Part 29🌹

11.8K 222 0
                                    

Percutian yang dirancang untuk menjadi sesuatu yang lebih bermakna membuahkan hasil juga apabila Elsyamia Xandra semakin menunjukkan reaksi positif dengan percutian itu.

Tapi Elsyamia Xandra masih menolak untuk tinggal di villa mewah Jayzenz shane,kerana dia tidak betah untuk tinggal disitu memandangkan kemungkinan dia diganggu oleh si yanena dan Amy sangat tinggi.

Elsyamia xandra bukan takut untuk menghadapi kedua-dua wanita itu,tapi dia malas sangat mahu bertikam lidah dengan dua wanita yang bersikap tidak matang itu,dia boleh hilang sabar bila hatinya menjadi sangat sakit.

Dan lewat malam itu Elsyamia Xandra terjaga apabila Hidungnya tercium haruman maskulin yang sangat mengoda jiwa perempuannya,Nampaknya Jayzenz shane datang lagi untuk menemaninya malam ini.

Sebulan selepas percutian itu Jayzenz shane sangat mengambil serius tentang dia mahu memperbaiki hubungan mereka sebaik mungkin,sehingga sanggup menemaninya tidur di kondominium ini seperti sekarang ini.

"Terbangun?"Jayzenz shane mengorek senyuman berbaring di sebelah Elsyamia Xandra.

"Dah lewat sangat kenapa nak susahkan diri datang sini?Jayrez mesti tercari-cari bila dia bangun nanti"Elsyamia Xandra dengan mata yang terpejam berkata-berkata.

"Mama awak ada tolong tengokkan dia..lagipun Jayrez semakin menyukai mama awak.."Jayzenz shane memaut tubuh Elsyamia Xandra ke dalam pelukannya.

"Yanena?"
"Pedulikan dia.."
"Dia tetap mahukan awak kan?!"
"Lama-lama dia akan berputus asa juga.."

Elsyamia xandra merengus tidak puas hati.
"Elsyamia xandra pleaseeee.."Jayzenz shane memeluk erat tubuh Elsyamia Xandra.

"Elsyamia xandra..."
"Emmm..."
"Merajuk ke?"
"Tidaklah.."
"I love You.."
"Hmm..."

Elsyamia xandra hilang bicara bila Jayzenz shane mengungkapkan kata 'i love you' itu seperti hari-hari yang sebelumnya tanpa rasa jemu,cuma dia sahaja yang belum bisa membalas hati Jayzenz shane,hatinya masih keras untuk jatuh cinta lagi mungkin...

"Mencintaimu dengan sepenuh hatiku.."Jayzenz shane membelai lembut pipi Elsyamia Xandra,Dia sangat teringin mengucup pipi Elsyamia Xandra tapi dia harus bersabar hati dahulu kerana tidak mahu Elsyamia Xandra tidak sukakan tindakan yang terlebih drastik itu.

Elsyamia xandra memusingkan tubuh mengadap Jayzenz shane.
"Nafsu awak tidak rasa terseksa ke bila dekat dengan saya sampai macam ni sekali?"Soal Elsyamia Xandra merenung tepat wajah Jayzenz shane yang kelihatan sangat terkejut dengan soalannya itu.

"Errr..."
"Kawan awak kat bawah sana tu rasa lain aje saya rasa bila awak peluk saya..rasa macam.."Elsyamia xandra berbisik sesuatu ke telinga Jayzenz shane sehingga wajah lelaki itu bertukar merah.

Elsyamia xandra tergelak kecil pandai pulak Jayzenz shane rasa malu,baru dia tahu betapa terbukanya Elsyamia Xandra bersuara dalam isu sensitif begini kan!.

"Nakal ya..."Jayzenz shane mencubit lembut pipi Elsyamia Xandra "tapi aku memang mahukan kau lebih daripada apapun..tapi aku masih boleh menahannya..sehingga kau bersedia sepenuhnya.."kata Jayzenz shane tersenyum mengoda.

"Tapi kenapa saya rasa akan ada sesuatu yang buruk berlaku esok..awak patut berhati-hati ok!"kata Elsyamia Xandra serius.

"Melarikan diri daripada topik?"
"Mungkin.."
"Sampai bila?!"
"Sehingga saya bersedia seperti yang awak katakan.."
"Aku akan menunggu dengan penuh sabar.."
"Saya terlalu berdegil ke?"
"Sangatlah degil.."
"Awak mungkin boleh jadi bosan kut?"
"Tidak akan sekali-kali Elsyamia Xandra..I love you too much baby..rasa bosan itu tidak akan pernah wujud.."

Elsyamia xandra merenung dalam keikhlasan di dalam anak mata Jayzenz shane dan dia menemui itu dalam sepasang mata biru Jayzenz shane yang sangat mempesonakan itu.

"Kenapa awak cintakan saya?"
"Cinta itu tidak bersyarat untuk kita mencari tahu kenapa dan apa sebabnya..cinta itu lahir semula jadi dari hati ini my wife..Aku mencintaimu tanpa melakukan penilaian dari segi apapun..yang aku tahu aku sangat mencintaimu sepenuh nyawa aku..Aku sangat ikhlas menyayangimu my Dear.. "luah Jayzenz shane lagi menyakinkan Elsyamia Xandra tentang ketulusan perasaan yang sebenar-benarnya.

Elsyamia xandra melepaskan keluhan lembutnya.

"Hei!.. Kenapa mengeluh ni?!"
"Kenapa hati saya terlalu degil untuk menerima awak dengan mudah..padahal awak sudah banyak berusaha untuk melembutkan hati saya..Mungkin awak akan melakukan kesilapan kerana mencintai perempuan keras hati seperti saya..Masih sempat awak mahu menarik diri daripada memperbaiki hubungan ini Jayzenz shane.."luah Elsyamia Xandra kesal dan kecewa dengan kemahuan hati sendiri.

"Aku tidak akan pernah menarik diri daripada mencintaimu Elsyamia Xandra.."
Jayzenz shane meleraikan pelukan mereka kalau sudah mencapai ke topik yang akan membuatkan situasi menjadi tegang tiba-tiba begini,Jayzenz shane tidak mahu berbicara lagi dia mahu tidur sekarang,supaya Esok Elsyamia Xandra melupakan topik yang terakhir tadi dan membuat topik baru pagi esok.

Melihat Jayzenz shane memejamkan matanya Elsyamia Xandra menutup mulut untuk meneruskan bicaranya lagi,menyesal pulak dia kerana membuatkan situasi yang tenang menjadi tegang begini.

Mungkin dia harus bertindak rasional dan berbicara selepas ini kerana bicaranya mungkin sekali lagi membuatkan Jayzenz shane terdiam begini.

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now