamia xandra menarik nafas kesalnya,kenapa jalan hidupnya untuk bersama Jayzenz shane terasa semakin sukar dari hari ke hari,Tidak terasa air matanya mengalir laju menuruni pipi putih kemerahan nya.
Dia tidak berputus asa walaupun dirinya menangis,cuma dia buntu memikirkan apa yang harus dilakukan untuk melepaskan diri daripada tawanan si Nathan.
"Jayzenz shane akan lupakan kau dalam masa beberapa bulan sahaja..berhenti menangisi seorang lelaki yang kaki perempuan seperti itu.."Nathan berpeluk tubuh memerhatikan tingkah Elsyamia Xandra yang sudah diperhatikan sejak tadi,Elsyamia Xandra berdiri dengan wajah yang nampak sangat kecewa di hujung balkoni Bilik tidur yang ditempatkan untuk Elsyamia Xandra.
"Aku pelik kenapa susah sangat kau mahu menerima aku dalam hidup kau..padahal akulah lelaki yang selalu ada disisi kau suatu ketika dahulu..Apa yang kau lihat pada Jayzenz shane selain wajah kacaknya dan hartanya itu?!"soal Nathan apabila Elsyamia Xandra langsung tidak bersuara.
Elsyamia xandra berpaling dengan wajah sedihnya.
"Dia adalah lelaki pilihan papa aku..dan aku menerima penjodohan itu dengan rasa rela hati..aku telah belajar mencintai Jayzenz shane sebelum hadirnya kau Nathan..dan kau bukanlah lelaki yang diciptakan untuk aku hadirkan dalam hati aku..please maju ke depan dan bebaskan diri kau daripada rasa tamak yang melampau begini..kau mungkin mampu miliki jasad aku tapi kau tidak akan menang memiliki hati aku..rasa cinta ini sudah milik Jayzenz shane.."Elsyamia xandra berkata penuh perasaan,dia masih keliru tentang perasaan cinta dan sayang kepada Jayzenz shane tapi dia sanggup mengatakan apa sahaja sekarang ini asalkan Nathan mengalah dalam permainan ini."Kau boleh jadi milik aku..kalau kau hentikan perasaan kau pada Jayzenz shane!!"tengking Nathan kuat,langsung dia tidak menyukai Elsyamia Xandra beriak sangat memuja Jayzenz shane.
"Kisah kita tidak boleh nak dimulakan Nathan..kerana papa kau sendiri yang telah menciptakan jurang diantara kita...Dia wujudkan sempadan yang sangat curam untuk dilalui.."Elsyamia xandra masih tenang bersuara.
"Karut!..Papa aku bunuh dan musnahkan keluarga Jayzenz shane sahaja..bila kau sudah berpisah dengan Jayzenz shane..perkaitan kau dengan keluarga itu sudah berakhir dan kau akan jadi milik aku Elsyamia Xandra!!"sekali lagi suara Nathan melengking kuat,Elsyamia Xandra dihampiri dan lengan Elsyamia Xandra dicengkamnya kuat sekali,kenapa Elsyamia Xandra tidak memahami cinta di hatinya untuk perempuan yang sangat disayanginya ini?!.
"Sebab kemalangan yang papa kau rancang itu..turut membunuh papa aku Nathan..Papa aku berada dalam kereta yang sama..dan dia juga merupakan saudara kandung Mummy Jayzenz shane..aku tidak mungkin memberi hati pada lelaki yang lahir daripada lelaki yang merampas nyawa papa aku sendiri!!"Elsyamia xandra meluahkan kekesalannya dengan linangan air matanya yang mengalir laju.
Nathan tergaman cengkaman di tangan Elsyamia Xandra terlepas,kenapa dia boleh terlepas maklumat yang satu ini tidak mungkin!!!!.
"Kau tipu aku..supaya aku lepaskan kau pada lelaki tak guna itu kan?!"Jayzenz shane merenung Elsyamia Xandra dengan pandangan yang bengis,mungkin sahaja Elsyamia Xandra cuba berbohong untuk melakukan sesuatu yang menjeratnya untuk bersimpati dengan Elsyamia Xandra.
"Kau tanya papa kau sendiri..Dia tahu segala-galanya..Nathan sekali kau jadikan aku milik terpaksa kau..kisah ini tidak akan berakhir dengan kegembiraan..kau akan menyesal.."Elsyamia xandra bersuara dengan perasaan yang sarat dengan kekecewaan,kenapa hidupnya selalu tersepit dalam keadaan yang memerlukan rasa hatinya untuk dipertaruhkan lagi ,hati Elsyamia Xandra semakin hancur berkecai.
"Kau bohong aku Elsyamia Xandra!!!!"
"Kau sangat bijak dalam mencari maklumat tentang kehidupan orang lain carilah kebenarannya sendiri ataupun kau akhiri semuanya sekarang juga..Kerana aku tidak mahu membenci kau seperti papa kau Nathan!"tegas Elsyamia Xandra masih dengan linangan air matanya."Aku tidak akan menjadi manusia bodoh untuk melihat sahaja kau bahagia dengan Jayzenz shane..aku benci itu terjadi!!..Jayzenz shane terlalu mudah untuk mendapatkan apa yang dia mahu..Kali aku akan menyukarkan kehidupan dia habis-habisan Elsyamia Xandra !!"tempik Nathan kasar.
"Kalau begitu kisah ini tidak akan menjadi sesuatu yang menggembirakan kau mahupun Jayzenz shane..kalau aku jadi watak utama permulaan kisah ini dimulakan..Maka aku akan mengakhiri nya sekarang juga Nathan.."Elsyamia xandra melangkah setapak demi setapak mengundurkan langkahnya ke belakang..matikah dia bila terjun daripada banglo yang tinggi ini atau dia hanya akan mengalami kecacatan yang melampau dan bagaimana rasanya bila tinggal nyawa-nyawa ikan mesti rasa sangat menyakitkan!!.
"Berhenti lakukan itu..setahu aku Elsyamia Xandra bukan perempuan yang putus asa begini!"Nathan bersuara panik apabila Elsyamia Xandra sudah mula mahu menjatuhkan badannya itu.
"Mungkin dengan ini kisah ini akan menjadi lebih baik..bila aku mengeluarkan diri daripada kisah ini..."Elsyamia xandra mula bermain emosi dengan Nathan,kalau cara begini boleh merubah ketamakan Nathan dia sanggup melakukannya.
"Baiklah aku lepaskan..tapi dengan syarat-syarat yang tertentu.."putus Nathan akhirnya,walaupun dia menjadi kejam kerana cinta kepada Elsyamia Xandra tapi melihat Elsyamia Xandra mengorbankan diri adalah sangat dielakkannya.
Elsyamia xandra mendengar dengan penuh teliti dengan apa yang Nathan mahu rancangkan,baiklah kalau dengan melakukan ini Elsyamia Xandra boleh memperbaiki kisah ini dia akan mengikuti semua kemahuan Nathan.
'Jayzenz shane maafkan aku..'
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
RomanceKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...