"Hard heart"
ELSYAMIA XANDRA
Mendengus marah melihat Nathan,belum sempat dia mahu pergi menemui Jayzenz shane Nathan terlebih dahulu bertindak untuk menculiknya.Dan lelaki-lelaki bersama Nathan memang mencurigakan,mereka seperti kumpulan kongsi gelap,Elsyamia Xandra bukannya seorang gadis yang penakut tapi bila sudah berada di situasi ini dia pun rasa cuak kut!.
"Aku tidak akan melakukan ini..kalau kau terima aku dengan mudah Elsyamia Xandra..aku akan memaksa laki kau ceraikan kau dan selepas itu kita berkhawin dan kau jadi milik aku sayang.."Nathan mengusap lembut pipi putih gebu Elsyamia Xandra.
Elsyamia xandra menepis kasar,dia tidak akan pernah mengizinkan sesiapa menyentuhnya sesuka hati,dia sangat tidak suka!.
"Comel seperti kucing..tapi garang sangat mengalahkan harimau..tapi aku suka.."Nathan melepaskan ketawa jahat nya.
Elsyamia xandra mengigit bibirnya,inikah lelaki yang dikenalinya sebagai kawan selama tiga tahun berlalu,sungguh Elsyamia Xandra tidak menyangka Nathan bertindak melampau hingga ke tahap ini,inilah yang menyebabkannya sangat tidak mempercayai sesiapapun,dia tidak mahu menjadi mangsa kepada keadaan dan situasi seperti apapun!.
"Jadi sayangku..berbagilah no Phone husband tu..Kita nak berkenalan dengan dia..Aku dah periksa Phone kau..tapi aku tidak ada lihat number Myhusband disitu tadi ..yang ada hanya no MR.JZ MR BUAYA dengan Alan dan si taniya kut..sampai hati kau tak simpan number aku sayangku..Kau sangat mengecewakan aku dan memperlekehkan kasih sayang kekasih mu ini!" kata Nathan tersenyum senget tidak ubah seperti orang hilang akal.
" Aku tidak akan berkongsi apa-apapun dengan kau Nathan..begini cara kau mahu meraih perasaan aku..Sekarang aku rasa tidak menyesal kerana tidak pernah membuka ruang kepada kau..kau lelaki yang Perangai Entah apa-apa!"sinis Elsyamia Xandra berani.
"Suka tidak suka tidak lama lagi,kau milik aku sayang..Aku tidak sabar membayangkan malam pertama kita nanti..aku agak kecewa kerana itu bukanlah malam pertama untuk kau..tapi hanya untuk aku..tapi aku tidak kisah..janji kau milik aku kut!!"kali ini tawa Nathan sangat menyakitkan hati Elsyamia Xandra.
"Aku lebih rela mati daripada bersama kau Nathan!!"Marah Elsyamia Xandra keras.
"Dengar tu semua..pastikan bakal bini aku dikurung tanpa ada alat-alat yang membahayakan dia disini..kalau sedikit pun dia rasa sakit..korang aku bunuh!!"Amaran Nathan dengan suara yang sangat kuat dan dingin.
Konco-konco Si Nathan mula mengangguk menurut arahan,Nathan tersenyum puas tidak ada sesiapa yang mungkin boleh memisahkannya dengan si cinta hatinya Elsyamia Xandra itu.
"Mungkin aku patut Call MR.JZ MR.BUAYA.."
"Jangan!!!"
"Jangan cakap ini gelaran yang kau bagi kat laki kau kut Xandra!"Nathan tergelak besar.
"Kau sedang melakukan kesilapan Nathan..berundurlah selagi kau mampu!"Elsyamia xandra mula memberi Amaran,Ramai yang tidak tahu tentang siapa sebenarnya Jayzenz shane,Dia tahu kerana Mummy dan papa Jayzenz shane sudah menceritakan segala-galanya tentang sisi yang menakutkan tentang Jayzenz itu."Maknanya laki kau ni kasanova dan kau selalu makan hati dengan dia..Aduhai!..sayangku Elsyamia Xandra..itu lagi menguatkan sebab kenapa aku harus merampas kau dari dia..Kerana hanya aku satu-satunya lelaki yang sangat mencintai dan menghargai kau..berbeza sangat dengan MR.JZ kau tu!!"kata Nathan terus ketawa kuat.
"Kau akan menyesal Nathan.."Elsyamia xandra bersuara kesal,janganlah Aura Jayzenz shane yang satu lagi itu terkeluar dengan berita penculikan nya ini nanti,dia tahu Jayzenz shane akan mengamuk kerana lelaki itu sangat berpegang kepada janjinya bersama papa untuk memastikan keselamatan Elsyamia Xandra..dan janji itulah yang akan membuatkan Jayzenz shane mungkin akan meletup.
Nathan mula mendail number MR.JZ MR.BUAYA itu.
"Kau milik aku sekarang Elsyamia Xandra dia yang patut menyesal kerana tidak menjaga kau dengan baik dan..."Kata-kata Nathan terhenti apabila suara di hujung sana sudah bersuara marah..Mungkin sudah mendengar apa yang dicakapkan nya kepada Elsyamia Xandra sebentar tadi."Beginilah MR.JZ A.k.a MR.BUAYA..Tu bekas bini kau ni nanti yang bagi gelaran itu..Lepaskan Elsyamia Xandra..kau tidak layak bersama dia..Dia hanya layak bersama aku"kata Nathan tergelak-gelak jahat dan mendengar butir bicara MR.JZ Elsyamia Xandra dengan muka tidak gentarnya.
"Kau jangan mimpi nak lawan aku..kau tu siapa budak hingusan..lap hingus kau tu baik-baik selepas Elsyamia Xandra jadi milik aku ye!" Perli Nathan lagi.
"Nathan kau sedang melakukan kesilapan..hentikan semua ini sekarang juga!!!..lepaskan aku sekarang!!"tengking Elsyamia Xandra kuat,dia tidak mahu akan terjadi sesuatu yang dahsyat bila Jayzenz shane sudah bertindak mendapatkannya nanti.
"Tidak akan sekali-kali Elsyamia Xandra.."kata Nathan tersenyum meleret.
"Nathan cukuplah kau sedang mencari maut sekarang ni..kau tidak kenal siapa husband aku..hubungi dan lindungi keluarga kau sekarang juga..Sebelum kau kehilangan mereka.."ujar Elsyamia Xandra selepas Nathan menamatkan panggilan itu."Maksud kau?!!"Nathan aku hak gerun dengan apa yang Elsyamia Xandra katakan,beberapa minit selepas itu dia mendapat panggilan yang membuatkan nyawa dan nafasnya tercabut,betul cakap Elsyamia Xandra dia sudah mencari masalah dan menimbulkan bahaya yang amat sangat kepada keluarganya..nyawa keluarganya di hujung tanduk jika Elsyamia Xandra tidak dipulangkan sekarang juga.
"Sapa..sapa husband kau sebenarnya?!"kata Nathan gugup dan berpeluh-peluh.
"Cukuplah kau tahu bahawa kau telah membangunkan seekor naga yang terlena Nathan.."kata Elsyamia Xandra melepaskan keluhan kesalnya,harapnya dia punya sedikit kelebihan untuk mengawal sisi kejam Jayzenz shane itu.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
RomansKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...