"Amboi pengantin baru ni, nda pernah tak lepas. Nak berkeeeeeepit saja kerja kamu. Dah lah tu Ash, opah tengok Mynn tu macam nak sepak kamu je. Rimas." Panjang teguran Datin Farida bila terserempak Ash dan Mynn di gerbang dapur mereka. Ash tersengih mendengar bebelan opahnya. Dia melepaskan pelukannya bila perasan jelingan dari Mynn.
"Bagi chance lah opah. Ni la namanya pengantin baru. Nak kepit aje." Balas Ash.
"Eleh. Dulu bukan main lagi marah tak nak kawin dengan kawan opah. Dah kawin terus taknak cakap terima kasih kat opah ke?"
"Alahh opah ni. Merajuk ke?" Usik Ash. Mynn ketawa mendengar perbualan opah cucu didepannya. Tangannya ligat memotong sayuran untuk dicampur dengan nasi gorengnya.
"Baby! Tolong panaskan kuali jap." Pinta Mynn. Ash senyum angguk.
"Kak Mynn! Asal panggil baby dia ni? Oh my god!" Suara Adel dari belakang kedengaran. Mynn menoleh.
"Alahh biarlah akak panggil baby. Abang awak kan my baby monkey."
"Mana akak lah, asalkan kepala hotak dia macam baby sudahlah." Perli Adel. Ash jelir lidah arah adiknya.
"Jealouslah tu. Takda orang nak panggil baby macam Along."
Adel buat muka. Sakit pulak hatinya mendengar Ash bersuara. Tahulah orang ni masih single!
Mynn mulai kerja pagi itu dengan menumis bawang merah dan udang yang sudah dibersihkan oleh bibik semalam. Dimasukkan sayuran dan beberapa potong kubis bunga. Harum semerbak dapur rumah Ash.
"Mynn! Wanginya sampai ke atas. Masak apa tu?" Tegur ayah mertuanya.
"Pagi pa. Mynn goreng nasi je. Tak tahulah sedap ke tak?" Jawab Mynn sambil senyum.
Pagi itu mereka duduk sarapan bersama sambil berbual mesra. Keluarga mertuanya yang ramah membuatkan Mynn senang hati. Mereka lebih banyak berbual tentang dirinya maklumlah misteri sangat.
.
.
.
"Sampai sekarang aku tak percaya yang Minah Zarina selama ni tu rupanya Puan Mynn." Keluh Alisa. Ketika itu mereka sibuk menguruskan event akan datang di Al-Ikhwan.Suraya menjeling arah Alisa. Dahlah dia tengah sakit hati dengan Mynn, tambah lagi sakit hatinya bila mendengar nama Mynn disebut-sebut.
"Dah lah. Kau jangan sebut nama perempuan tu. Captain tu, aku yang dulu kenal tau. Dia tu yang tiba-tiba muncul pulak."
"Eh, asal pulak? Kalau kau dahulu kenal dengan Captain, asal Captain datang sini asyik cari Puan? Logik lah sikit Yaya oi. Dah tentulah dia kenal dulu dengan Puan." Sangkal Alisa. Sememangnya dia memang suka melihat Mynn Zaryn dan Adam Ashraf bersama dari awal lagi.
"Kau ni, boleh tak nak 'ship' sangat mereka dua tu. Kau tengoklah, takkan lama hubungan mereka berdua tu." Suraya bersuara kasar. Alisa hanya menggeleng.
Mereka menyambung kerja tanpa suara. Hanya lagu berkumandang dari playlist sahaja yang menemani mereka berdua.
Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk. Serentak merek berdua menoleh arah pintu.
"Sorry ganggu. Nak tanya kalau Mynn Zaryn ada tak kat sini?" Soal wanita yang berdiri didepan pintu mereka.
Alisa menggeleng.
"Puan Mynn takde kat Al-Ikhwan harini. Cik boleh pergi dekat Yayasan Raudah kalau nak jumpa dengan Puan. Lagipun harini bukan hari lawatan so Puan Mynn mungkin ada kat office Yayasan." Terang Alisa sopan.
"Ohh takde eh. Okey then. I will go to see her at Yayasan. Thank you." Balas wanita tadi sambil senyum dan berlalu pergi. Alisa kerut dahi hairan.
"Tak pernah nampak pun perempuan tu." Alisa bersuara kecil.
"Itu kan Natasha. Model-pelakon yang banyak kontrovesi tu." Ucap Suraya selamba. Alisa hanya angguk.
.
.
.
