Part 30🌹

12.3K 209 0
                                    

Hampir seminggu sudah kehilangan Jayzenz shane dalam sebuah kemalangan kereta yang dahsyat,kereta yang dipandu Jayzenz shane disabotaj dan diletakkan bahan letupan,sehingga kereta yang dipandu lelaki kacak itu hancur dalam letupan yang berupa tragedi yang sangat memberi kesan kepada Elsyamia Xandra.

Kini Elsyamia Xandra sangat terasa dengan kehilangan itu,kereta yang dipandu Jayzenz shane meletup habis tapi pihak polis dan forensik mengesahkan bahawa tidak ada yang terkorban dalam kemalangan itu,Jayzenz shane mungkin sempat menyelamatkan dirinya dan di manakah Mr.Husbandnya sekarang ini?!.

Janganlah terjadi apa-apa kepada Jayzenz shane kerana hatinya sudah mula menerima kehadiran Jayzenz shane dalam hidupnya,dikala ini hatinya sudah mula memupuk rasa sayang dan cinta kepada Jayzenz shane,dia tidak tahu apa reaksi perasaannya seterusnya apabila Terjadi sesuatu yang buruk kepada Jayzenz shane.

Apatah lagi apabila yanena dan si Amy tidak habis-habis mahu menganggu dan mengugutnya yang bukan-bukan,hanya kerana wanita berdua itu mahukan Jayzenz shane.

Malam itu ketika Elsyamia Xandra baru sahaja keluar daripada kondominium papanya dengan niat untuk menjenguk keadaan Jayrez shaun yang turut terkesan dengan kehilangan Jayzenz shane,Elsyamia Xandra diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah van hitam.

Elsyamia xandra cuba melawan,tetapi usahanya itu ternyata gagal apabila mulut dan hidungnya sudah ditekup dengan cecair yang membuatkan Elsyamia Xandra terus pengsan.

Beberapa jam kemudian Elsyamia Xandra terbangun dengan terkejutnya apabila dirinya kini berada di sebuah bilik tidur mewah yang asing sangat dan dia lega apabila tubuhnya masih lengkap berpakaian lagi.

Bila melihat seseorang masuk ke dalam bilik itu dalam keadaan bertopeng hitam berbingkai Emas putih,hati Elsyamia Xandra jadi mengamuk berani betul mamat bertopeng ni menculik dia!!.

"Kau sapa Huh?!"
Si lelaki bertopeng itu hanya tersenyum.

"Kenapa culik aku?!"
Elsyamia xandra bersuara geram dan marah.

Beberapa minit kemudian seorang perempuan yang tinggi dan agak cantik orangnya datang mendekati lelaki bertopeng itu dan mereka mula-mula berbisik-bisik tidak mahu Elsyamia Xandra mendengarnya.

"Puan Jz..Puan akan berada disini dalam waktu yang agak lama sehingga hal yang melibatkan kemalangan husband puan diselesaikan..Ini demi keselamatan puan.."kata wanita itu tersenyum.

"Kenapa aku perlu ikut kata-kata penculik seperti kamu..Ini Elsyamia Xandra sebelum aku buat tempat korang ni jadi tsunami baik lepaskan aku sekarang juga!!"tegas Elsyamia Xandra serius.

"Kalau puan tidak mahu kawan-kawan dan ahli keluarga puan di apa-apakan puan kena ikut cakap kami!"kali ini wanita itu pulak yang berkata tegas kepada Elsyamia Xandra.

"Tunggu!..adakah saya sedang di ugut sekarang ni?!"Elsyamia xandra merenung marah si lelaki bertopeng dan wanita tinggi itu silih berganti.

"Ya!"wanita tinggi itu menjawab.
"Kamu semua melakukan kesilapan kerana menculik aku..percayalah kamu semua akan menyesal kerana membuatkan aku ada disini.."Elsyamia xandra tersenyum sinis.

Wanita tinggi dan lelaki bertopeng itu berpandangan antara satu sama lain,mereka tidak senang hati dengan senyuman sinis Elsyamia Xandra itu,nampaknya menangani Puan Jayzenz shane akan menjadi sesuatu yang sukar.

"Errr..Puan Jz nak buat apa?"
"Lelaki bertopeng ni bos kamu ke?"Elsyamia xandra berdiri mendekati lelaki bertopeng itu.

"Err..ya..bukan..!"wanita tinggi itu kalut,bila ada dalam situasi itu.

"Kau bos penculik aku ke?"Elsyamia xandra menatap tajam wajah lelaki bertopeng itu.

"Husband puan ada perhitungan dengan bos saya ni..selagi Husband puan Jz tidak ditemukan lagi..Puan kena berada disini..lagipun keselamatan puan Jz lebih terjamin bila ada di sini!"wanita tinggi itu menjawab.

Elsyamia xandra mendengus kuat,lain siapa yang disoal lain pulak siapa yang menjawabnya,lelaki bertopeng itu bisu agaknya?!.

"Kau rasa aku Selamat ke bila kena culik..Memang Tidaklah!!"Elsyamia xandra membentak kasar.

"Puan Jz berehatlah.."lelaki bertopeng dan wanita tinggi itu melangkah keluar,tanpa menghiraukan muka masam Elsyamia Xandra.

Elsyamia xandra rasa mahu menangis sekarang juga,dia memang yakin dia mampu membebaskan diri secepat mungkin daripada sini..tapi niatnya mati apabila nyawa kawan-kawan dan Jayrez shaun dipertaruhkan sekarang ini.

"Jayzenz shane awak kat mana..cepatlah datang dan selamatkan keadaan ini.."ujar Elsyamia Xandra perlahan.

Air matanya mengalir laju dia bukan menangis kerana takut diculik tapi menyesal kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan situasi ini.

Percayalah kalau sampai dia dibebaskan nanti,dia akan membelasah seorang demi seorang penculiknya itu.

Hati Elsyamia Xandra menjadi tidak keruan bila dia harus berhadapan dengan kehilangan Jayzenz shane kini dia harus berhadapan untuk mempertahankan nyawanya daripada diragut,dia tidak akan meletakkan keselamatannya kepada penculiknya ini..Kerana mereka juga berniat jahat dan mungkin akan melakukan sesuatu yang teruk kepadanya.

Elsyamia xandra tidak akan memperlihatkan kelemahannya, hatinya sekeras batu dan tidak ada memberi sesiapapun untuk mengambil kesempatan ke atasnya dan memperlihatkan kelemahannya.

Hatinya harus dikentalkan menghadapi semua ini,Elsyamia Xandra sangat yakin Jayzenz shane akan datang menyelamatkannya,dia akan menguatkan hatinya dan membina tembok-tembok keyakinan tertinggi dalam hatinya juga.

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now