CHAPTER 10

1.5K 123 1
                                    

CHAPTER 10

Willy HARPER, terjaga daripada tidurnya. Mimpi tadi membuat dia rasa Takut. Mimpi itu kerap kali menganggu dirinya kebelakangan ini.

Turun dari katil, Willy terus ke dapur dan minum air sejuk. Dia membiarkan Apartment dalam keadaan terang benderang. Semua lampu dalam rumah dia biarkan terpasang.

"Kenapa mesti mimpi benda yang sama hampir setiap hari? Ini tak boleh jadi. Ada benda tak baik nak dekati saya ni..." Willy bercakap dengan gelas di tangannya. Dia menghabiskan air dalam gelas dan dia beralih ke sofa ruang tamu. Dia baring di situ dan memasang TV. Dibesarkan suara sehingga dia menyambung semula tidurnya di situ.

HARPER POINT

SUDAH lama saya tak balik ke sini. Saya hanya balik jika keluarga ada perjumpaan besar. Yang menjaga HARPER Point adalah Wesley. Daddy dan Mummy, menetap di West. Mereka habiskan masa di situ lebih banyak berbanding di HARPER point. Mereka sudah tua dan mahu menghabiskan masa berdua. Daddy hanya memberi nasihat kepada Wesley jika berkaitan dengan urusan Legacy.

Oh ya. Uncle Whisbley dan Isterinya Tanny telah berpindah ke East. Mereka adakalanya balik ke west untuk melawat Abang Harper Junior. Kakak Verny masih datang ke HARPER point. Tapi dia sibuk dengan tugasan negara dan menjaga Suaminya. Usia semakin matang telah mengubahnya menjadi wanita kelas atasan. Untuk melihat dia dengan senjata api sangat sukar. Tapi dia masih wanita besi yang saya sangat kagumi.

Sebenarnya tujuan saya balik ke HARPER point untuk meminta bantuan Wesley. Dia sangat mahir dalam semua perkara. Saya kena kerja lebih kuat jika mahu menjadi seperti dia. Dia sangat ditakuti pengikut HARPER, macam Daddy. Dia mungkin macam singa di depan pengikut HARPER dan musuh, tapi dia tetap Wesley yang penyayang jika di hadapan keluarganya.

"Heaven Tube? Hmmm. Saya dah lama tak ke sana. Kau okay ke? Ada masalah?" Wesley menuangkan segelas whiskey untuk saya.

Saya hanya senyum nipis bila dia bertanya seperti itu.

"Uncle Venture trust me so much and I cannot let him down. I need more support ... to run the big casino was not easy at all." Jelas saya kepadanya.

"Just tell me what You need."

"No for now. Maybe soon... I'm having a bad dream this few days. Insomania attacked me... I just need someone to talk right now..."

Wesley tersenyum kecil.

"Find a woman, You're getting order ..."

Saya menggeleng. No. Bukan itu yang saya mahukan saat ini.

"Where is Jersey?"

Saya mengangkat bahu. Sudah lama Jersey dan saya tidak berhubung. Dia memang satu- satunya kawan wanita yang saya ada. Tapi kami berdua tidak pernah ada perasaan istimewa selain hanya kawan baik.

"She's a nice girl, but..." saya tertawa kecil. Wesley menaikkan kening menunggu saya menyambung ayat tadi.

"... This is not what he wanted to be. Dia lebih suka hidup normal. And normal is not me ..." Jawab saya.

Wesley, mengangkat gelas dan meneguk Whiskey. Rasanya dia lebih tahu apa yang cuba saya sampaikan kepadanya. Mendapatkan wanita yang boleh menerima kehidupan kami adalah sangat penting. A woman like that? Are they even exists? Every man from the HARPER'S Family is So loyal with their woman, Saya pun nak jadi macam tu juga. One woman is enough and I don't know who is the special one yet.

Wesley.... dia memang bertuah. Dia sudah berjaya mendapatkan apa yang dia inginkan dalam hidupnya. HARPER Point, Sebahagian daripada pengikut The Silent Brother dan Cinta sejati, Pachara dan anak mereka. Dia seorang abang dan kawan yang baik. I have So much respect for him.

THE GAMESTER'S BLUESWhere stories live. Discover now