Part 18🌹

13K 249 0
                                    

"Hard heart"

"Itu semua salah faham..aku tidak tahu macam mana perempuan itu boleh ada disitu malam itu..yang aku ingatkan perempuan itu adalah kau..Jangan nilai sesuatu situasi itu dengan pandangan mata yang sangat semata-mata ok!..Aku tahu batas sesuatu perhubungan antara lelaki dan wanita..aku tidak akan merosakkan anak orang sesuka hati..Lelaki yang ramai kawan perempuan tidak semestinya buaya darat Elsyamia Xandra..bandingkan perbezaan antara kawan dan kekasih!"Jayzenz shane mempertahankan dirinya sangat-sangat dengan tuduhan Elsyamia Xandra yang sangat pedas berbisa itu.

Ternyata kejadian malam itu,sangat mempengaruhi kepercayaan Elsyamia Xandra kepadanya,sehingga disebabkan peristiwa itu Elsyamia Xandra mempamerkan sikap yang susah mahu bertolak ansur.

"Kepercayaan Antara kita adalah sifar Jayzenz shane..itulah masalah utamanya!"Elsyamia xandra berusaha untuk menenangkan hatinya.

"Then..Kita pupuklah kepercayaan itu..mulakan sekali lagi hubungan ini dengan situasi yang berbeza,sebuah perhubungan yang akan di awalkan dengan permulaan kepada arah yang lebih positif..Mungkin selepas itu itu kita akan belajar mencintai dan menyayangi antara satu sama lain..Tidak mustahil bukan"Jayzenz shane menatap wajah Elsyamia Xandra dengan renungan yang berharap,dia benar-benar nekad mahu memulakan kembali hubungan ini.

Lagipun dia semakin sedar kehadiran Elsyamia Xandra kini,sangat mengusik jiwanya..sehingga hatinya sudah mula merindui Elsyamia Xandra yang semakin mendapat tempat di hatinya.

Dia belum yakin itulah rasanya cinta,kerana dia belum pernah merasakan erti cinta yang sebenarnya,dan dia tidak akan menolak seandainya Elsyamia Xandra adalah pemilik hatinya,kerana itu adalah dirasakan sangat terbaik,memandangkan dia ada hati dengan isteri sendiri,lagipun dia merasakan hatinya tidak susah untuk jatuh cinta kepada Elsyamia Xandra yang degil dan suka melawan kata-katanya,perasaan itu hadir tidak memerlukan syarat.

"Saya tak akan buat semua itu Jayzenz!..Saya tidak percayakan hubungan perasaan dan perkhawinan..ianya sangat sulit!"kali ini Elsyamia Xandra berlawan pandang dengan Jayzenz shane.

Betulkah.Lelaki ini akan menjanjikan sebuah kebahagiaan kepadanya?!! Atau adakah semuanya hanya sekadar janji manis di awal permulaan sesuatu hubungan dan rasa pahit itu akan tiba seiringan dengan waktu yang bertukar dan berganti..haruskah dia yakin dengan Jayzenz shane yang tersangatlah dia tidak percaya ketulusan hati dan kata-katanya?!..Tidak!!!!..Elsyamia xandra tidak akan menyerahkan hatinya dengan mudah!.

"Jangan pengaruhi keputusan hati kau..gara-gara perbuatan mama kandung kau Elsyamia Xandra..semuanya telah terjadi dan mama kamu pun sudah berbahagia dengan paparan vin.."ujaran Jayzenz shane itu nyata membuatkan Elsyamia Xandra terkesima.

"Papa pernah menceritakan segala-galanya pada aku..Sebelum perkhawinan kita..aku tahu kau terkejut kerana aku tahu kebenaran itu sekarang ni..tapi aku minta kau lupakan lah segala-galanya dan biarkan mama Alna bahagia dengan lelaki pilihan dia..lagipun marah dengan mama sendiri bukannya sesuatu kebaikan pun!"Jayzenz shane menjelaskan segala-galanya sekaligus melenturkan kedegilan Elsyamia Xandra dalam menerima ketentuan sesebuah takdir.

"I hate youmore now Jayzenz shane!! I hate you!!!"Elsyamia xandra naik berang dia sangat terkejut dan malu apabila mendapat tahu Jayzenz shane mengetahui sebab-sebabnya dia sangat keras hati.

Jayzenz shane bangun mahu menghampiri Elsyamia Xandra tapi pantas mengangkat tangan menyuruh Jayzenz shane membatalkan apapun niatnya sama ada mahu memujuknya atau menenangkannya,kerana Elsyamia Xandra bukanlah sesorang yang mudah ditenangkan dan dipujuk..hatinya keras!.

"Kau benci aku..Kerana aku tahu tentang kehidupan kau yang lalu Elsyamia Xandra..kau tidak rasa kau melayan husband kau sendiri dengan keterlaluan.."Jayzenz shane cuba untuk bertenang dengan kedegilan Elsyamia Xandra,tidak menyangka oleh kerana peristiwa sejarah keluarga Elsyamia Xandra diketahuinya sangat banyak,Elsyamia Xandra sanggup berkata benci kepadanya..Ini semua tidak adil!!.

"Jangan campuri urusan perasaan saya..awak tidak layak!!"Marah Elsyamia Xandra semakin hilang sabar.

"Aku cuma nak bagi sedikit kesedaran kepada kau..Tidak semestinya semua orang itu suka mengkhianati sebuah kasih sayang dan mempermainkan sesuatu cinta itu..bukalah hati kau untuk memberi peluang pada hubungan ini.."kata Jayzenz shane bersabar lagi.

"Memberi peluang kepada si buaya darat..Seperti menjahanamkan kehidupan sendiri..Jangan pura-pura baik Jayzenz shane..kau dengan yanena mesti ada rancangan untuk mempermainkan aku kan..maklumlah dia kan anak angkat 'wanita' tu..kau mesti sayang dia sangat kat..Apa lagi bila mata aku sendiri yang melihat kemesraan kamu berdua seperti ulat bulu yang sangat kemiangan!!"kata Elsyamia Xandra jengkel.

Jayzenz shane mengeluh kesal,ternyata perbincangan hari ini tetap tidak ada yang positif,Elsyamia Xandra tetap tidak yakin dan percaya dengannya, hati Elsyamia Xandra memang sudah hancur berkecai dan itu sangat memerlukan masa dan ruang untuk dipulihkan.

"Aku bagi kau masa untut menghargai dan melihat hubungan kita Elsyamia Xandra.."Jayzenz shane terus menghampiri Elsyamia Xandra dan memaut erat tubuh Elsyamia Xandra kedalam pelukannya.

Elsyamia xandra meronta-ronta kuat tidak mahu dipeluk Jayzenz shane.
"Agak-agak aku sudah mencintaimu tanpa sedar my wife..I love you baby..jaga diri k.."Jayzenz shane terus mengucup lama bibir Elsyamia Xandra yang terlopong kerana ucapan kata-kata cintanya itu,dia berharap luahan perasaan halus di hatinya itu akan membuat hati Elsyamia Xandra mula terusik.

ELSYAMIA XANDRA masih terkaku dalam berdirinya meskipun Jayzenz shane sudah pergi meninggalkan kondominium milik papanya,betulkah lelaki itu mencintainya?!!..Tidak mungkin!!..Jayzenz shane mesti punya Agenda tersembunyi,sekali lagi Elsyamia Xandra memilih untuk melindungi hatinya.

THE WIFE (Complete)✔Where stories live. Discover now