Mynn duduk termenung sambil menikmati fries dan ayam goreng McD didepannya. Seri dan Lani berpandangan sesama sendiri.
Bingung dengan perangai bakal pengantin didepan mereka.
"Wei kau dah kenapa monyok? Kata bakal pengantin?" Soal Seri. Dihirup Ribena didepannya sambil menguis lengan Mynn.
Mynn mendengus manja.
"Aku bengang dengan si Ash tu lah. Korang tau kan yang sekarang ni dia fikir aku ni Minah Zarina?" Dipandang dua rakannya didepan. Lani dan Seri mengangguk.
"Salah kau jugak kot taknak explain awal-awal. Kan dah payah sekarang." Kata Lani.
"Ye lah aku je salah. Masalahnya dah banyak hint tau aku bagi kat dia."
"He is a typical man Mynn. Ibaratnya kau bagi tulang ikan kat depan dia pun dia akan still asking you what to do with the bones. Sedangkan its very obviously many way to solve it." Ujah Lani lagi.
"Is it like that way?" Mynn bertanya. Seri hanya mengganguk.
'Kau yakin ke memang kau nak dia? Aku ni macam tertanya la pulak macam mana kau yang bolehlah hati sado ni terbuka nak kahwin." Soal Lani. Sesungguhnya dia tertanya si hati sado milik Mynn Zaryn terbuka untuk mendirikan masjid.
"Lani. Sesado si Mynn ni, kau lagi sado ek. Dah mcm tembok besar China hati kau tu, setinggi Namsan Tower ego kau." Seloroh Seri.
"Namsan Tower la pulak kau selit. Kecik hati KLCC tu." Potong Mynn. Mereka berdekah ketawa.
"Entahlah ladies. He is the right person. I know this is not the right time yet for him to accept me as his part of life but I dont want to let him go until he decide to do so." Sambung Mynn sebaik sahaja ketawa mereka reda.
Lani dan Seri menepuk bahunya. Adam Ashraf, pujaan hati Mynn menjadi topik bualan mereka sepanjang mereka lepak di McD.
"Eh Mynn. Ingat lagi tak dengan Lily Sophia?" Tiba-tiba Seri bertanya. Lani melihat ke arah Mynn.
Myn mengerutkan dahi. Lily Sophia?
"Lily kita ke maksud kau ni?"
"Yee lah. Lily. Berapa banyak Lily kau kenal?" Soal Seri kembali.
"Kenapa dengan dia? Ada news ke?" Soal Mynn. Lily Sophia. Salah seorang rakan karib mereka, hilang tanpa berita dan tidak dapat dikesan. Berita terakhir mereka terima dia sudah berhijrah ke luar negara.
Lani menjeling mereka. Dia tahu Lily dimana selama ini namun oleh kerana janjinya dengan Lily ketika terserempak dengannya di Seoul beberapa bulan lalu dia diamkan diri.
Seri mejeling arah Lani. Mynn hairan. Lani melihat arah mereka berdua silih berganti.
"What?" Soalnya sambil tayang muka selamba.
"Mulut kau kena gam guna emas ek?" Seri bersuara.
"Asal pulak?" Lani menjawab. Mynn semakin hairan.
"You want to say now or you want me to force you to spill the tea?"
Lani ketawa kecil. Seri dah tahu!
"Okey fine. I will talk bout it." Lani serah diri. Tak sangka dia senang sahaja serah diri. Seri ketawa.
"Aku jumpa dia dekat Seoul few months ago." Belum smepat Lani menyambung cerita kedengaran suara Mynn mencelah.
"Whattt!!!!??? You saw her and you keep silent? How could you Lani!" Nyaring suara Mynn. Lani dan Seri ketawa.
"And you! Kat mana pulak kau jumpa Lily?" Mynn menunjuk muka Seri. Seri menepis jari Mynn perlahan sambil ketawa.
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Romance#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...