Mynn duduk termenung di meja pejabatnya. Ditenung tajam gambar kahwinnya diatas meja. Teringat kembali drama sebabak minggu lalu. Penumbuknya digenggam kuat.
"Mama." Myrza memanggilnya perlahan. Mynn menoleh pantas. Dia menghadiahkan senyuman buat si manja baby shark kesayangannya.
Dia memangku Myrza sebaik sahaja anaknya menghampirinya. Mereka berdua bertentangan mata sambil senyum sesama sendiri.
"Kenapa Myrza? Lapar ke bosan?" Tanya Mynn sambil mengemaskan ikatan rambut Myrza yang sengaja dipanjangkan.
Myrza menggeleng dan menoleh melihat Mamanya selepas ikatan rambutnya dikemaskan. Lesung pipit sebelah kanannya mendalam bila melihat Mynn senyum arahnya.
"Mama mayah?" Soalan tulus dari Myrza. Mynn tersentak mendengar soalan yang tidak diduganya.
"Taklah. Kenapa Mama nak marah pula?" Mynn menafikan.
"Tadi Milza nampak Mama wat camni." Balas Myrza sambil menunjukkan penumbuk kecilnya arah Mynn. Mynn terdiam.
Bahaya. Bahaya. Mynn menggeleng kepalanya berkali. Dia cuba berhati-hati pada masa depan. Masa ni lah masa genting, anak akan ikut apa sahaja ibubapanya buat.
"Mama just garu tapak tangan lah. Gatal." Mynn memberi alasan. Myrza hanya mengganguk. Dicapainya tangan Mynn dan digaru perlahan. Mynn menahan geli.
"Milza tolong Mama garu. Nanti kalau gatal agi, Mama panggil Milza. Okey?" Ucap Myrza pelat. Mynn terharu dengan kata baby sharknya. Mynn angguk dan menghadiahkan bomb kiss di wajah Myrza.
"Okey dah. Milza dah charge kiss. Milza main dulu kat sana. Okey?" Kata Myrza menghentikan bomb kiss dari Mynn.
Mynn ketawa besar mendengar kata-kata Myrza. Dia yang membiasakan Myrza dengan bomb kiss dan juga charging bomb kiss. Kalau dulu dia selalu meminta bomb kiss dari Myrza, sekarang ni Myrza yang mencarinya sendiri untuk charging bomb kiss.
Mynn menurunkan Myrza dari pangkuannya. Myrza berlari ke arah ruangan yang dikhaskan untuknya sejak dia bayi lagi menyambung bermain lego dan puzzel. Mynn bersyukur melihat Myrza yang senang dipelihara dari baby lagi.
Malah sejak mengandungkan Myrza pun tidak banyak alahannya. Mengidam pun ala kadar sahaja. Tidaklah seteruk ibu mengandung lain yang sering didengarinya.
Dia melihat Myrza yang khusyuk bermain sambil menggulung hujung rambutnya dengan jari. Teringat kembali wanita yang berada disisi Ash. Mynn mendengus perlahan. Teringat dengan secebis kertas yang diterimanya oleh Suraya dulu. Dia mencari diseluruh kabinetnya. Tempat dia menyimpan organizer dan buku nota yang habis digunakan.
Myrza hanya memerhatikan Mamanya mencari di kabinet buku berdekatan dengannya. Kelihatan Mamanya tersenyum sendiri. Mynn menyimpan kembali organizer tadi bila sudah menjumpai secebis kertas yang dicarinya.
Bunyi pintu diketuk membuatkan dua beranak tadi menoleh arah yang sama serentak. Muncul kepala Erza dan Lani dimuka pintu. Myrza senyum lebar. Dia berdiri dan memeluk Erza dan Lani.
"How are you?" Tanya Lani dan mengambil tempat di sofa emerald di pejabat Mynn. Myrza duduk disebelahnya bermain dengan Erza.
"Fine." Jawab Mynn pendek. Dia merenung muka Lani dan Erza selang seli.
"What?"
"Tonight, can we have our night? Just us." Soal Mynn perlahan. Lani menoleh dan memandang Erza disebelahnya.
"Sure. I will tell the others. Betul ni nak kita je atau you want to do your 'homework'?" Jawab Lani berbalas soalan kembali pada Mynn.
