31

1.2K 44 1
                                    

After 1 years & half,

Myrza berlarian riang di padang Al-Ikhwan bersama anak-anak Al-Ikhwan dan The Nohs. Erza hanya memerhatikan mereka dari jauh. Mynn dan Lay pula sibuk berbincang dengan beberapa orang pelawat dihujung sana.

Sudah 2 tahun Lay join Yayasan. Sejak dia meletakkan jawatan dahulu, Mynn terus offer jawatan Pengarah di Al-Ikhwan apabila Mak Kiah berpencen. Kini mereka berdua bergandingan membangunkan dan meneruskan khidmat masyarakat.

"Erza! Jom balik. Mumy ajak dinner malam ni." Panggil Mynn. Dipanggil Myrza dan The Nohs. Kelihatan The Nohs berlari beriringan dengan Myrza yang masih lagi belum laju berlari.

"Wahh. Anak-anak mumy harini best main dengan abang kakak kat sini ek." Peluk Lay kepada Noh Aydan dan Noh Aryan. Kedua anak terunanya mengangguk laju. Mereka bercerita apa yang mereka buat sepanjang petang sambil berjalan.

"Myrzaaaaa." Jerit Mynn pada Myrza yang berlari terkedek-kedek menuju arahnya. Erza ketawa melihat perangai dua beranak didepannya. Galak ketawa Myrza bila dihadiahkan bombkiss oleh Mynn.

"Thanks Erza. Jom kita balik. Mumy ajak dinner malam ni." Kata Mynn. Dia sentiasa mengucapkan terima kasih pada Erza tiapkali membantunya menjaga Myrza.

"Its my job Mynn. Dont worry. Jom balik. Aku lapar." Jawab Erza sambil berjalan berganding dengan Lay dan Mynn.

Suraya melihat mereka dari dewan makan Al-Ikhwan. Dia senyum melihat Mynn kini gembira dengan kehidupannya. Dia amat berterima kasih dengan Mynn kerana tidak terus mengambil tindakan terhadap kesalahannya dulu. Cinta buta pada suami orang. Silap-silap dia boleh menjadi wedding breaker ditangga kedua selepas Natasha.

Dia mengeluh kuat bila teringat kata-kata Mynn dulu bila dia bertanya jika dia sudah berjumpa dengan orang yang dulu disuruhnya cari.

"Sampai masa nanti Yaya. Awak mungkin akan nampak saya tapi bukan saya. Awak kenal saya tapi tak kenal saya. Kalau masa tu sampai, saya nak awak tahu dan faham yang saya adalah saya, Mynn Zaryn." Jawab Mynn pada masa tu.

Suraya meninggalkan area dewan makan dan menuju ke pejabat asrama sebaik sahaja melihat kenderaan Mynn dan Lay meninggalkan perkarangan Al-Ikhwan.
.
.
.
Ash duduk termenung. Kadang dihirup kopi aisnya. Cuaca agak baik kebelakangan ni. Dia kini sibuk mempersiapkan dirinya untuk season seterusnya. Dia merasakan ini kali gelanggang terakhirnya.

Badannya mulai terasa cepat penat. Terasa dia tidak lagi selincah dahulu. Mahu cakap dia masuk dalam zone slump, tidak juga namun kini dia tidak lagi bersemangat seperti dulu. Mungkin dia terkesan dengan kata-kata opahnya dan Adel dulu.

"Babe. Tak sambung training?" Suara Natasha menerpa di gegendang telinganya. Terganggu sebentar. Dia menoleh.

Natasha memberikan senyumannya yang dirasa paling manis buat Ash. Dia juga turut terganggu dengan keadaan Ash yang semakin berdiam diri. Takut Ash mengutarakan yang dia mahu kembali ke Malaysia.

"Nope. I'm tired. Nak balik." Kata Ash dan terus meninggalkan Natasha kebingungan.

"Babe. Tunggulah I." Jerit Natasha. Berlari anak mengejar Ash yang meninggalkan gelanggang.

Dia cuba berjalan seiring dengan Ash. Cepat dia memboloskan diri dalam kereta Ash. Sepanjang perjalanan mereka hanya berdiam tanpa suara.

"Babe. I think this is my last game. I want to retire from basketball." Ucap Ash memecah kesunyian. Natasha menoleh pantas.

"You want to retire? Lepastu nak buat apa?"

"Dont know. Maybe balik Malaysia kot." Perlahan Ash menjawab. Natasha tergamam. Apa yang ditakutinya bakal terjadi. Namum dia tenang. Cuba merangka plan dalam kepalanya.

"Terpulang babe. I will follow you mana je you pergi. I will always be with you." Ucap Natasha bermanis kata. Dia yakin bila Ash kembali ke Malaysia, dia yang akan bersama dengan Ash bukan Mynn.

