TEASER

1.7K 198 30
                                    

RANDOM TEASER FOR CHAPTER 40

♦️♥️♣️♠️

Takiya sudah faham apa yang berlaku dalam hidup Grey. Dugaannya tepat. Blues memang ada kaitan dengan Grey. Tapi dia tidak mahu memberitahu Grey yang dia tahu tentang Blues ketika itu. Dia perlu sembunyikan hal itu daripada pengetahuan Grey.

♥️♣️♠️♦️

Menurut mak, Ayah telah bawa Blues ke bandar untuk diberikan rawatan. Blues tak sihat sejak kami dilahirkan. Dia selalu menangis tanpa sebab. Berulang kali jumpa doktor tapi penyakitnya tak diketahui. Dia memang banyak menyusahkan mak dan ayah. Sejak kecil saya lihat dia diberikan banyak perhatian berbanding saya.

Dia suka bersendiri dan suka bermain sendirian. Bila saya tanya dia main dengan siapa, dia kata dengan kawan. Saya tak ingat banyak sangat pasal masa kanak- kanak kami. Ada sekerat memori saja tu pun saya tak ingat sangat. Saya masih kecil masa tu. Mungkin umur 5 atau 6 tahun.

Lepas tu bila Kami berusia 7 tahun, Blues kerap sakit dan ayah kata dia nak bawa Blues pergi berubat. Agak jauh tempatnya dan mak tak boleh pergi. Ayah tinggalkan kami berdua di rumah buruk ni dan tak pernah datang balik. Mak dia mati pun dia tak datang tengok. Lepas tu, hidup saya jadi sangat teruk dan susah. Mak bukannya ada kerja. Ayah pun tak pernah kirim duit. Apa lagi khabar. Saya dan Blues tak rapat sebab tu saya tak kisah pun apa yang dah berlaku kepada dia.

Saya membesar dengan harapan, dia dah lama mati. Mati dengan ayah yang tinggalkan saya dan mak tanpa apa- apa. Saya tak suka orang yang menyusahkan hidup dan fikiran saya.

♦️♣️♥️♠️

Takiya terdiam. Nama- nama besar yang disebut oleh Rexi dan Lewis buat dia rasa kerdil.

"Siapa pemilik Heaven Tube yang baru?" Tanya Takiya.

Rexi tersenyum lebar.

"Bintang judi yang sedang bersinar terang... Willy HARPER... anak lelaki Wallance HARPER...dia sangat biadap dan menjengkelkan." Jelas Rexi.

Mendengar nama Itu, Takiya mempunyai rasa risau di dalam hati. Sewaktu Goren datang ke Heaven Tube, dengan siapa dia berjudi? Takiya terus meninggalkan tempat itu tanpa berkata apa- apa.

"Tak mungkin Goren tinggalkan Blues dengan Willy HARPER?"

Sepanjang perjalanan balik ke Apartmentnya, Takiya tidak boleh berhenti berfikir. Nama Willy HARPER menguasai mindanya.

 Nama Willy HARPER menguasai mindanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE GAMESTER'S BLUESWhere stories live. Discover now