Mynn menyandarkan dirinya dan berfikir. Homework? Yep. Homework paling mencabar dalam hidupnya. Si wedding breaker plus pencaras! Sakit pula hatinya bila teringat mengenai wanita itu.
"Homework plus membawang? . Malam ni kita jumpa kat mana?" Seloroh Mynn ketawa kecil.
"Where would you prefer? My house or Hany's?" Tanya Lani. Mynn mengaru hujung hidung dengan hujung jari telunjuknya. Habitnya yang tidak pernah berubah. Lani hanya merenung Mynn dan terlihat Myrza yang sedang bermain dengan lego disebelahnya. Dia juga membuat gesture yang sama seperti Mynn. Barangkali berfikir apa yang mahu dibuat dengan lego ditangannya.
Lani ketawa kecil. Mynn memandang arah Lani. Dia hanya bertanya melalui gesture badannya.
"Son and mother. Dua-dua sama je habit." Jawab Lani sambil menunjuk arah Myrza. Mynn senyum sambil angkat bahu.
"Your house lah. Better than Hany's. Rumah dia full dengan aksesori motor." Jawab Mynn. Lani angguk dan berdiri.
"Okey. See you tonight. And of course lepas budak kecil ni sleep okey." Seloroh Lani sambil menunduk memberi ciuman di pipi Myrza. Myrza membalas kembali ciuman di pipi Lani. Erza ketawa kecil melihat reaksi Lani.
"I will bring the guest tonight." Sambung Lani lagi sebelum meninggalkan mereka. Mynn hanya melambai dari sofa. Mukanya kembali serius selepas mendengar kata Lani tadi. Erza memandang Mynn. Sejak balik dari Australia minggu lalu, Mynn seperti kembali pada dirinya yang dulu. Serius dan tunjuk muka ketat. Hanya dia bersama Myrza sahaja, Mynn berubah.
"Erza. Could you help me bring Myrza home? His Nana and Eyang opah want to see him." Pinta Mynn setelah lama berdiam. Nana merujuk pada nenek Myrza, Puan Elly dan Eyang opah pula, Datin Farida. Erza mengangguk.
"Myrza, come here." Panggil Mynn. Myrza meletakkan legonya dan berjalan arah Mynn.
"Nana and Eyang will come to see and play with you tonight. But Mama will going out with your Acik Lani, Acik Seri, Acik Lay, Acik Hany and Acik Lily." Jelas Mynn satu persatu pada Myrza.
Myrza memberikan ciuman di dua belah pipi Mynn dan senyum manis.
"Go Mama. Milza boleh main dengan Nana dan Eyang. Acik Ungsu pun ada kan?" Tanya Myrza tentang Adel. Mynn angguk sambil senyum.
"Yeah. Acik Ungsu pun ada jugak teman Myrza nanti. Can you do it alone? Playing and eating with them before sleep?" Soal Mynn lagi memastikan. Kadang Miyrza ni bukan boleh diharap reaksinya. Sekejap kata boleh kejap lagi tidak.
"Okey Mama. Love you!" Jawab Myrza yakin. Mynn memeluknya erat. Bangga punya anak seperti Myrza.
"Tah betul ke tidak budak kecik ni. Karang malam sibuk nangis cari aku." Ujar Mynn sebaik sahaja Myrza melepaskan dirinya untuk menyambung bermain lego.
Erza ketawa kecil mendengar bebelan Mynn sendiri. Alahai lah Myrza.
"Okey je tu. Malam ni aku temankan dorang semua kat rumah. Anything just call me. Tak jauh pun rumah kau dengan Lani." Sambung Erza sambil menepuk bahu Mynn perlahan.
Mynn senyum arah Erza. Dia kembali ke mejanya untuk menyambung kembali kerjanya. Manakala Erza pula dia tugaskan untuk menempah makanan untuk malam nanti.
Persediaan menyambut tetamu dirumahnya nanti dan juga tetamu yang bakal datang ketika mereka berkumpul nanti. Myrza pula yang dari tadi khusyuk bermain sudah terlelap di sofa-bed dihujung pejabatnya.
Mynn membelek kembali kertas yang diserahkan padanya oleh Suraya dulu. Homework yang ditinggalkan oleh Lani seminggu lalu buat soul sistersnya juga bakal menjadi perbincangan mereka malam nanti.
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Roman d'amour#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...