Suasana dalam ruangan menunggu bagasi agak sibuk bila kapal dari beberapa destinasi sampai dalam tempoh yang berdekatan. Ash juga turut berdiri menunggu bersama penumpang yang lain menunggu bagasi-bagasinya muncul.
Ash pantas mengambil bagasi-bagasinya sebaik sahaja kelihatan dan meletakkan diatas troli. Perlahan dia berjalan menuju pintu keluar. Lepas sahaja dari kaunter imigresen, Ash laju mencari tempat makan. Perutnya dari tadi berbunyi meminta isi.
Dia meletakkan troli bagasinya ditepi untuk memudahkan dia beratur membeli makanan. Dia bercadang untuk take away dan terus ke hotelnya. Opah dan Adel belum lagi mengetahui kepulangannya. Mahu kembali ke condonya sudah pula diserahkan pada Adel selepas dia kahwin dulu.
Selesai membeli, dia memanggil teksi dan terus bertolak ke hotel yang sudah ditempahnya.
.
.
Erza melilau ke kiri dan ke kanan. Kyo pun turut melilau mencari sesuatu. Ada sedikit masa lagi sebelum conference di bilik meeting diatas tamat."Kyo-sama, ada jumpa?" Soal Erza sedikit cemas suaranya. Kyo hanya menggeleng.
"Manalah pulak si Myrza ni? Pandai merayau pulak dah sekarang dia ni." Keluh Erza mencari. Hobi Myrza sekarang ni selain bermain lego, dia suka bermain hide and seek. Selalu jadi mangsa tukang cari mesti dia dan Kyo.
Kyo pantas mencari dibawah meja yang siap berlapis panjang. Erza pula mencari dibawah bangku. Mereka mencari sehinggalah di lobi hotel. Mynn, Lay dan Lani hari ini ada conference mengenai projek baru di hotel. Myrza dibawa bersama kerana disangka ada The Nohs untuk bermain bersama, rupanya anak kembar Lay bersama dengan Noh Fitri ke Labuan untuk menyertai larian antarabangsa yang berlansung tiap tahun.
Sibuk mencari, kelihatan beberapa undangan yang turut menghadiri conference tadi mulai keluar dari bilik meeting. Erza tercengang sebentar. Kyo pula berdiri tegak bila mendengar telefonnya berbunyi. Bila dilihat, tertera nama Lani di skrin.
"Tell them. We waiting at outside cafe." Kata Erza dan berlalu pantas mencari Myrza. Kyo hanya mengangguk.
Erza cuba menenangkan dirinya sekejap dan tiba-tiba mendengar suara Myrza menangis. Dia pantas berlari bila terlihat Myrza sedang menangis ditepi sofa yang disediakan untuk pelanggan.
"Ushh, ushh baby shark. I'm here." Pujuk Erza sambil mendukung Myrza dan menepuk belakangnya untuk menenangkannya. Tangisan Myrza mulai reda mendengar suara Erza. Dia mengangkat mukanya dan melihat Erza yang senyum arahnya.
"Erza?"
Erza menoleh arah suara yang memanggil namanya. Terkejut bila melihat orang di belakangnya. Namun dia cuba memperlihatkan muka poker face miliknya pada orang didepannya kini. Dia berdehem dan cuba menyembunyikan wajah Myrza.
"Oh. Ash." Pendek sahaja dia menjawab. Dia melihat Ash yang berdiri didepannya. Matanya pula kadang melilau kiri kanan mencari kalau-kalau ada bayangan Mynn.
"Glad to see you again. How are you?" Soal Ash ceria. Jujur dia berasa senang hati melihat orang yang dikenalinya. Dia memandang arah kanak-kanak lelaki yang didukung oleh Erza.
"Well. I'm not glad to see you Ash. Got to go." Jawab Erza. Perasan dengan cubaan Ash untuk melihat Myrza. Dia tidak akan benarkan. Dia berlalu menuju ke pintu perlahan. Myrza diturunkan dan berjalan beriringan dengannya. Ash tergamam mendengar jawapan Erza.
Myrza menoleh ke belakang sedikit. Melihat siapa gerangan yang menegur Acik Erzanya. Ash turut melihat arah Myrza yang menoleh, mereka bertentangan mata. Pandangan mata Myrza buat dia teringat pada Mynn. Dia terlihat lagi susuk lelaki yang tinggi dan sasa berjalan keluar bersama Erza. Lelaki yang sama dilihatnya ketika last gamenya hari itu.
Ash menggaru pelipis keningnya. Berandaian yang Erza kini sudah berkeluarga. Dia menunggu arah lif untuk naik ke biliknya.
Ting! Bunyi lif tiba. Ash bersiap untuk masuk ke dalam lif. Namun kakinya terpaku dimuka pintu sebaik sahaja pintu lif terbuka. Terpampang wajah Mynn didepannya. Degupan jantungnya terasa laju.
Mynn yang berbual bersama Lani dan Lay didalam lif turut terpaku melihat insan didepannya. Walaupun jantung turut berdegup laju, wajahnya tidak berubah. No expression. Lani dan Lay turut terkejut melihat Ash dihadapan lif. Mereka keluar dan menunggu Mynn didepan pintu lif.
