CHAPTER TIGA
"Arghhhhh! Tak mungkin!" Pak Cik
Goren hilang sabar. Dia kehilangan duit sebanyak RM 2000 untuk malam itu sahaja dan lawannya adalah saya. Budak berusia 10 tahun yang tidak tahu apa- apa. Pak cik Goren merenung saya dengan tajam. Dia mengambil sekeping daun terup dan meletakkannya di atas tapak tangannya. Dia mengarahkan pengikutnya membawakan segulung duit, mungkin dalam RM 2000 jumlah totalnya. Saya hanya diam."Cuba teka angka daun terup ni. Kalau kau dapat teka dengan betul, duit ni
Milik kau." Kata Pak Cik Goren. Saya terus memerhatikan daun terup di telapak tangannya itu. Daun terup itu mula bercahaya di dalam Minda saya. Angka Spade ♠️ King menjelma. Saya tersenyum kepada Pak Cik Goren."Spade ♠️ King." Jawab saya dengan yakin.
"Mustahil!" Pak cik Goren nampak terkejut. Dia membuang daun terup itu dan memang benar angkanya adalah Spade King. Saya menang lagi. Pak cik Goren memberikan wang tadi dan dia terus berlalu pergi dari situ dengan wajah tidak puas hati. Saya mengambil duit kemenangan saya dan terus naik ke tingkat atas. Sampai sahaja di bilik, saya sembunyikan wang kemenangan saya dan terus berbaring di atas katil. Saya berasa gembira dan mula memikirkan apa yang harus saya lakukan dengan duit kemenangan saya itu.
Bermula dari situ, pak Cik Goren tahu saya mempunyai kebolehan untuk bermain judi. Mata saya boleh membaca daun terup tanpa gagal. Oleh sebab itu, dia bertindak mengehadkan komunikasi saya dengan dunia luar. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang kebolehan saya. Pada mulanya saya enggan dikurung, saya memberontak dan cuba melarikan diri. Tapi Pak cik Goren menjelaskan kepada saya tentang realiti kehidupan di dunia.
"... pak cik bukan mahu menyeksa kau Blues. Tapi semua ini untuk kebaikan kau juga. Dengan kebolehan kau ni, ramai orang jahat akan tertarik. Pak cik mahu lindungi kau... dunia pak cik sangat gelap, pak cik tidak mahu kau terlibat sama." Jelas Pak cik Goren. Saya hanya diam.
Saya tahu apa yang Pak cik Goren cuba lakukan untuk saya.
"Pak cik sangat sayangkan kau Blues. Kau amanah daripada adik pak cik. Saya tak tahu kenapa mereka tinggalkan kau dengan pak cik tapi walau apa pun, pak cik akan jaga dan lindungi kau." Jelas Pak cik Goren lagi.
"Saya faham pak cik. Saya tak rasa pun pak cik kurung saya. Saya masih boleh bebas berjalan di rumah besar ni. Saya boleh bermain dengan Takiya. Ada mak cik Davvy yang sayangkan saya. Dia masak apa sahaja yang saya nak makan. Pak cik jangan risau, tapi sampai bila pak cik mau biarkan saya hidup macam ni. Pak cik bukan boleh hidup selamanya. What if something bad happen to You? How about me, then?" Tanya saya kepada pak cik Goren.
Lama dia termenung. Mungkin soalan yang saya ajukan tadi membuat mindanya terbuka. Dia menepuk bahu saya.
"Jangan risau. Sebelum pak cik mati, pak cik akan pastikan kau memiliki pelindung yang lebih baik daripada pak cik." Jawab Pak cik Goren.
Dia memeluk Blues dan mengusap rambutnya yang panjang ke pingang itu. Dia memang seorang gadis yang cantik. Matanya yang bersinar itu boleh menakluki dunia. Apa lagi dengan kebolehannya. Pak cik Goren keluar dari bilik itu, membiarkan Blues termangu dan akhirnya mendiamkan diri memandang cermin gergasi di hadapan biliknya.
"You will never Leave this place. You will get old and die here alone." Gadis di cermin itu seperti mengejek Blues.
