"You're mine"
"Lepaskan keluarga aku!!"jerkah Nathan apabila kakinya sudah menginjak lantai banglo rumah keluarganya,adik perempuannya bersama kedua-dua ibu bapanya sudah di acukan pistol di kepalanya mereka..Rasa marah dan takut menguasai hatinya.
Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan si ketua penceroboh banglonya itu berpaling menatapnya dengan biji mata yang kemerahan.
"Jayzenz...shane.."Nathan bersuara tergetar-getar,tak akanlah lelaki jutawan hebat ini adalah husband kepada Elsyamia Xandra,Nathan menggelengkan kepalanya berkali-kali,ini tidak mungkin setahu mereka Jayzenz shane masih bujang..sejak bila dia berkhawin dengan Elsyamia Xandra??!!!.
Elsyamia xandra yang melepaskan keluhannya dipandang sekilas,inilah kebenarannya Elsyamia Xandra benar-benar wife kepada Jayzenz shane,tidak Elsyamia Xandra bukannya milik Jayzenz shane,Elsyamia Xandra miliknya!!Hanya miliknya!!dia tidak mahu menyerahkan Elsyamia Xandra kepada Jayzenz shane! Tidak!!!.
Nathan mencengkam kuat lengan Elsyamia Xandra,Dia masih ego mempertahankan Elsyamia Xandra menjadi miliknya walaupun nyawa keluarganya menjadi taruhan.
"Lepaskan wife aku sebelum aku timbus kau dengan keluarga kau sendiri dalam rumah ni!!"ujar Jayzenz shane menghampiri Nathan dengan Elsyamia Xandra dengan renungan yang menakutkan.
"Kau tak tak akan berani!"
"Kau terlalu yakin!!"Jayzenz shane mara tanpa amara kearah Nathan dan memberi tendangan yang sangat kuat dan padu kepada Nathan,sehingga peluang Nathan untuk membalas tidak ada langsung,Jayzenz shane yang tengah mengamuk sangat itu,membelasah Nathan tanpa belas kasihan.
"Jayzenz berhenti!!"Elsyamia xandra bertindak menghalang,dia sakit hati kerana jadi mangsa culik Beberapa jam Nathan,tapi dia kesiankan keluarga Nathan yang merayu supaya anak lelaki mereka dilepaskan.
"Kau tepi xandra!!..Ini perhitungan antara lelaki!!"Jayzenz shane menolak kuat Elsyamia Xandra yang berdiri di hadapannya,sehingga Elsyamia Xandra jatuh terduduk.
"Jayzenz!!..Dia tak buat apa-apa pun pada saya lagi..Cara awak membelasah dia memang keterlaluan!!"tengking Elsyamia Xandra mula hilang sabar.
"Jadi nak tunggu dia rogol kau..baru suruh aku buat apa-apa begitu!!"sinis Jayzenz shane dengan jengkelnya.
"Tidak semudah itu..Dia nak ambil kesempatan pada saya Jayzenz!!"Elsyamia xandra mula berang.
"Tapi bro aku sempat jugak usap-usap pipi gebu Elsyamia Xandra dan sentuh dia sikit-sikit..Elsyamia xandra memang punya kecantikan yang melemahkan..malah aku teringin merasai bentuk tubuhnya yang menggiurkan itu!!" Kata Nathan mengejek Jayzenz shane dalam kesakitannya itu.
Jayzenz shane semakin mengamuk,kali ini dia menumbuk muka Nathan dengan lagi kuat.
"Jayzenz shane berhenti!!!"jerit Elsyamia Xandra,Dia tidak mahu Jayzenz shane terbunuh si Nathan.Baam!!!
Tumbukkan Jayzenz shane berhenti apabila bahunya terasa perit dan sakit apabila terkena tembakan seseorang, orang itu tidak lain tidak bukan siapa lagi kalau bukan si utamanya penentangnya Elsyamia Xandra."Saya terpaksa lakukan ini..lagipun saya tak mahu awak terbunuh sesorang yang tidak penting dalam hidup kita..dan Nathan kita bukan kawan lagi selepas ini..Aku harap kau menyesali perbuatan kau menculik aku..dan fikirkan keselamatan keluarga kau.."Elsyamia xandra memaut pinggang Jayzenz shane erat untuk membawa lelaki itu keluar daripada situasi tegang itu.
Jayzenz shane yang sedang menahan sakit itu,Mencerlung memandang Elsyamia Xandra yang bertindak di luar jangkaannya, berani sangat Elsyamia Xandra melepaskan tembakan kepadanya.
Kalau orang lain yang lakukanya,mungkin sudah dibunuhnya tapi memandangkan Elsyamia Xandra yang lakukanya,hatinya seperti susah mahu marah.
Adakah Elsyamia Xandra sudah mendapat tempat kukuh di hatinya,sehingga Jayzenz shane rasa sangat tidak mampu melayani Elsyamia Xandra dengan kasar walaupun sudah menembaknya,
secara sengaja pulak tu!.ELSYAMIA XANDRA mengambil tempat duduk di sebelah Jayzenz shane di dalam kereta mewah yang dipandu salah seorang anak buah Jayzenz shane itu.
Elsyamia xandra mengoyakkan hujung baju dress yang dipakainya dan membalut bahu Jayzenz shane dengan itu.
Haih!..kenapalah dia menembak Jayzenz shane tadi,sekarang ini dia pulak yang rasa bersalah sangat.
"Balik kondo wife aku caleb..aku tak nak Jayrez nampak kecederaan aku!"Arah Jayzenz shane dengan tegas,matanya tidak lepas-lepas merenung Elsyamia Xandra yang kelihatan rasa serba salah itu.
"Kau tembak aku kan..Jadi kau yang bertanggungjawab ubatkan luka ini nanti..Jangan nak beralasan pulak!"kata Jayzenz shane dengan muka dinginnya.
"Saya tahulah..ni pun salah awak juga..Kenapa beria sangat belasah si Nathan tu teruk sangat..Dia bukan lawan awak pun!"Elsyamia xandra mencebik geram.
"Dia tidak sepatutnya usik wife Jayzenz shane!"
"Dia tipu k..Dia tidak sentuh saya Lebih-lebih..Dia cuma usap pipi saya aje!"
"Itu pun sentuh juga namanya kan!..ke kau suka-suka kena usap dengan dia..maklumlah kekasih hati kut! "Sinis Jayzenz shane marah,tidak mengertikah Elsyamia Xandra bahawa seorang lelaki tidak akan pernah mengizinkan isterinya disentuh walaupun hanya hujung rambut sekalipun.Elsyamia xandra mendengus kesal,dia membuang pandang ke arah luar cermin kereta itu..Dengan berpeluk tubuh,dia rasa malas mahu berbalas kata dengan Jayzenz shane untuk kali ini,Jayzenz shane juga begitu dia juga malas mahu berbalah dengan Elsyamia Xandra..kedua-duanya mula melayani perasaan sendiri masing-masing,menunggu untuk tiba ke destinasi yang dituju.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
RomantiekKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...