Ash merebahkan dirinya diatas katil hotel. Merenung siling bilik hotelnya. Sebaik sahaja Mynn keluar dari hotel itu, dia terus meloloskan dirinya ke dalam lif. Sedaya upaya menahan malu. Dipegang pipinya yang masih terasa pijar akibat penampar dari Mynn.
Ash tidak menyangka Mynn berubah 360 darjah. Dari seorang sweet dan manja kepada seorang yang boleh dikatakan tiada perasaan dan kasar. Ekspresi muka Mynn juga kini punya istilah marah. Kalau dulu nak nampak dia marah pun susah. Ash mengeluh kuat.
Bunyi telefon berbunyi membuatkan dia tersedar dari lamunannya. Natasha. Dia menyambut juga walaupun malas. Penat otaknya berfikir mengenai perubahan Mynn yang drastik baginya.
.
.
Jari jemari kanannya sibuk mengetuk meja. Tangan kirinya pula sibuk menulis dan membelek fail diatas meja. Mynn mengeluh perlahan. Pen diletakkan perlahan. Myrza menoleh memerhati mamanya dan Acik Lay yang sedang memicit dahi. Dia menyambung kembali aktivitinya sendiri."Erza berapa lama kat Japan?" Soal Lay memecah kesunyian. Mynn tongkat dagu.
"Dalam seminggu dua kot. Semalam update Zuhri ada tunjuk progres." Jawab Mynn. Lay angguk. Dia memaling ke belakang melihat Myrza yang khusyuk bermain sendiri.
"Mesti baby shark sunyi takde Erza. His natural enemy." Seloroh Lay. Mynn ketawa mendengar. Dia membuang pandang pada Myrza. Erza dan Myrza memang versi manusia Tom & Jerry. Ada sahaja nak digaduhkan. Myrza pun suka mengusik Acik Erzanya.
"Erza tu tak nak kahwin ke?"
"Entah. Aku ada tanya jugak. Dia diam je." Jawab Mynn. Bila soal kahwin dibangkitkan, Erza memilih mendiamkan diri. Lay diam. Mereka berpandangan sesama sendiri. Kemudian ketawa.
"Lucu." Kata Lay. Mynn ketawa kecil.
"Aku tau apa yang fikirkan Lay. Kau nak kena tendangan 360 Erza ke?" Ucap Mynn. Lay pula ketawa kecil.
"Tapi kau jangan nafikan. Dia sesuaikan dengan Kyo." Potong Lay.
"Kita doa je baik-baik. Hahahaaa. Dah lah. Jom lunch. Lepas tu singgah Al-Ikhwan." Ajak Mynn. Lay angguk sahaja dan terus mengemas fail-fail yang berselerakan di atas meja.
Mynn pula mengemaskan beg Myrza dan meminta Myrza menolongnya mengemaskan mainannya. Tanpa banyak songeh, Myrza mengemaskan mainannya pantas bila Mamanya mengatakan mereka ke Al-Ikhwan selepas makan.
.
Datin Farida merenung muka Ash lebih dekat. Wajah cucunya yang selalu dibawa gaduh dahulu kini ditumbuhi jambang yang dijaga rapi. Adel pula hanya menjeling abangnya yang duduk di tepinya."Balik terus kan. Tak balik sana lagi kan?" Soal Datin Farida. Ash menganggukkan kepalanya.
"Sekali sekala je keluar sebab jenguk mama dan ayah kat sana." Ujar Ash.
"Takyah lah rajin sangat. Biar anak opah dan menantu opah tu yang balik sini sendiri." Potong Datin Farida. Ash ketawa kecil mendengar opahnya.
"Kali ni opah tak minta apa dari Ash pun. Opah nak Grand Empire tu berjalan seperti mana opah jaga dulu. Kekalkan begitu." Pesan Datin Farida.
"Baik opah. Ash tolong jaga je. Grand tu titik peluh opah dan arwah tok, Ash janji takkan buat yang tak betul." Janji Ash.
Datin Farida mengangguk mendengar janji Ash. Namun wajahnya seakan teragak untuk berkata. Ada lagi dia mahu katakan tapi tak terluah.
"Kenapa opah? Ada lagi yang patut Ash tahu?" Soal Ash menyedari wajah opahnya yang teragak untuk menyambung kata.
"Herm. Ash tahu kan Grand dengan Yayasan ada projek bersama. Opah harap Ash boleh asingkan peribadi dengan kerja." Kata Datin Farida mengharap. Ash berdiam diri.