Mynn duduk perlahan. Sejak dua tiga hari ni, badannya lesu dan dia selalu mengantuk. Hari ini sahaja mau dua tiga kali dia muntah. Sebab tu dia membuat keputusan untuk ke klinik ditemani oleh Erza."Puan Mynn Zaryn?" Soal doktor didepannya. Mynn angkat muka.
"Ya saya." Jawabnya perlahan.
"Tahniah Puan." Kata Doktor Fatin sambil senyum. Mynn kerut dahi. Aku dah sakit camni nak ucap tahniahlah senyum bagai. Desis hati Mynn.
Dia menjeling arah Erza disebelahnya. Erza disebelahnya yang sibuk senyum tersedak bila melihat jelingan maut dari Mynn.
"Hahaha, jangan marah dulu Puan. Saya ucap tahniah sebab Puan mengandung. 6 weeks." Kata doktor Fatin bila menyedari Mynn menjeling arah Erza.
Mynn bulat mata. Pregnant? Wow! Dia senyum lebar. Baby! Kita dah nak ada culat! Yeayyy!! Jerit hati Mynn. Dia menghentak kaki excited. Erza tepuk dahi.
"Erza! Erza! Aku dah nak ada culat dah. Yeayyy!!" Jerit Mynn sambil bertepuk tangan gembira. Kalau tadi dia menjerit dalam hati, kali ini dia menjerit gembira. Tak tahan excitednya!
Erza geleng kepala. Dia memohon maaf dengan Doktor Fatin gara-gara keriuhan Mynn. Doktor Fatin ketawa sambil angguk kepala. Dia faham.
"Puan Mynn. Duduk sekejap. Saya nak bagi nasihat ni." Arah Doktor Fatin selepas beberapa saat. Mynn segera menarik kembali kerusinya. Dia menongkat dagu didepan doktor tadi. Doktor Fatin ketawa melihat bright personality dari Mynn Zaryn. Child-like but mature. Itulah yang dia dapat describe dari penglihatannya.
Mynn mendengar tekun segala nasihat yang diberi oleh doktor Fatin dan juga bertanya beberapa soalan yang terlintas di kepalanya. Mahu sejam lebih dia menerima consult dari doktor Fatin.
"Next time checking, boleh bawa husband sekali. Boleh dengar sekali senang juga nak bertanya kalau ada pertanyaan." Kata Doktor Fatin. Mynn berdiri dan angguk kepala.
"In Shaa Allah Doktor. I will come with my baby next time." Jawab Mynn senyum manis. Mereka bersalaman dan berpelukan.
Erza dan Mynn keluar dari klinik berganding tangan. Mynn masih lagi excited mendengar ayat doktor Fatin tadi. Dia menggosok perutnya yang kini berisi.
"Culat mami ni. Besar dengan sihat ya. Kita jumpa hujung tahun ni." Kata Mynn. Dia jeling comel arah Erza.
"Kenapa kau panggil culat? Selalunya orang akan panggil baby." Soal Erza. Dia membukakan pintu kereta untuk Mynn. Ditutupnya dan dia menuju arah pemandu.
"Because I already have my baby. Captain Baby Monkey! So this cheeky little one will be my baby Culat." Jawab Mynn.
"What is Culat?" Erza menyoal lagi. Actually dari tadi dia hairan kenapa Mynn berulang kali mengatakan Culat.
"Culat stand for Ulat. You know right what Ulat is?" Soal Mynn kembali. Aircond kereta dikuatkan.
"Do you meant ulat is that ulat yang aku tahu ke?" Erza menunjukkan tong sampah. Maksudnya ulat yang selalu dia nampak keluar dari tong sampah.
Mynn memukul jarinya yang menunjuk arah tong sampah. Erza menggosok tangannya. Pedas!
"Bukan ulat sampah. Ulat yang nak jadi butterfly la. But I said with more cuteness and cheeky note, so its become Culat. Simple kan." Jelas Mynn. Erza mengeluh kuat. Ada sahaja ibu mengandung ni.
Mynn lepas ketawa melihat reaksi Erza. Mesti dia annoying mendengar penjelasan dia tadi. Dia segera menepuk paha Erza supaya segera bergerak. Tak sabar nak khabarkan berita si Culat pada captain baby monkeynya!
Captain Baby Monkey!
Culat!
I love you both! So much!Mynn menjerit kuat dalam hatinya. Karang kalau jerit betul, free je kena tinggal oleh Erza kat tepi jalan. Hahaha!
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Romance#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...