Anthony dengan Adelina semakin terperasankan hubungan Elsyamia Xandra dengan Jayzenz shane semakin baik dari ke hari yang semakin berlalu ditinggalkan,
Malah kedua-duanya tidak kekok untuk bergurau senda dan bergaduh manja di hadapan mereka berdua,jelas terlihat kedua-duanya sangat saling menyayangi dan mencintai dari cara-cara rangkulan manja dan romantis yang Jayzenz shane lakukan padanya Elsyamia Xandra.
"Memandangkan korang sudah ok..biarlah kami kembali kepada kondominium kami sendiri..lagipun rindu pulak rasanya nak duduk rumah sendiri.."bicara Anthony ketika mereka berempat masing-masing berehat santai di taman banglo mewah yang indah itu.
"Tapi xandra belum pulih dari segi ingatannya lagi..aku risau kalau aku tidak bersama setiap waktu..akan ada yang mengambil kesempatan pulak.."Jayzenz shane merangkul mesra pinggang Elsyamia Xandra yang duduk di sebelahnya itu.
"Sayang betul tu..Adelina berat hatilah nak tinggal xandra dalam keadaan dia yang masih hilang ingatan ni..kalau bini dia hilang lagi kawan kesayangan sayang ni boleh pergi bunuh diri tahu tak.."ujar Adelina dengan nada yang mengusik Jayzenz shane.
"Bini kau perli aku bro.."Jayzenz shane mengadu kepada Anthony dengan muka merajuknya.
Anthony menghamburkan kuat ketawanya apabila hatinya bagaikan digeletek kuat melihat muka Jayzenz shane yang merajuk mengadu kepadanya..buruk betul rupanya muka orang tua merajuk.
"Sebenarnya xandra lama nak tahu..bagaimana bermulanya kejadian xandra hilang ingatan?"Elsyamia xandra menyoal dengan muka seriusnya,dia hampir berjaya menemui lelaki yang Nathan seminggu yang lalu tapi bodyguard yang menjaganya merosakkan segala-galanya,Jayzenz shane mengawal keberadaan dengan sangat ketat dan bodyguard yang disuruh Jayzenz shane menjaganya sentiasa mengekorinya kemana sahaja dia pergi..Sebenarnya Elsyamia Xandra rasa rimas dengan semua itu,
Tapi memikirkan itu semuanya untuk keselamatannya Elsyamia Xandra bersabar dan bertahan sahaja,kerana dia juga tidak mahu merisaukan Jayzenz shane lagi.
"Nathan tu..kawan belajar xandra masa kat luar negara dahulu..tapi serapat mana hubungan xandra dengan dia aku tidak tahu, yang aku sangat tahu dan sedar dia ada hati yang begitu dalam dengan xandra..sampai ke suatu tahap sanggup menculik xandra dan melakukan apa sahaja untuk kita tidak bersama dengan aman..Nathan sangat tergila-tergilakan xandra dan dia mahukan xandra.."Jayzenz shane bersuara dengan tenang menceritakan tentang itu kepada Elsyamia Xandra yang begitu khusyuk mendengarnya.
"Bagi xandra jumpa dia..xandra nak bercakap dengan dia..Mungkin selepas itu dia tidak akan menganggu hubungan kita lagi.."Elsyamia xandra menatap tepat wajah Jayzenz shane yang kelihatan tegang bila dia berkata begitu.
"Aku Tidak akan benarkan !!"Jayzenz mendengus marah,nampaknya Elsyamia Xandra mula merosakkan moodnya yang tengah membaik sekarang ni.
"Nathan tu bahaya xandra..kalau dia jumpa xandra lagi..Mungkin kali ini dia akan pastikan xandra tidak akan ditemui lagi..lagi-lagi bila dua kawan yang pernah rapat dengan xandra suatu ketika dahulu turut bersubahat dengan Nathan..Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup senang..termasuk merosakkan hidup kawan rapat sendiri.."Adelina turut bertindak menghalang kemahuan Elsyamia Xandra yang dirasakan terlalu gila kerana mengutarakan permintaan untuk menemui penculiknya..Elsyamia xandra sudah hilang akal ke..menghantar sendiri dirinya untuk disakiti lagi.
"Xandra cuma nak tengok muka manusia yang kejam kerana begitu sampai hati mengkhianati kawan sendiri hanya kerana tamak dan terpengaruh dengan rasa obses yang melampau..Jayzenz please xandra nak jumpa dan nak maki mereka bertiga cukup-cukup..Apa punya kawan macam tu..haiwan pun ada semangat setia kawan kut walaupun mereka tu tidak sekolah.." Elsyamia xandra mencebik dengan muka marahnya.
Adelina rasa mahu ketawa dengan apa yang dituturkan Elsyamia Xandra tadi,permintaan yang bercampur-campur dengan makian itu memang melucukan di pendengaran mereka,cuma Jayzenz shane sahaja yang masih tidak terusik malah Ekspresi muka Jayzenz shane bertambah ketat dan keruh,
"Jayzenz.."Elsyamia xandra mula merayu dengan muka manjanya.
"Anthony ketatkan kawalan pada Xandra..aku tahu lepas ni dia akan buat yang bukan-bukan bila dia dah bercakap tentang ini.."Jayzenz shane bersuara tegas dengan muka dinginnya,Elsyamia Xandra direnung tajam.
"Xandra tidak akan buat yang bukan-bukan Kalau Jayzenz bagi xandra jumpa dia..Xandra cuma mahukan semua kekusutan ini berakhir..kalau Jayzenz shane nak tunggu ingatan xandra untuk pulih baru Jayzenz boleh biarkan xandra keluar bebas itu semua tidak akan terjadi..Dalam banglo ni dan pejabat tu..Tiada satu pun kenangan yang boleh membuatkan xandra ingat sesuatu..Mungkin kalau xandra jumpa mereka ingatan xandra akan pulih...xandra harus bertindak drastik untuk membantu ingatan Xandra kembali..terkongkong disini ingatan xandra akan terkurung terus..Apa salahnya kalau sesekali kita mengambil tindakan yang lagi berisiko..Kerana mungkin hasilnya nanti akan memuaskan "jelas Elsyamia Xandra dengan panjang lebar,tubuh Jayzenz shane dipeluk erat meminta pengertian..saat ini Elsyamia Xandra sangat berharap Jayzenz shane berlembut hati dengan permintaannya.
Adelina dengan Anthony terdiam melihat tingkah Elsyamia Xandra yang kelihatan hampir berjaya memujuk Jayzenz shane untuk menuruti permintaannya.
"Baiklah..tapi aku mesti ada sekali dengan kau..."ujar Jayzenz shane mengalah,kalau dengan melakukan tindakan berisiko ini Elsyamia Xandra akan mampu memulihkan ingatannya dia sanggup melakukan apa sahaja.
Sekarang dia perlu fokus untuk menyediakan benteng pertahanan untuk mengelakkan Nathan bertindak melakukan sesuatu yang lagi dahsyat daripada sebelum ini.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
RomanceKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...