Part 57🌹

11K 175 1
                                    

Anthony dengan Adelina tidak harus menunjukkan reaksi yang bagaimana lagi,mereka berdua mengikuti Jayzenz shane pergi ke banglo keluarga Nathan kerana Jayzenz shane mahu membuat perhitungan yang terakhir dengan lelaki itu.

Tapi melihat ada majlis perkahwinan disitu..niat sebenar mereka terbantut..Melihat si pengantin lelaki yang bersanding dalam keadaan mata yang lebam serta bibirnya yang pecah dengan kepala yang berbalut.

Mereka bertiga jadi pelik..memangnya siapa yang membelasah Nathan bagi pihak mereka dengan agak teruk begitu..dan untuk mengetahui kebenaran itu,Dino dipanggil untuk berhadapan dengan mereka sekali lagi selepas malam semalam.

Bila Dino menyerahkan Phonenya mengandungi satu video yang sengaja dirakam ketika Elsyamia Xandra membelasah Nathan diberikan kepada Jayzenz shane dan Adelina dengan Anthony turut sibuk mahu ambil tahu apa yang sebenarnya terjadi.

Jayzenz shane merenung video itu dengan rasa tidak percaya..sejak bila Elsyamia Xandra ni jadi bru talian sangat!!

Tapi apa yang mustahil..Kali pertama dia mencari Elsyamia Xandra dulu pun. .Elsyamia xandra pernah membelasah beberapa orang lelaki..nampaknya Jayzenz shane sudah salah faham tentang sesuatu semalam..Dia merengus kesal kembali.

"Tuan saya ambik videonya itu..supaya Tuan tidak salah faham dengan puan besar..Saya tak nak Nathan perangkap puan xandra lagi..dan kami semua tak sangka puan xandra ada pertahanan diri yang sangat hebat..sampaikan bodyguard yang lain pun rasa kagum..dan puan besar minta kami jangan mencampuri urusannya bersama Nathan..kerana dia sendiri yang mahu membelasah Nathan kerana terlalu banyak buat dia tak puas hati..Jadi kami mengikut arahan puan besar tuan dan xandra belasah Nathan sampai Nathan terkencing dalam seluar tuan..Puan besar memang Power tuan.."Dino mula menjelaskan keadaan sebenar,semalam dia gagal menjelaskan apa-apa kerana gerun dengan kemarahan Jayzenz shane dan kini bila melihatkan Jayzenz shane sedikit tenang dia lega menceritakan segala-galanya.

"Dan sebelum berjumpa Nathan..memang cik xandra ada makam malam bersama saya..tapi masa tu dia tengah tolong saya pujuk kekasih saya yang merajuk tuan..dan ketika kami mahu balik puan besar ditegur oleh datin seri Alna..Mereka kata mahu berbincang sekejap..Jadi cikgu xandra mahu saya hantar tunang saya dulu..dan lepas tu datanglah jemput dia balik..cik xandra memang dah tegang bila saya jemput dia tu..dan Nathan sangat bernasib malang kerana menjadi mangsa ketegangan puan besar tuan..Sebenarnya Nathan tak tahu dalam kereta tuan yang kehabisan minyak tu ada puan besar..tapi Entah tiba-tiba puan keluar dari kereta dengan muka mengamuk nya dan terus pukul Nathan tuan.."tambah Dino lagi bila Jayzenz shane mengisyaratkannya untuk terus menceritakan keadaan itu dengan lebih terperinci.

"Kau boleh keluar Dino.."ujar Jayzenz shane lemah..kesalnya sangat meruntun hati sekarang,nampaknya dia terlalu bodoh..Kerana sudah memikirkan yang tidak-tidak terhadap Elsyamia Xandra..perempuan kesayangannya itu.

"Xandra memang perempuan yang kuat dan istimewa..Dia tidak pernah menonjolkan bahawa dia boleh jadi tabah mengatasi manusia-manusia yang menyakitkan hatinya.."kata Adelina perlahan Jayzenz shane direnung geram..itulah ikutkan sangat perangai baran tu..Sekarang diri sendiri yang susah pulak!.

"Pujuk dia Jayzenz.."kata Anthony menepuk lembut bahu sahabatnya yang sangat rapat itu.

"Aku tak rasa dia boleh maafkan perangai ganas aku semalam..xandra memang anti sangat dengan keganasan dan dia benci dengan manusia yang melukakan hatinya..aku tak fikir dia boleh dipujuk dengan mudah!!"Jayzenz shane menjatuhkan mukanya diatas meja..Dia kehilangan. semangat!..Sangat hilang kerana memikirkan perbuatan dengan kata-katanya semalam.

"Sebab tu kami nak kau pikat dan goda dia aje..bukannya pergi mengamuk macam perangai budak-budak!!"tiba-tiba Adelina menyembur Jayzenz shane..Dia sangat marah..Orang lelaki memang suka melakukan sesuatu yang terburu-buru ke?!!.

"Yelah..Yelah aku salah.."kata Jayzenz shane lemah,malas mahu terus tunjuk ego dah memang dia yang silap,dan seperti yang sebelum ini dia aje yang betul dan pendapat orang lain tidak diterima,hanya Elsyamia Xandra aje yang mampu mengalahkan egonya daripada sudut apapun..agaknya sebab itulah dia tidak boleh hidup tanpa Elsyamia Xandra.

"Baru sekarang nak sedar..kalau kau Anthony dah lama aku hempuk kau dengan penyapu tahu tak..suka sangat merajuk macam budak-budak tadika.."kata Adelina masih geram dengan Jayzenz shane.

"Sayang dahlah tu..Jayzenz tengah serabut nak fikirkan cara untuk pujuk wife dia..sayang jangan terlebih-lebih pulak nak marah dia.."tegur Nathan, dia kurang senang dengan cara Adelina memarahi Jayzenz shane..kalau lelaki 'terhangat' ni mengamuk lagi macam mana??!!

"Biarlah..dah memang aku yang salah.."kata Jayzenz shane dengan nada yang begitu sedih,nampaknya kali ini dia harus memujuk Elsyamia Xandra dengan lebih keras lagi..memandangkan kali ini dia sudah melakukan sesuatu kesalahan yang lagi besar.

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now