1

4.1K 79 1
                                    

Ruangan yang gelap tadi mulai diterangi dengan lampu-lampu. Ramai yang berdiri dan keluar perlahan-lahan dari panggung wayang. Mynn masih lagi dengan popcornnya mengunyah penuh nikmat. Dijelingnya Erza disebelahnya, bodyguard merangkap kawan baiknya disebelah yang sudah merenung tajam arahnya.

"Relakslah Erza. Aku masih bersedih ni Captain aku tu dah tua." Mynn bersuara. Sedih benar nadanya. Erza menggelengkan kepalanya. Movie Avengers Endgame tu dah 5 kali dia menemani Mynn tonton.

Kes tak boleh move on lah jawabnya ni! Erza menarik lengan baju Mynn yang masih bermalasan untuk berdiri.

"Mynn, kau nak tengok sepuluh kali ke seratus kali ke, aku tak kisah tapi aku ni lapar! Nak makan nasi. Kau tu ye lah boleh tahan dengan popcorn tu je."

"Hah! Kau pun nak makan nasi kan. Aku pun nak makan nasi jugak ni. Lapar!" sahut Mynn sambil menepuk perutnya yang leper.

Erza hanya menepuk dahi. Pening memikirkan perangai slumber badak si Mynn Zaryn ni. Sejak kembali ke Malaysia sebulan lalu, kerjanya hanya menonton wayang, bersiar-siar dan shopping spree sahaja. Puan Elly pun pening melihat Mynn.

Mynn melihat kiri kanan sebaik sahaja keluar dari panggung sambil mengunyah popcorn miliknya yang masih berbaki. Dia berjalan perlahan-lahan menghayati suasana dalam Mall sekarang ini.

Bok!! bahunya dilanggar kuat dengan seseorang. Terpelanting popcornnya sekali dengan snapback miliknya. Mynn mengosok bahunya, Erza berlari untuk menolong Mynn berdiri.

"Sorry Sir." Mynn bersuara perlahan. Dia masih lagi menggosok bahunya. Snapbacknya diambil dan disapu debu yang melekat.

"Sorry again."

"Escape sekolah je bebudak zaman sekarang. Dah susah kelak barulah nak sedarkan diri." Lelaki yang berlanggarnya bersuara. Mynn menjeling arah lelaki itu. Tinggi semacam, sado semacam lelaki didepannya. Persis baby monkey, comel!

"Dont worry. Even I escaping school like you said, I can live well thanks to my sexy brain." Jawab Mynn dan berlalu pergi. Erza menggeleng. Dia hanya tunduk hormat pada lelaki tadi dan mengekori Mynn dengan pantas.

Lelaki tadi tergamam sedikit. Dia menoleh kebelakang melihat Mynn. Gadis slumber sahaja berkata dengannya. Atas bawah dilihatnya Mynn. Fesyen ala-ala NYC style, just plain white tshirt and black pant with snapback. Dia menggeleng. Apalah nak jadi dengan anak malaysia sekarang ni.

"Ash!" Dia menoleh arah suara yang memanggil namanya. Sebaik sahaja dia ternampak gerangan si pemanggil dia senyum manis.

"Tasha. Asal lama sangat ke tandas. Dah nak mula Avengers!." lembut suaranya menegur si kekasih hati. Natasha ketawa kecil.

"Alah I pergi touch up gincu sikit, powder sikit. Lama ek?" Manja sahaja suara si Tasha membalas. Ash senyum. Mereka berpegangan tangan masuk ke dalam panggung, namun fikiran Ash masih lagi teringat si gadis tadi.

Mynn membersihkan rambut panjangnya yang terpalit dengan popcornnya sendiri. Satu-persatu ditariknya. Erza hanya ketawa kecil melihatnya.

"Tolonglah Erza. Sis penatlah nak belek sampai ke belakang." Mynn merungut bila mendengar ketawa dari Erza. Dipusing-pusing kiri ke kanan rambut panjangnya mencari popcorn yang melekat.

"Tu lah kan aku dah pesan hari tu potong rambut panjang kau. Tak nak dengar. Dah lepas punggung dah ni."

"Hish tak nak. Aku dah simpan rambut aku ni dari aku start sampai kat Amsterdam sampailah aku balik sini tau. Just nice je kalau aku nak trim." Ucap Mynn memuncungkan bibirnya.

"Aku tak suruh kau potong macam kawan kau si Lani tu. Trim sampai atas punggung je lah kalau nak rambut panjang."

"Bagus jugak idea kau ni. Nanti aku pertimbangkan."

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now