"Opah tak sihat sejak kebelakangan ni. Grand Empire need new leader. Adel cant afford to manage two companies at once. Now she manage ayah's so GE left unmanaged." Luah Ash. Lega rasanya bila terasa Natasha seakan support dirinya.

Natasha senyum sinis. Dah nak say goodbye ke nenek kaya tu? Bisiknya dalam hati.

"As you know, I dah habis study dah. And I dah tak excited macam dulu dengan basketball. Club ada offer to be a coach but I rasa opah is more important right now. Almost 2 years and half is enough for her to give up everthing about my marriage problem." Sambung Ash.

Natasha tersentak. Amboi nenek kaya? Masih lagi simpan harapan nak satukan Ash dengan Mynn ke? Bisiknya lagi sendiri.

"I think your opah will gave it up. Tengoklah almost 2 years and half she didnt bring up anymore bout her. So take your time." Pujuk Natasha. Padahal dalam hati bersorak gembira. Yakin kini Ash jadi miliknya. Bila Ash jadi ketua GE, maka dia pun bolehlah tumpang sekaki harta milik Ash.
.
.
.
Mynn sibuk menyuapkan nasi pada Myrza. Kebelakangan ni, Myrza suka makan nasi dengan berlaukkan brocoli rebus dan telur dadar. Senang hatinya melihat Myrza tidak memilih makanan walaupun menu ringkas.

Hari ini mereka lunch beramai-ramai, dia dan soul sisters di  cafe milik Seri. Puan Elly dan Datin Farida sibuk berbual sesama sendiri sambil menikmati juadah.

Adel sibuk dengan Ipadnya ditangan kiri, tangan kanannya pula menyuap makanan. Tiba-tiba dia berhenti menyuap nasi gorengnya. Adel menjeling arah Mynn dan Myrza dihadapannya.

"Kak Mynn." Perlahan dia memanggil kakak iparnya. Namun tetap didengari oleh yang lain. Mynn angkat muka memandang Adel.

"Yes."

Adel menunjukkan sesuatu pada skrin Ipadnya. Mynn melihat skrin yang memaparkan berita mengenai last game Ash sebagai pemain basketball.

"Baby monkey berhenti main basketball dah?" Tanya Mynn kembali walaupun baru sahaja dia mebaca berita mengenai Ash.

Datin Farida dan Puan Elly berhenti berbual bila terdengar kata Mynn. Datin Farida mengambil Ipad Adel dan melihat apa yang dilihat oleh Mynn.

"Herm. Game yang akan datang ni last game dia. Dia akan retired." Ucap Datin Farida perlahan. Dia memulangkan kembali Ipad tadi pada Adel.

Seri, Lily dan Hany berpandangan. Lani dan Lay tetap dengan suapannya. Erza hanya berdiam diri.

"Lepas tu dia nak buat apa? Stay kat sana ke balik sini?" Soal Mynn lagi. Adel telan liur.

"Kalau ikut news tu, katanya nak balik sini." Jelas Adel. Mynn dilihat seperti berfikir.

"Kau nak tengok game dia lagi ke?" Tiba-tiba Lani bersuara. Yang lain berpandangan. Lagi? Terngiang-ngiang perkataan itu dikepala masing-masing.

"Kau pernah tengok game dia senyap-senyap ke?" Hany bertanya. Mynn angguk perlahan. Semua terkejut melihat anggukan Mynn. Hanya Lani sahaja beriak bersahaja.

"Macam mana kau tahu?" Lily bersuara. Pelik pula Lani tahu.

"Korang takkan pernah lari dari aku ek. Korang pergi mana buat apa sekelip mata je aku boleh tahu." Lani menjawab yakin. Seri tepuk dahi.

"Stalker." Katanya membuatkan Puan Elly ketawa.

"So? Nak tengok?" Lani bertanya kembali. Mynn mengangguk perlahan dengan senyuman sambil mengelipkan matanya beberapa kali.

Lani menunjukkan isyarat okey. Lay membulatkan matanya. Dia menjeling arah Lani. Dilihat Lani sibuk mencari tiket.

"Eh betul-betul korang nak pergi ke?" Lay bertanya dengan riak terkejut. Puan Elly dan Datin Farida turut menjeling arah Lani yang sibuk dengan Iphonenya. Adel ketawa kecil.

"Ye lah. Dah dia nak tengok laki dia punya last game. Kalau tak pergi sana, macamana nak tengok." Jawab Lani selamba.

"Aku nak join!" Serentak yang lain bersuara. Myrza terkejut dengan reaksi makcik-makciknya. Mynn terketawa.

"Nope. This time I will go with her. You guys ada homework nak kena buat." Ujar Lani serius. Semuanya senyap mendengar kata Lani yang bersuara dengan muka serius.

"Huh. Alpha!" Rungut Lily. Lani hanya angkat bahu dan senyum pada soul sisters-nya.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now