44

1.3K 45 4
                                    

Zuhri mencari nombor rumah yang diberitahu oleh Lani tadi ketika dia menelefon sebaik sahaja dia mendengar cerita Adel kejadian di Al-Ikhwan kelmarin. Dia menemani Datin Farida ke majlis yang meraikan pembukaan salah satu anak syarikat yang bernaung dibawah Grand.

Marahnya tidak lagi dapat ditahan. Natasha benar-benar melampau kali ini. Locennrumah ditekan berulang kali sehinggalah pintu terbuka.

"Tasha! Kau buka pintu ni sebelum aku buat kecoh kat sini." Keras suara Zuhri menyuruh. Natasha yang baru bangun terkejut dengan kedatangan Zuhri cepat-cepat membuka pintu dan menarik Zuhri masuk ke dalam.

Zuhri membetulkan baju yang ditarik kasar oleh Natasha. Dia menolak Natasha jauh darinya bila terbau alkohol.

"Kau Iqbal kan. Laki aku Iqbal Zuhri, yang tak dapat jalan dulu tu kan. Yang kena stroke lepas accident tu." Soal Natasha. Kepalanya masih pening-pening. Zuhri menggelengkan kepalanya.

"Laki kau lah ni. Yang kau tinggalkan macam sampah dekat rumah kebajikan dulu. Nasib aku baik stroke tu hanya serang bahagian muka dan kaki aku je. Akulah ni laki kau, Iqbal Zuhri yang dulu kau puja sebab harta aku. Habis harta aku tu kau ambil lepas kau palsukan maklumat aku? Ohh kau suruh doktor buat surat katakan aku dah tak berupaya? Jadi OKU? Doktor tu kau bayar guna harta aku ke?" Marah Zuhri. Terluah segala plan jahat Natasha selama ini. Itu pun dia dapat tahu bila Lani dan Hany menemaninya membuat passport dulu.

Natasha ketawa nyaring. Berdiri terhuyung-hayang dibawah pengaruh alkohol.

"Kau baru tahu ek? Harta kau semua aku ambil. Kau pula aku letak kat sana sebab OKU tapi macam mana kau boleh berdiri? Kau pakai sihir ek?"

"Tashaa! Kau ni dah kenapa? Sejak bila kau jadi macam ni? Dulukan kita bahagia je." Luruh suara Zuhri.

"Sebab kau tu tak cukup harta nak tanggung aku. Aku pula dapat kerja jadi model. Model kecil-kecilan je. Lepas tu aku dapat offer jadi model. Dapat duit banyak. Boleh beli beg aku suka. Kasut aku suka. Baju yang aku suka. Lepas tu aku jumpa orang kaya. Woww!" Jawab Natasha sambil ketawa lagi. Tangannya mencapai botol beer diatas meja dapur.

"Tapikan. Orang kaya tu dengar cakap nenek dia pula kahwin dengan perempuan mana tah. Berlagak bijak sangat. Amboi, dia tu aku punya okey. Sumber pendapatan aku juga selain modelling. Aku susah payah mula dari model yang takde nama sampai terkenal macam ni. Perempuan tu senang je kahwin dengan dia." Sambung Natasha lagi. Zuhri istigfar panjang.

"Kau nak dengan Ash pun memang tak boleh. Kau tu isteri aku Tasha. Isteri aku. Kau ganggu rumahtangga orang, rumahtangga kau sendiri kau tak jaga."

"Siapa nak jaga kau??! Aku nak Ash. Dia lagi banyak harta dari kau. " Jerit Natasha dengan memandang tajam arah Zuhri.

Jelas dan nyata Natasha bukan sungguh sangat sukakan Ash. Hanya hartanya dikejar oleh Natasha. Zuhri mengeluh panjang. Terluka hatinya mendengar kata-kata Natasha.

"Habis tu kenapa kau buat kacau dekat Al-Ikhwan tadi? Kau takde sikit pun terlibat dekat projek tu. Kau dah lupa sebelum ni kau buat kacau pasal surat bodoh kau tu? Kau ni nak masuk jail dulu ke baru sedar diri?"

"Sebab aku tahu ada Ash kat sana. Ash tak sambut call aku. Jadi aku carilah dia supaya dia tak payah berbaik dengan bini dia tu. Ehh, tiba-tiba aku dapat tahu perempuan tu ada anak. Anak haram!? Macam mana pula dia ada anak sedangkan dia dengan Ash terpisah lama. Haaa." Kata Natasha cuba mempengaruhi Zuhri.

"Kau ni nak cakap serius kau boleh pula cakap anak haram bagai. Entah-entah kau ni yang anak haram. Buat benda haram, minum benda haram. Berhenti ganggu mereka semua sebelum aku yang ambil tindakan. Bersyukurlah selama ni mereka diamkan benda yang kau buat ni. " marah Zuhri mendengus lalu keluar dari rumah Natasha. Keluar sahaja dia dari sana, terkejutnya dia bila terpandang Ash diluar rumah Natasha yang berdiri keras diluar. Dia menepuk bahu Ash.

