Part 60🌹

22.6K 317 21
                                    

"I love You.."Jayzenz shane memeluk erat tubuh Elsyamia Xandra yang berdiri tegak di luar balkoni Bilik tidur mereka itu.

Elsyamia xandra tersenyum kecil,tidak rugi dia mempertaruhkan hatinya untuk mencintai Jayzenz shane..Kerana lelaki itu sangat menjaga hatinya..Jayzenz shane benar-benar sangat mengotakan janjinya kepada papa.

"Love you too bie.."Elsyamia xandra memusingkan tubuhnya dan memeluk erat tubuh sasa Jayzenz shane.

"Selepas ini semuanya akan menjadi lebih baik..."kata Jayzenz shane mengucup pipi Elsyamia Xandra dengan penuh kasih sayang.

"Mestilah nak kena baik bie..Kita sudah banyak berusaha untuk mempertahankan semua ini.."kata Elsyamia Xandra lembut.

"Mencintaimu memang sesuatu yang mudah tapi membahagiakan adalah satu perkara yang begitu sukar..tapi nasib baiklah bie ni kuat untuk bertahan dan terus bertahan.."kata Jayzenz shane mengusap lembut belakang badan Elsyamia Xandra.

"Betul tu..terutamanya masa mula-mula kita cuba bina hubungan ni secara terpaksa..sampai xandra rasa bie ni lelaki yang sangat menyampah masa tu.."Elsyamia xandra ketawa kecil apabila teringatkan betapa tidak serasinya mereka berdua dahulu ada sahaja benda yang tidak kena dan puas hati.

"Sebab masa tu bie..terlupa diri..bahawa sebenarnya bie perlu berusaha untuk menjaga sesorang yang perlukan bie untuk lindungi dia..kalau bie ingat betapa ego dan angkuhnya bie dulu..bie pun rasa menyampah dengan diri sendiri..bie sepatutnya sedar daripada awal..bahawa xandra sebenarnya memerlukan kasih sayang yang banyak daripada bie..pemikiran bie yang sangat mementingkan diri itu..memang teruk sangat kan.."kata Jayzenz shane turut ketawa kecil..memang lucu dan menyakitkan hati apabila teringatkan peristiwa lalu diantara mereka berdua.

"Tapi akhirnya bie disini juga..Walaupun kita lambat tersedar bahawa kita saling memerlukan selama ini..tapi sekurang-kurangnya kita tidak terlewat untuk memperbaiki hubungan kita dan berusaha untuk menjaga sebaik mungkin kan.."Elsyamia xandra memeluk erat pinggang Jayzenz shane..Elsyamia xandra memang sangat gembira sekarang..Sangat bahagia kerana akhirnya bersama juga dengan lelaki yang dicintainya sepenuh hati.

"Betul tu sayang..Kita tidak akan bahagia seperti sekarang kalau kita tak kuat hadapi semua ini..tapi kan seperti ada yang kurang pulak.."Jayzenz shane mula tersengih nakal tiba-tiba.

"Apa yang kurang?"Elsyamia xandra menyoal pelik..nampaknya Jayzenz shane tidak puas hati lagi ke dengan segenap cinta yang sudah diberikan untuk menjadi milik Jayzenz shane seutuh-utuhnya..kalau memang ada yang kurang Elsyamia Xandra tidak akan melatah,dia akan berusaha mengatasi kekurangan itu.

"Bie tak sabar nak ada baby sendiri.."kata Jayzenz shane meluahkan hasrat hatinya yang terpendam selama ini..Dia memang menginginkan anak,anak yang lahir daripada cinta mereka berdua.

Elsyamia xandra terkelu..Dia belum terfikir sejauh itu..lagipun mungkin sebab pemikirannya yang selalu tidak tenang rezeki anak itu memang sangat susah mahu melekat.

Tapi memandangkan hatinya kini sudah tenang dan bahagia..Elsyamia xandra juga sangat berharap..wujudnya tanda cinta mereka berdua di rahimnya.

"Hei!..Kenapa ni?!.sayang pleasee.ee..Jangan steress dahulu..Masih banyak masa untuk kita berusaha..bie tidak kisah apa yang bakal berlaku di masa hadapan..yang bie kisah dan mahukan adalah..xandra ada disisi bie sampai bila-bila pun.."Jayzenz shane kembali memeluk Elsyamia Xandra erat..Dia tidak sepatutnya membangkitkan isu yang mampu membuatkan Elsyamia Xandra tertekan..lagipun dia harus bersikap yakin untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

"Xandra tak tersinggung bie.. jauh lagi mahu rasa berjauh hati..xandra pun harap kita akan ada baby kita sendiri..mesti seronok kalau sudah bertiga kan.."kata Elsyamia Xandra tersenyum bahagia..Dia akan menghalang rasa negatif yang mahu mempengaruhi fikirannya..Elsyamia xandra tiada akan tewas semudah itu.

"Kalau begitu kita kena jalankan misi yang lagi keras lepas ni sayang.."kata Jayzenz shane mendukung tubuh Elsyamia Xandra masuk ke dalam bilik tidur.

"Misi apa tu bie?"Elsyamia xandra menyoal tidak faham..matanya terkebil-kebil merenung Jayzenz shane yanena berada di atasnya itu dengan senyuman yang penuh makna.

"Misi ni sayang.."Jayzenz shane memeluk Elsyamia Xandra dan mula memagut bibir Elsyamia Xandra.

Elsyamia xandra memaut tubuh Jayzenz shane melekap rapat ke tubuhnya,apabila dia sudah menangkap dengan tepat misi apa yang Jayzenz shane maksudkan itu.

Kini semua yang mengenali Jayzenz shane sudah tahu siapa perempuan yang dicintainya lelaki itu seperti nyawanya sendiri,Elsyamia Xandra diperkenalkan sebagai isteri beberapa hari yang lalu,

Memang ramai yang terkejut dengan statusnya itu..Tapi Jayzenz shane tidak mahu menyembunyikan kewujudan Elsyamia Xandra lagi..biarlah mata dunia tahu bahawa Jayzenz shane sudah punya suri hati dan hidupnya.. yang mungkin tidak sempurna daripada segala-galanya tapi yang Elsyamia Xandra lah sangat terbaik daripada semua yang ada.

Cintanya hanya milik Elsyamia Xandra..Tiada siapa yang harus mempertikaikan apa yang mereka miliki sekarang,

Usah terlalu yakin diri itu sempurna..Kerana di suatu sudut pandangan orang lain kita tetap punya kelemahan sebagai manusia biasa..Jangan terlalu bongkak dengan kelebihan diri sendiri..Kerana belum tentu yang kita pandang rendah itu..akan terus menjadi yang terlemah..Hidup ini bukannya saling kutuk mengutuk tapi juga menasihati,

Jayzenz shane akan bersungguh-sungguh berjanji untuk mempertahankan semua ini..Hanya Elsyamia Xandra di hatinya..Hanya Elsyamia Xandra yang dicintainya..Hanya Elsyamia Xandra isterinya.

........💓TAMAT💓....

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now