"Kalau tak, biar Adel je yang uruskan projek dengan Yayasan. Yang lain tu kamu yang buat." Sambung Datin Farida lagi. Sebolehnya dia tidak mahu mereka terputus hubungan begitu sahaja. Walaupun tidak bercerai, sekurang-kurangnya ada alasan mereka berdua bersua muka.
"Adel okey je. Lagi Adel suka sebab.." kata Adel tanpa menyambung ayatnya kerana melihat opahnya menggeleng. Ash berpaling menunggu Adel menghabiskan ayatnya.
"Sebab boleh jumpa orang tu." Sambung Adel sepatah-sepatah. Datin Farida lega. Bukan tidak mahu Ash mengetahui hal sebenar tapi semuanya atas permintaan Mynn lewat malam semalam.
"Media kat sini dah tahu kan krisis kami?" Soal Ash tiba-tiba. Adel tersentak mendengar soalan abangnya. Tidak menyangka Ash akan bertanya soalan seperti itu.
"Entahlah. Opah tak nak ambil tahu. Kamu nak dia lagi, sayang dia lagi, itu kamu punya hal nak pujuk ke nak berbaik ke. Tapi kalau kamu dah tak nak dia lagi dah memang benci kat dia nak tengok muka pun macam terajang je baik kamu lepaskan. Opah lagi suka sebab opah tengok ramai lagi suka kat dia nak kat dia sayang kat dia. Dah opah nak naik rehat." Kata Datin Farida panjang lebar. Ash terkedu mendengar opahnya. Sangkanya Datin Farida akan memujuk dan menyuruh dia berbaik dengan Mynn namun sangkaannya meleset.
"Satu je opah nak pesan. Kamu lepaskan dia? Natasha tu opah haramkan jejak kaki kat Grand atau rumah ni. Itu je." Sambung Datin Farida dan terus berdiri menaiki tangga ke biliknya.
Ash hanya memandang opahnya tanpa kata. Apa lagi nak kata, opahnya dari dulu memang tak suka dengan Natasha. Nasiblah Natasha sekarang sibuk dengan gig di Italy. Dia mengeluh perlahan. Dia memandang Adel di tepinya. Khusyuk dengan phone.
"Chat siapa?" Soal Ash berbasa-basi. Adel memandangnya.
"Kalau tahu pun, nak buat apa? Bukannya abang suka dengan orang yang Adel chat ni." Jawab Adel selamba. Ash putus kata. Siapa lagi kalau bukan Mynn.
"Adel selalu ke contact dengan dia?"
"24/7." Pendek jawapan adiknya.
"Tak bosan ke?" Soal Ash lagi. Adel menyimpan telefonnya dan memandang Ash.
"Dalam masa yang pendek abang dengan dia dulu, pernah tak abang rasa bosan? Tak kan. She's very fun person to be with. Nasiblah Adel girl. Kalau tak, dah lama Adel minta abang lepaskan dia supaya Adel yang kahwin dengan dia." Jawab Adel. Ash mencebik.
"Dia jahat ek. Terlampau fun person lah sampai dia tipu abang. Awal dulu nama dia tipu. Lepas dah kahwin, pasang lelaki lain kat belakang abang. Ntah apa lagi dia tipu abang." Potong Ash kasar. Adel ketawa kecil.
"Don't forget abang, she's widely known as one of genius person. Cara dia berfikir different from us, the smart person. Kalau kita berfikir out of box, abang rasa cara orang genius berfikir macam mana? Silap-silap out of space okey. She just having fun with her own imagination and space. " Sanggah Adel. Dia berkeras mempertahankan Mynn.
"Lagipun pasal nama tu, sebelum kahwin lagi dia dah bagi nama betul kot. Abang je buta dan pekak. Berapa kali dia bagi hint kat abang, satu pun abang tak hirau kan. Tak ambik pengajaran lagi ke? Cuba abang fikir sedalam lautan Pasifik, seluas alam semesta. Manalah tahu dapat jawapan untuk kes 'penipuan' yang abang cakap tu." Sambung Adel dan terus berdiri meninggalkan Ash termangu sendiri di ruang tamu.
"Nak kemana pulak tu?" Jerit Ash bila melihat Adel menyarung kasut di muka pintu.
"Makanlah. Lapar. Opah puasa sunat hari ni." Balas Adel.
"Jangan lupa hari ni ada jadual melawat Al-Ikhwan!" Jerit Adel dari luar. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi kereta meninggalkan garaj. Ash hanya menggeleng.
Al-Ikhwan. Lama sudah dia tidak ke sana. Teringat jeritan Adel tadi mengenai jadual petang ini. Bagus juga dia ke sana. Melawat dan memperkenalkan dirinya sekaligus.
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Romance#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...