"Loss and return "
💖💖
JAYREZ SHAUN menjerit kegembiraan apabila orang yang ditunggunya sudah kembali dan muncul di hadapan mata
Elsyamia xandra dipeluk Erat.Jayzenz shane pulak menarik nafas leganya,kalau Elsyamia Xandra ini boleh menjadi penawar kepada kemurungan Jayrez shaun,memang sudah lama Elsyamia Xandra dijejaki sebelum sempat dia meniduri lelaki lain selain daripadanya.
Tapi segala-galanya sudah terlambat untuk diperkatakan,cukuplah baginya Jayrez shaun gembira dan dia akan berkorban apa sahaja.
Buat masa sekarang sukar rasanya dia mahu memikirkan kearah hubungannya dengan Elsyamia Xandra,Dia bukan meletakkan kesucian itu adalah sesuatu yang sangat penting dalam sesuatu hubungan,cuma dia ego untuk menerima satu kenyataan nanti dimana bila salah seorang teman lelaki Elsyamia Xandra datang mengungkit tentang hubungan intim mereka.
Dan sebagai seorang lelaki yang bermaruah dia rasa malu dan marah apabila saat itu tiba nanti,dia tidak mahu berkongsi apa-apapun dengan orang lain.
Dia rasa kecewa walaupun Elsyamia Xandra tidak menghargai perkahwinan ini,cukuplah sekadar menjaga maruah dan kesucian dirinya kerana dia,Elsyamia Xandra patut menjaga status puan Jz sebaik mungkin.
Tapi untuk melepaskan Elsyamia Xandra secepat ini adalah dirasakan tidak mungkin,kerana Jayrez shaun sangat memerlukan bantuan Elsyamia Xandra.
"Sayang I dah sampai dah!!"satu suara menjerit manja.
"Ingat kau cuma orang gaji untuk jaga Jayrez shaun..Jangan nak mengada-ngada mengaku isteri mahupun sepupu aku..kau terlalu kotor untuk diperakui sebagai salah satu ahli keluarga aku faham!!"Jayzenz shane menunjuk tepat ke wajah Elsyamia Xandra secara spontan.
"Kut ye pun nak menghina..awak patut tengok situasi terlebih dahulu Jayzenz,nampak tak elok bila Jayrez turut mendengarnya.."Elsyamia xandra menepis kasar telunjuk jari Jayzenz shane yang kurang ajar menunjukkan ke arah mukanya.
"Abang layan kakak xandra kasar..Jayrez benci abang!!"Jayrez shaun mengenggam kuat penumbuk kecilnya dan memukul belakang Jayzenz shane kuat.
"See..."Elsyamia xandra menunjukkan ke arah Jayrez shaun yang marah itu.
Jayzenz shane mendengus geram hatinya cuba untuk disabarkan.
"Baiklah abang minta maaf dengan kak xandra kesayangan kamu.."Jayzenz shane mengalah, Jayrez shaun pamer muka angkuhnya dan menarik tangan Elsyamia Xandra pergi mengikuti langkah kakinya menaiki anak-anak tangga dan menuju ke biliknya."Sayang kenapa I panggil you tidak jawap-jawap..kering tekak I tahu tak.."Yanena merengek manja memeluk lengan Jayzenz shane..Dengan muka yang pura-pura merajuk.
"Kau datang rumah aku ni kenapa?"
"You ingat lagi tak natasya?"
"Emm..ingat kut.."
"You ni macam tidak yakin sangatlah..dulu you kan tergila-tergilakan dia..masa kita belajar kat luar negara dulu tu..dan Last sekali dia khianati kasih sayang you sebab lelaki mat saleh kaya itu..masa tu kitaorang tidak tahu you ni sebenarnya anak lelaki sulung pengerusi syarikat Jz holding group..kalau kerana you tidak berahsia mesti natasya yang ada dengan you sekarang dan I pulak terkial-kial cemburu.."Yanena tergelak-gelak dengan hilai tawa yang menjengkelkan.Jayzenz shane pamer muka tidak minat untuk ambil tahu tentang cerita itu.
"You tidak rindu dengan kekasih
Lama you ke?..tak nak jumpa dia?..dengar-dengar dia bujang lagi kut..."sengaja yanena bertanya begitu,kerana mahu memastikan keperluan natasya benar-benar tidak dipedulikan oleh Jayzenz shane."Hanya perempuan yang boleh berbaik dengan Jayrez shaun saja..yang akan punya peluang untuk menjadi puan jz..ingat yanena..Dia satu-satunya adik aku..dan aku hanya berkorban untuk dia!"tegas Jayzenz shane dengan muka seriusnya.
Yanena terkedu..Hanya berbaik dengan Jayrez shaun Sahaja jalannya untuk memiliki lelaki itu..teruklah!!..Jayrez shaun sangat tidak suka kepadanya dan melihatnya seperti musuh,salah dia juga tu kerana selalu cari pasal mengejek Jayrez shaun..Kerana menganggap budak lelaki itu terlalu remeh dan sekarang yang terjadi sebaliknya pulak..bagaimana dia harus berbaik dengan Jayrez shaun demi mendapatkan cinta abangnya??.
"Dahlah aku nak rehat..kau pergi balik sekarang.."Jayzenz shane bersuara rimas.
"Tapi.."
"You tahu kan jalan keluarnya."pintas Jayzenz shane cepat dan meninggalkan yanena terkebil-kebil disitu,dia mahu memejamkan matanya sebentar kerana tiba-tiba rasa penat dan mengantuk.
YOU ARE READING
THE WIFE (Complete)✔
Roman d'amourKahwin paksa itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang sempurna daripada segala-galanya,Cinta?..Tidak mungkinlah!, kerana dia menganggap cinta itu pelaburan yang tidak langsung menguntungkan..Perempuan?petik jari sahaja berebut-rebut mereka unt...