Blues menggeleng.
"Tak mungkin. One day, saya akan tinggalkan tempat ni. Dan kau pula, kau akan tetap berada di dalam cermin tu!" Balas Blues. Dia menjeling tajam dan terus membungkamkan wajah di dalam bantal empuknya.
KEESOKAN harinya, Blues turun ke tingkat bawah. Dia mencari kelibat Takiya, kawan baiknya.
"Kau nak apa?" Tanya Takiya.
"Poker hand with me Please. Saya bosan di bilik."
"I don't have money to play with You."
"Kau boleh hutang. Saya main dengan mata tertutup." Balas Blues.
Takiya tertawa mendengarnya. Pasti Blues sudah terlalu bosan sehingga dia sanggup bermain daun terup dengan mata tertutup.
Mereka berdua berjalan ke arah balkoni rumah. Takiya menutup kedua belah mata Blues dan mereka mula bermain bersama.
"Wow! This is the First time saya dapat daun Royal Flush... i win!" Takiya menjerit keriangan. Blues membuka penutup matanya sedikit. Takiya menunjukkan daunnya.
Barisan Spade ♠️ 10, ♠️ J, ♠️ Q, ♠️ K dan A ♠️ kelihatan.
Blues hanya mengangguk. Dia memberikan duit kemenangan kepada Takiya.
"Betul ke kalau kau tutup mata kau tak boleh nampak apa- apa lagi?" Tanya Takiya. Blues mengangguk.
"Your eyes is too Precious. Saya bukan hanya perlu jaga kau sahaja tapi saya juga perlu jaga mata kau tu. Kau memang mahkluk yang ganjil. No wonder pak cik Goren tak nak lepaskan kau harungi dunia." Kata Takiya.
Blues hanya diam.
"But the world is for me too. Don't You think So?" Tanya Blues. Redup sahaja renungannya.
Takiya masih menatap wajahnya.
"Yea. Sure. Tuhan bagi kau kebolehan sebab dia nak kau gunakannya. Tapi kau kena tanggung risikonya juga. Kau sangat pandai main judi. Dan kau sangat gilakan judi. Kalau kau nak hidup normal, jauhkan saja diri kau dari semua ni."
"No. I will never stop playing gamble."
"Hmm. Fine. Nothing else i can say. You're the princess in this House.. saya hanya kuli kau saja." Balas Takiya.
"No, kau kuli dan kawan baik saya. Ingat tu. If one day saya dapat kebebasan daripada pak cik Goren, If You want to Marry me ... i will Marry You." Kata Blues.
Takiya tergamam. Namun dia bukanlah seorang lelaki yang mudah percaya dengan semua itu. Dia sedar diri.Blues bukan saja berbakat tapi dia juga boleh mempermainkan perasaannya. Mungkin juga dia ikhlas, tapi tetap saja takdir mereka sangat berbeza.
"Tikus dan Singa mana boleh hidup sama- sama. Mungkin Sharing tempat tinggal boleh, sebagai komuniti haiwan, tapi bukan untuk hidup bersama." Balas Takiya.
Blues mengeluh kecil. Daun terup di tangannya di buang di hadapan Takiya.
" I see? Even Kau pun tak nak hidup semati dengan saya. Guess I will grow up to be lonely."
"Bukan macam tu, Blues."
"Sudahlah. Saya nak naik dulu. Kau ada hutang saya 50 ringgit. Esok belikan saya makanan ringgan dengan duit tu. Beri pada Mak cik Davvy, I won't go down for a month. I don't want to see Your face."Blues terus berlalu dari situ. Takiya mengaru kepalanya. Pandangannya dibuang jauh.
Akan bersambung...
YOU ARE READING
THE GAMESTER'S BLUES
Action#RANKED 1 in VIP 28/3/2019 #RANKED 1 in TOP 6/4/2019 #RANKED 1 in Gengster 11/4/2019 #RANKED 1 in sabahanWriters 16/4/2019 #RANKED 1 in Top 6/6/2019 SINOPSIS The Heaven Tube adalah markas perjudian Utama. Di sini, Willy yang mentah mempelajari duni...