Mynn hanya berjalan keluar selamba tanpa menegur Ash. Sakit hatinya timbul bila teringat babak court basketball dan apa yang wanita itu buat pada dia muncul di kepalanya. Ash hanya memandang arah Mynn yang keluar dari lif tanpa menegurnya. Dia mendengus kasar.
"Long time no see Mynn." Tegur Ash. Terlihat langkah Mynn terhenti. Lani dan Lay berpandangan. Mereka turut melihat keliling. Takut ada paparazi, tak pasal-pasal sejam kemudian jadi berita hangat. Mynn hanya melepaskan senyum sinis sambil menggelengkan kepalanya sebelum menoleh.
"Wrong timing Ash." Potong Lay bila terlihat Mynn. Ash ketawa.
"Who are you?" Sinis Mynn bersuara sambil memeluk tubuhnya. Tajam renungannya pada Ash. Lay mengetap bibir atas dan bawahnya perlahan. She's slowy lost it. OMG. Bisik hati Lay. Lani pula hanya memandang mereka tanpa kata.
Ash terkedu melihat Mynn. Cold and rough. Mynn versi ini tidak pernah muncul sepanjang dia bersama Mynn dahulu. Dia memandang Mynn dari atas ke bawah. Baru dia perasan Mynn kini banyak perubahan. Dari berambut panjang kini pendek, dari sneakers kini combat boots fashion dan paling ketara, perubahan Mynn, agak kurus dari dahulu.
"What?! Buat tak kenal ke? I think we make eyes contact week ago. Tak ingat?" Kata Ash dengan senyuman sinis.
"Nope. Do you know me?" Ulang Mynn sekali lagi. Sorry baby monkey. I need to do this in order to get you back to me and Myrza's life.
Ash mengeluh mendengar. Dia menggosok hidungnya.
"Come on Mynn." Ucap Ash tidak puas hati. Dia cuba berjalan mendekati Mynn namun dihalang oleh Lay. Mynn hanya berdiam. Lani pula mendekati mereka perlahan.
"If you don't want to get hurt, jauhkan diri. Dah lupa apa kau buat dekat Mynn dulu?" Bisik Lay. Ash memandang Lay dan Mynn silih ganti.
Mynn hanya menggeleng. Dia melangkah keluar bila melihat Ash hanya berdiam setelah mendengar bisikan Lay yang memberi amaran padanya. Ash hembus nafas kasar.
"Hoi perempuan! Kau ingat kau tu betul ke? Berlakon dia pula mangsa keadaan. Kau khianat aku. Tipu aku. Lepas tu kau buat tak kenal aku pulak sekarang? Baru je aku nampak kau minggu lepas ek kat arena. Dasar perempuan penipu! Dahlah menipu, curang pula tu! Perempuan tak sedar diri!" Lantang Ash bersuara.
Lani dan Lay terkejut mendengar Ash bersuara. Mereka memandang Mynn yang terhenti langkahnya. Kini sebahagian lobi hotel memberi perhatian pada mereka. Lani hanya mampu menggeleng bila melihat Mynn beralih arahnya melangkah.
"Dah cakap tadikan wrong timing. Dah warning. Kau ni cari pasal lah. Serve your right!" Kata Lani. Dia kembali memeluk tubuhnya dan berundur. Lay turut berundur dua tiga langkah ke belakang. Ash hanya angkat bahu sambil ketawa sinis melihat Mynn menghampirinya perlahan.
PANG!
Ash terkejut. Terasa pedih pipinya. Pijar terasa. Dia memandang Mynn didepannya. Belum sempat dia berkata, pipi kirinya lagi menerima tamparan dari Mynn.
"What the hell are you doing?" Marah Ash . Direnung tajam arah Mynn dihadapannya. Sekali lagi dia tergamam melihat wajah Mynn yang merah padam menahan marah. Lagi new side Mynn Zaryn yang dia baru ketahui.
"Ops sorry. I tersilap nampak. I thought I saw mosquitoes around your face. Rupanya lalat sampah pulak ek. Hotel ni kotor sangat ke sampai ada lalat sampah terbang hinggap mulut kau." Selamba Mynn bersuara.
Ternganga Lay mendengar jawapan Mynn. Lani pula hanya mampu sembunyi ketawa. Ash merenung Mynn tajam. Ditahan dirinya mahu membalas penampar Mynn, sebab terlihat Lani dibelakang Mynn. Dia tahu Lani bukan sembarangan orang. Bila-bila masa sahaja dia boleh arwah kalau Lani yang membalas kembali.
"Jangan acah kenal aku sedangkan kau tak kenal aku langsung." Bisik Mynn kasar dan terus meninggalkan Ash yang terkedu mendengar bisikannya.
Mynn menarik lengan Lani dan Lay meninggalkan hotel dengan segera. Walaupun dia senang melihat Ash kini sudah kembali ke Malaysia namun gusar sebab hatinya bila-bila masa sahaja boleh berubah. Dia sayang si captain baby monkey tapi dia ada homework mahu diselesaikan!
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Romance#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...