6

1.2K 43 2
                                    

Ash membuka emailnya satu-persatu, kesemuanya email dari pihak atasan The Eagles, team basketball dia di Australia. Memang dia tidak memberikan nombor Malaysianya kerana tidak mahu diganggu.

Email-email yang mahu dia kembali ke Aussie untuk latihan off season. Tradisi mereka sebelum kembali beraksi. Namun tidak diendahkan kerana dia sudah membuat agreement awal dengan Coach Ricky sebelum bercuti dahulu agar tidak menganggu cutinya.

Ada satu email dari Coach Ricky juga mengatakan dia tidak payah memperdulikan panggilan untuk kembali ke Aussie untuk training. Team Captain will have his own training. You msut focus on your landing and jump more since your injured ankle can be disturbing your performance. Begitulah ayat-ayat Coach Ricky dalam emailnya. Ditutup selamba laptopnya bila habis memeriksa email yang sampai.

Bosan pula. Nak pi al-Ikhwan, mesti si Minah tu takde, katanya sendiri. Nak pi dating dengan Natasha, busy photoshoot pula dia sekarang. Ash bergolek sendiri atas katilnya. Nak pi rumah opah, opah pulak pergi event. Gara-gara tidak mahu dipaksa, dia melarikan diri ke condo miliknya. Lama-kelamaan Ash tertidur akibat kebosanan.
.
.
Persiapan akhir sudah diperiksa. Erza dan beberapa orang bahagian keselamatan juga sudah bersiap sedia. Majlis penyerahan kuasa dibuat dalam majlis tertutup tanpa wartawan atas permintaan Mynn sendiri.

Mynn menilik tubuhnya berulang kali di depan cermin. Janggal nak berlawa macam ni. Blouse berwarna coastal green sleeveless dipadankan dengan black Bolero jacket. Seluarnya pula Mynn lebih selesa memilih high-waisted trouser with belt berwarna gelap. Dia pusing ke kiri dan ke kanan. Agak berpuas hati dengan penampilannya. Make-up pun diminta transparent look, tidak mahu tebal dimukanya.

"Mynn. Dah siap? Jomlah. Kejap lagi nak mula majlis." Puan Elly memanggil Mynn yang masih sibuk menilik pakaian dan makeup.

"Okey mummy. Coming." Dia membalas dan mencapai Iphonenya diatas meja.

Mereka berjalan bergandingan menuju ke bilik VVIP tempat majlis berlangsung.

"Professor."

Mynn menoleh bila dipanggil. Kini dia perlu menyesuaikan dirinya dipanggil dengan gelarannya. Senyuman Datin Farida menyapa anak matanya. Mynn membalas senyuman.

"Datin." Dia mendapatkan Datin Farida dan bersalam. Tapi kemudian dia mengintip kiri kanan Datin Farida.

"Takde. Dia malas nak ikut." kata Datin Farida diselangi dengan ketawa kecil bila menyedari kenapa Mynn berperangai seperti biasa.

Mynn berdiri garu kepala. Tersengih bila mendengar Datin Farida berkata. Tahu sahaja apa yang ditakutinya.

"Tak nak dia tahu ke?"

"Kalau boleh memang tak nak Datin. Lagipun siapalah saya ni nak berkawan dengan cucu Datin. Biasa je saya ni."

"Ada ke patut cakap macam tu. Dia tu lagi biasa-biasa. Hanya cucu Datin Farida sahaja. Awak professor, dia tu captain team basketball dia je." celah Datin Farida memuji Mynn. Segan Mynn bila mendengar pujian.

"Captain pun kira hebat jugak tu Datin." terdengar suara Puan Elly dari sisi kiri Mynn. Mereka bersalaman. Mynn membiarkan mereka berbual sesama sendiri. Dia meminta diri dan menuju ke meja yang mempamerkan pelbagai jenis juadah. Satu-persatu ditiliknya.

"Mynn. Kau jangan buat perangai gila kau kat sini. Kejap lagi kau tu nak terima 'anugerah'." larang Erza yang tiba-tiba muncul. Dia hanya ketawa mendengar.

"Lek ah. Aku just ambil bau je dulu. Lepas ni baru baham semua. Kalau sekarang ni habislah mekap aku ni."

Erza menjeling. Ada sahaja jawapan budak depannya ini. Dilihatnya Puan Elly kini sudah naik ke pentas untuk berucap. Sebentar lagi giliran Mynn pula. Diperhatikan Mynn, masih lagi pegang dengan janjinya.

"Oii, mummy kau dah panggil tu. Cepat." Arah Erza sambil menepuk bahu Mynn yang masih khusyuk meneliti aneka juadah.

Mynn pantas mengelap tangannya bekas memegang pudding dibaju Erza sebelum naik ke pentas. Bengang muka Erza bila terhidu bau pudding yang melekat di lengan bajunya. Dibagi isyarat menumbuk kepada Mynn yang melambai arahnya.

"Okey thank you. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertama kali saya nak minta maaf atas segala protokol yang ada sekarang ni atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan." Mynn berdehem. Diperhati satu-persatu tetamunya kebanyakan mereka seperti memahaminya. Disambungnya lagi ucapannya dan seterusnya diteruskan dengan gimik penyerahan kuasa. Meriah dan lucu gimik yang disediakan oleh Puan Elly sendiri.

Dia faham kehendak Mynn ingin merahsiakan identitinya dari orang luar. Penyelidikannya kali ini dijalankan secara tertutup dan tidak mahu ada tekanan dari mana-mana pihak seperti yang sebelum-sebelum ini. Bidang penyelidikan Mynn kali ini melibatkan business economy and human behavior memerlukan dia bergerak dengan partnernya, Prof. Nadia dari universiti di Finland.

"Tahniah Prof. Semoga Yayasan Raudah sentiasa maju jaya dan saya gembira dan berkerjasama dengan Prof dan Puan Elly." ucap salah seorang dari pelabur mereka.

"Terima kasih. Its an honor to be partnering with you too." balas Mynn merendah diri.

Rata-rata tetamu yang hadir pun pelabur utama dan juga board of director sahaja. Mynn berpuas hati dengan majlis itu dan senyum sepanjang majlis. Selesai majlis dia duduk meluruskan kakinya. Heels entah kemana. Boleronya juga sudah lama dibuka. Ingin kembali ke dirinya yang asal. Carefree style.

Terlihat keadaan Mynn yang mengurut tumit kaki membuatkan Puan Elly ketawa. Didekatinya Mynn sebaik sahaja tetamu terakhir pulang.

"Penat?" soal Puan Elly. Mynn mendongak.

"Tak juga penat sangat but poor my legs. Lepas ni Mynn nak pakai sneakers sahaja. Titik." tegasnya. Taubat nak sarung heels lagi.

Erza ketawa mendengar. Dia menghulurkan mineral water kepada Mynn dan Puan Elly. Dia turut duduk menyertai anak-beranak itu berbual sementara menunggu seluruh bilik tadi siap dikemas barulah mereka beransur pulang.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now