CHAPTER 65

2.2K 328 69
                                    

HARPER POINT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARPER POINT

TED mengiringi Willy masuk ke dalam rumah agam sekembalinya Willy.

"Young master, saya dah arahkan Bodyguard kita yang berjaga di rumah baru Blues untuk bawa Ibu dia ke sini tapi mereka kata rumah tu sudah kosong." Kata Ted kepada Willy.

Kaki Willy berhenti melangkah.

"Kosong?"

"Mereka tak tahu apa yang berlaku. Mereka tertidur di ruang tamu dan Bila mereka sedar, Ibu Blues sudah tidak ada di situ." Balas Ted lagi.

Willy HARPER mendengus resah. Apa yang dia perlu bagitau si Blues tentang ibunya.

"Tell our people to find her... same with Grey."

"Baiklah Willy. Saya pergi dulu." Ted meminta diri dan terus membawa pengikut yang lain bersamanya.

Willy mencari Blues di bilik tidurnya. Pintu bilik dibukanya, Blues sedang memegang sesuatu yang buat Willy terkejut.

"Blues? Hey... Calm down. What Happened?" Willy HARPER berhenti melangkah. Hanya biji matanya sahaja yang bergerak mengamati Blues saat itu.

Blues tersenyum dan dia turunkan Revolver yang ada di tangannya saat itu.

"Someone came here and gave this to me as a present. She told me that this is her favorite guns." Jelas Blues.

Willy terus mendapatkan Revolver itu dan menyimpannya di dalam laci.

"Saya Cuma suruh dia kenalkan keluarga HARPER kepada kau. Saya tak suruh dia pegang benda tu. No." Willy memegang erat kedua belah tangan Blues.

"Tapi it's quite fun. Lady Verny ajar saya menembak di bilik latihan menembak... saya tak sabar nak belajar lagi daripada dia. Esok dia janji nak datang lagi."

"No. Dia tu perempuan gila. Dia lahir dengan peluru di tangan dia..."

"But Willy. Dia banyak nasihatkan saya hari ni. Semua yang dia cakap tu betul." Blues buat wajah redup memujuk. Willy menggeleng. Dia tanggalkan suit hitam yang dia pakai dan disimpannya di atas sofa. Blues ekori dia daripada belakang.

Willy tanggalkan pula jam tangan dan Printed Tshirt yang dipakainya saat itu.

"Kalau dia nasihatkan pasal Grey.. it's good. Tapi kalau dia nak kau pegang senjata api... i don't want It."

"But I want It. Mungkin kau tak tahu lagi tapi Saya ada Taekwondo."

Willy tertawa kecil.

"Really?" Dia hampir tidak percaya. Tapi bila dia ingat semula kejadian di Apartmentnya, Willy mengerutkan dahi. Blues meronta dan dia memang cuba mempertahankan dirinya. Tanpa bantuan dadah, mustahil dia boleh melemahkan Blues malam itu.

THE GAMESTER'S BLUESWhere stories live. Discover now