Storm dan Willy masih menunggu pintu dibuka. Jururawat kemudian membukakan pintu bilik wad pesakit itu dan mempelawa Storm dan Willy masuk ke dalam.
Willy melangkah masuk dan dia mengarahkan Storm menunggu di luar sahaja. Jururawat yang sedang berjaga juga dia arahkan untuk pergi dari situ.
Pintu ditutup erat. Kini yang ada di dalam bilik itu hanya Willy dan Goren. Storm mendapat maklumat yang Goren sudah sedarkan diri daripada koma. Willy tidak menunggu masa terlalu lama, dia terus ke situ untuk melawatnya.
GOREN yang duduk di atas katil pesakit hanya memerhatikan lelaki di hadapannya itu. Willy HARPER? Dia kenal sangat dengannya. Goren yang sudah koma hampir setengah tahun kini dapat membuka matanya semula. Tapi dia tidak akan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Kecederaan yang dia alami telah menyebabkan dia lumpuh separuh badan.
"Kau masih ingat saya lagi kan?" Soal Willy kepada Goren.
Goren mengangguk lemah.
"Sudah tentu saya ingat. Saya tinggalkan Blues kepada awak. Where is She?" Tanya Goren berbalik kepada Willy.
"Dia okay. Jangan risau. Dia tak tahu kau masih hidup lagi. Selepas dia lihat sendiri kejadian di mansion kau hari tu, dia yakin yang kau sudah mati."balas Willy.
Goren hanya diam. Dia teringat semula kejadian malam itu. Takiya mengganas dan melepaskan tembakan ke arahnya tanpa belas kasihan. Goren tahu dia juga bersalah dan dia tahu kenapa Takiya melakukannya.
"Blues dah tahu yang Takiya bunuh saya malam tu?"
"Tak. Sayang sekali dia tak nampak siapa yang tembak kau. Dia hanya assumed tu semua perbuatan musuh- musuh kau. Saya bawa dia balik dan tinggal dengan saya." Willy duduk di sofa berhadapan katil wad itu.
Melihat senyuman dan riak wajah si Willy, Goren seperti dapat menghidu sesuatu mungkin telah berlaku kepada Willy dan Blues.
"... walaupun saya dah tak berdaya macam ni, kau jangan cuba permainkan Blues. Saya tau kau bukan sesuai dijadikan musuh tapi kasihani Blues. Dia tak tahu dunia kegelapan ni macam mana. Sebab itu saya kurung dia...Willy.."
"Jangan risau Goren. Apa yang kau fikiran tak akan terjadi. Presiden HARPER 1 dan presiden Harper 2 akan balik ke HARPER point tak lama lagi. Saya datang pun sebab nak bagitau kau yang .. saya dan Blues akan berkahwin tak lama lagi." Willy berterus terang dengan Goren.
Mendengar itu semua, Goren seakan tidak percaya.
"Biar betul? Selama Saya tak sedarkan diri, apa yang kau dah buat kepada Blues? Saya hanya akan benarkan dia kahwin dengan kau jika dia setuju. Bukan secara paksaan."
Willy tersenyum Simpuh.
"Jangan risau Goren. Blues sayangkan saya. Banyak benda yang kau tak tahu semasa kau dalam keadaan koma. Ted, pembantu saya selalu datang ke sini untuk melawat kau.."
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Боевик#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...