Part 36🌹

10.8K 192 0
                                    

Jayzenz shane melayangkan penumbuknya yang terakhir ke muka Nathan,persembunyian Nathan dan kumpulannya sudah dikesan dan diserang secara habis-habisan,tapi hasilnya tetap menghampakan kelibat keberadaan Elsyamia Xandra tetap tidak diketahui,

Dan si Nathan sangat seronok mengetawakan kekecewaan Jayzenz shane itu,puas hatinya kerana berjaya merobek luka di hati Jayzenz shane untuk kali ini.

"Mana wife aku??aku nak Elsyamia Xandra balik!!..kalau tidak aku hapuskan semua keturunan kau!!"jerkah Jayzenz shane dengan muka yang menyinga.

"Kau hapuskan keluarga aku..bererti Elsyamia Xandra juga mati..kau cubalah buat!"Nathan bersuara dengan muka senang hatinya walaupun wajah sudah berlumuran darah kerana dibelasah teruk oleh Jayzenz shane.

"Serahkan dia balik pada aku!!"pinta Jayzenz shane dengan muka bengisnya,

"Kau mahukan seorang perempuan yang telah diratah dan disentuh lelaki lain ke?"Nathan menyoal dengan muka jahatnya masih mahu mencabar kesabaran Jayzenz shane walaupun sudah dibelasah teruk.

"Kau buat apa dengan wife aku?!!"Jayzenz shane semakin menyinga kolar baju Nathan dicengkam kuat,tidak!!!..Elsyamia xandra tidak mungkin sudah menjadi mangsa nafsu Nathan!!.

"Aku seronok bersedapan dengan berkali-kali ..dan memang Elsyamia Xandra itu menggiurkan sangat..sampai aku tak puas 'main' berapa Round dengan dia..sampai lembik dia aku kerjakan..Elsyamia xandra sangat menghairahkan aku..bau dia wangi dia mengoda sangat .."Nathan tergelak jahat,dia menipu dengan apa yang dikatakan sekarang ini,dia mungkin seorang yang sangat kejam tapi menyentuh Elsyamia Xandra tanpa kerelaan perempuan kesayangannya itu adalah tidak mungkin,dia sangat menghormati Elsyamia Xandra.

Cuma dia terlalu angkuh dan Ego melepaskan Elsyamia Xandra untuk berbahagia dengan Jayzenz shane,sisi kejam itu tidak boleh dibuangnya untuk hal yang satu ini.

Jayzenz shane mengamuk tahap maksima,marah,benci,dendam dan menyesal mula menguasai hatinya,kalau dia bijak bertindak Elsyamia Xandra tidak akan menanggung semua kesengsaraan ini dan terlepas daripada menjadi tempat pelepas nafsu Nathan.

"Jayzenz berhenti!!!"Anthony menarik tubuh Jayzenz shane yang menerkam Nathan dan membelasah lelaki itu seperti sudah separuh mati.

"Kau bunuh dia..kau tidak akan mendapat Wife kau balik..."Anthony menghalang tindakan Jayzenz shane yang semakin menganas itu,dia pun marah dengan apa yang menimpa sahabat ini tapi Menyaksikan Jayzenz shane membunuh adalah tidak sama sekali diizinkan.

"Perkhawinan kami sudah hancur Anthony. .biarkan aku bunuh lelaki kejam ni!!!"Jayzenz shane menengking dengan air mata yang mengalir laju,langsung dia tidak menyangka bahawa Elsyamia Xandra terpaksa melalui semua penyeksaan ini hanya kerana dia terlalu alpa memasang strategi untuk mengenakan Nathan kembali.

Kini segala-galanya sudah terlambat,Elsyamia Xandra telah pun menjadi mangsa kerakusan seorang lelaki yang terlalu obses memilikinya,Jayzenz shane semakin buntu untuk menerima keadaan ini...Mungkinkah perkahwinannya dengan Elsyamia Xandra tidak akan pernah menang dalam dugaan yang bertimpa-timpa ini?!!.