"Jauhkanlah diri awak dari dia mulai saat ini. Kau dengar semuakan. Pahit untuk kau terima tapi itulah kebenarannya Ash." Nasihat Zuhri dan berlalu meninggalkan Ash yang terpaku.

Ash hanya memicit kepalanya perlahan. Sakit kepalanya bagai dipukul kuat. Kelmarin cerita dia punya anak selama ini cukup membuatkan dia tidak tidur lena. Hari ini pula dia dikejutkan dengan berita Natasha sebenarnya mahu hartanya sahaja. Lagi mengejutkan, Natasha ialah isteri orang. Isteri Zuhri, PA kepada opahnya. Ash tersandar di dinding rumah apartment Natasha.

Perlahan-lahan dia mengatur langkahnya keluar dari kawasan itu. Bingung berfikir apa yang berlaku dalam hidupnya selang sehari. Dia meraup mukanya perlahan. Badannya diloloskan masuk ke dalam kereta. Hanya dihidupkan enjin kereta dan memasang aircond sambil berkhayal memikirkan kejadian kelmarin dan tadi.

Terloncat Ash bila cermin keretanya diketuk. Dia melihat Kyo berdiri diluar sambil mengipas dirinya sendiri. Dia menurunkan cermin.

"Kenapa?" Soal Ash.

"Turun. Let me drive." Ucap Kyo dan terus membuka pintu kereta Ash. Ditarik Ash keluar dari tempat pemandu dan menyuruhnya duduk di tempat penumpang. Ash sempat menangkap kelibat Xia dalam kereta sebelahnya.

"Are you stalking me?" Soal Ash tidak percaya. Kyo ketawa kecil.

"Are you worthy to be stalked? We just want to make sure Natasha not running away. And we saw you shocked over the news just now. So, kami kena diminta bawa awak dengan seseorang." Jawab Kyo. Ash terdiam mendengar.

"Jumpa siapa?"

"Someone. Yang boleh jawab all of your questions." Jawab Kyo. Dia membelok ke kiri meninggalkan perkarangan apartment Natasha. Xia mengikuti dari belakang dengan gigih.

"Mynn? Or Mami Elly?" Soal Ash. Dia menutup matanya.

"Orked Mylani Ryu or Lani Ryu or Lani." Balas Kyo sambil senyum arah Ash yang terloncat bila mendengar nama Lani. Dia menyandar cuba menenangkan kembali hatinya.

Lani. Terbayang aura Alpha Female wanita itu. Sentiasa tenang raut wajahnya dan cold gaze milik Lani yang menjadi trademarknya. Ash sendiri seram bila berdepan dengan wanita itu sejak dulu sehinggalah kini.

"Jangan kecut. She's good girl now." Ujar Kyo sambil ketawa kecil. Ash memandang kembali arah Kyo.

"Now? Dulu bad girl ke? Kau ni."

Kyo angguk laju. Ash ternganga melihat Kyo. Dilihat Kyo menarik bajunya. Terserlah tubuh sasa Kyo dan parut panjang dibahagian rusuknya. Kyo memandang arah Ash yang turut memandangnya dan parut tu silih ganti.

"This one. I got it from Lani when she turns 20 years old. Sparring using real sword in Jeju back then. Then she just left me bleeding without helping me." Cerita Kyo sambil ketawa. Ash bengang mendengar cerita Kyo.

"Biasalah darah masih muda. Takde hal, sengajalah pi mengacau dia. Wrong timing. Masa tu dia baru je kena marah oleh atok dia sebab skip morning exercise. Apalagi sengaja ajak dia sparring, free je kena." Sambung Kyo sambil ketawa.

"Kau ni sengaja nak takutkan aku. Gila ke nak main pedang. Ingat ni zaman dulu kala ke nak main pedang bagai."

"Hei, kau tak tahu Lani and the rest of us membesar macam mana. Hardcore training. Tiap pagi naik gunung, petang lari dekat pantai. Sparring every weekend. Nasib atok dia dulu tak bagi main pistol senapang semua. Kalau tak, dah lama kau macam ni." Kata Kyo sambil menunjukkan ibu jarinya dilehernya. Ash telan liur.

"Habis tu asal bawa aku dengan dia sekarang? Kau yakin ke dia tak marah? Karang aku pula free-free jadi manusia salai."

Kyo ketawa melihat wajah panik Ash. Dia hanya membiarkan sahaja Ash tertanya-tanya. Mereka memasuki disebuah kawasan yang landskapnya terjaga rapi. Ash melihat signboard didepannya sebaik sahaja mereka tiba.

Nowana Lodges. Hotel milik Lani. Baru sahaja menerima pengiktirafan hotel terbaik dalam negara. Ash telan liur. Baru nampak bangunan, jantungnya sudah berdegup pantas. Belum lagi berjumpa dengan pemiliknya. Dia hanya berdoa dalam hati agar Lani tidak menunggunya dengan pedang ditangan.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now