"Dia rosakkan wife aku..Dia memang patut mati!!"Jayzenz shane bersuara marah lagi dan bertindak mahu menghabiskan nyawa Nathan tapi tindakannya itu tetap dihalang Anthony.

"Berhenti bertindak ganas begini..Kita kena mencari keberadaan Wife kau..melewatkan hal itu akan membuatkan Wife kau makin terseksa"Athony tegas menghalang tindakan Jayzenz shane itu.

"Aku dah hantar kekasih hati aku ke tempat yang sangat jauh..kau berdua tidak akan menemuinya lagi"Athony masih mampu tergelak jahat dalam keadaan lemah begitu.

"Aku akan musnahkan kau Nathan!!!"jerit Jayzenz shane bengis.

"Kau terlalu teliti merancang strategi untuk memerangkap aku..kalau kau tidak terlalu lembut dan lambat sangat dalam mengatur serangan Elsyamia Xandra tidak akan mengalami semua ini..Kesian dia dapat laki macam kau!"sinis Nathan dengan darah yang mengalir dibibirnya.

Tersangatlah puas hatinya apabila melihat kekecewaan dan kemarahan Jayzenz shane kepadanya,Lelaki yang merampas Elsyamia Xandra daripadanya harus di ajar tentang erti kehilangan,baru dia merasa betapa terseksanya hati yang tersakiti.

"Kau akan mati!!!"jerkah Jayzenz shane mata ke arah Nathan, tubuh Anthony ditolaknya kasar sehingga sahabat baiknya itu tidak mampu menghalang tindakannya lagi.

Nathan dibelasah lagi dan lagi,Dia tidak akan membiarkan lelaki yang menyakiti Elsyamia Xandra itu dibiarkan hidup lagi.

Nathan sudah merampas segala-galanya sebelum dirinya sempat membahagiakan Elsyamia Xandra dan bagaimana perasaannya jikalau dia berjumpa dengan Elsyamia Xandra kembali?? adakah bayangan kisah hidup Elsyamia Xandra yang pernah hitam bersama Nathan akan menghantui perasaannya kepada Elsyamia Xandra??

Jayzenz shane seorang lelaki yang sangat dikenali dan dihormati,bagaimana dia harus berhadapan dengan masyarakat bahawa Elsyamia Xandra pernah menjadi mangsa rogol selama berminggu-minggu lamanya?? dan bolehkah dia menerima Elsyamia Xandra yang telah 'dirosakkan' Nathan berkali-kali??.

Jayzenz shane masih runsing untuk meruntuhkan egonya dalam menginginkan semua kesempurnaan dalam wanita yang harus menjadi teman seumur hidup semakin yang dan meneruskan hubungan bersama Elsyamia Xandra yang sudah terpalit kisah hitam dalam hidupnya akan membuatkan Jayzenz shane menanggung malu yang tidak terkata,

Tapi haruskah semua itu dijadikan alasan,cukuplah dia berharap Elsyamia Xandra Selamat kembali kepadanya dan dia seharusnya profesional menerima semua kejadian hitam itu,Elsyamia Xandra tidak bersalah dia adalah mangsa keadaan..bukan dia menginginkan semua ini terjadi.

Jayzenz shane berperang dengan perasaannya sendiri mulai saat itu,keberadaan Elsyamia Xandra tidak meninggalkan jejak apa pun,Elsyamia Xandra seolah-olah sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

'Elsyamia xandra..kau dimana sayang...'

"Shane lokasi Elsyamia Xandra sudah dikenal pasti..Kita kena pergi berkejar ke sana sekarang juga sebelum semuanya terlambat.."Adelina muncul dengan muka yang panik dan tegang.

Jayzenz shane yang hampa tadi,mula bangkit membawa keyakinan dalam diri,Elsyamia Xandra harus diselamatkan tidak kira apa yang terjadi sudah.

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now