37

1.2K 41 1
                                    

Pesawat dari Tokyo sudah lama mendarat dan para penumpang juga sudah lama berbaris keluar. Lani, Hany dan Erza berdiri menunggu dua lagi teman mereka. Dari jauh kelihatan Kyo dan Zuhri berjalan perlahan.

"Much better now." Kata Lani sendiri. Melihat progres Zuhri yang semakin baik selepas terapi di Jepun selama sebulan. Hany mengangguk.

"Kyo dan Erza akan hantar awak balik ke Al-Ikhwan. Will see you later." Kata Lani pada Zuhri sebaik sahaja mereka berkumpul. Lani dan Hany meninggalkan mereka bertiga selepas Hany mengambil keretanya di parking kereta dan menyerahkan kepada Erza. Dia dan Lani menaiki teksi kembali ke Soul Village.

"Saya tak pernah nampak Cik Lani senyum. Muka serius je. Dia memang macam tu ke?" Soal Zuhri berhati-hati. Erza senyum padanya.

"Taklah. Lani juga manusia. Confirmlah dia akan senyum, ketawa, sedih or happy juga macam kita." Balas Kyo. Erza mengangguk setuju.

"Ye ke? Satu hari nanti saya akan pastikan saya dapat tengok senyuman Cik Lani." Ikrar Zuhri.

"Bukan dia sahaja. Please pastikan all of them smiling again. Muak dah tengok muka semua ketat je." Pinta Erza. Zuhri angguk setuju. Itu pun salah satu misinya kali ini. Dia dulu bagai mayat hidup terbiar di rumah kebajikan tanpa rawatan yang betul diberi nafas kembali oleh wanita-wanita yang tiba-tiba muncul didepannya.

"Mereka tu kalau salah timing salah teguran ke salah rentak je, I can't handle them all. Cukuplah sekali je dulu masa mereka remaja." Kata Kyo. Matanya fokus dijalan raya. Masa ni lah juga traffic buat hal. Zuhri tekun mendengar.

Dia suka mendengar bila Kyo atau Erza bercerita mengenai Cik Lani dan kawan-kawannya. Yang digelarnya sendiri the female warriors. Dia kagum dengan hubungan mereka yang erat.

"Masa dulu, when I'm the only one came here. Lani berkawan dengan mereka. Lay, Mynn dan Seri at first. From Mynn, dia berkenalan dengan Hany then from Seri, she knows Lily." Kyo bercerita tentang pertama kali wanita-wanita kesayangannya berkenalan. Erza dan Zuhri mendengar dengan khusyuk. Erza pun pertama kali mendengar sejarah the weirdos tu berkenalan.

"Awal dulu, just Lani dan Hany kategori ganas. Mynn dengan Lay pula mild ganas. Seri dan Lily bak kata melayu tu. What did they said bila perempuan malu-malu sahaja?" Tanya Kyo.

"Wanita melayu terakhir?" Kata Zuhri teragak-agak.

"Hah. Macam itu wanita melayu terakhir. Tapi oleh sebab Lani ajar tu martial arts masa cuti sekolah. Maka semua mereka changed to this day famous word, girl crush syndrome." Jelas Kyo. Dia memutar stereng ke kanan dan kembali di jalan lurus.

"Girl crush syndrome?" Zuhri ketawa kecil. Itu benar. Sedangkan dia sebagai lelaki pun jatuh crush dengan Lani dan Hany apatah lagi perempuan sendiri.

"Thats not girl crush syndrome boys. They are having freak weirdo syndrome." Potong Erza sambil menggelengkan kepalanya. Kyo dan Zuhri ketawa besar mendengar Erza.

"Kamu berdua paling lama bersama dengan mereka semua?" Tanya Zuhri lagi.

"Kami berdua membesar bersama dengan Lani. Kalau bab paling lama bersama, I think it is true also." Jawab Kyo.

"I can't imagine how you guys handled them all." Keluh Zuhri. Erza yang mendengar keluhan Zuhri hanya memeluk dirinya sendiri. Meremang bulu romanya bila mengingatkan bagaimana mereka menjaga those weirdo selama ini.

"Jangan bagi ingat. Seram." Kata Erza. Mereka ketawa serentak. Nampak sangat seram bila Erza menggosok-gosok lengannya.

Mereka sampai di Al-Ikhwan setengah jam kemudian. Zuhri disambut oleh Farid dan Ismail. Kyo menolong menurunkan bagasi milik Zuhri dan tongkatnya. Sempat memesan agar dia selalu berlatih berjalan tanpa tongkat dan banyakkan bersenam. Selepas itu barulah Kyo menghantar Erza kembali ke rumah Puan Elly.
.
.
"Yooo! Welcome home sisters!" Kedengaran suara Seri menggunakan megaphone dari balkoninya. Terloncat Hany dan Lani ketika berjalan ke rumah masing-masing. Seri ketawa besar, apatah lagi menggunakan benda alah tu bergema seluruh Soul Village dengan tawanya.

"Shit girl! Diamlah. Dah malam kan ni." Marah Hany di depan pagar kecil milik Seri. Seri menjelirkan lidahnya.

"Dilarang mencarut Hany!" Kata Seri lagi menggunakan megaphone miliknya.

"What the hell are you using that thing Seri?! Rumah kau dengan aku bukan jauh pun." Jerit Hany lagi. Terpaksa menjerit pula malam-malam begini. Lani ketawa kecil sambil menekan kunci pagarnya.

"Hey yoo! Home sweet home!" Tiba-tiba terdengar laungan dari rumah Lily. Lani dan Hany menoleh serentak. Kelihatan Lily melambai disebalik langsir. Dia juga turut menggunakan benda yang sama seperti Seri.

Lani dan Hany tepuk dahi melihat perangai gila Seri dan Lily.

"Dari mana budak dua ni dapat benda tu?! Aku nak robohkan kedai dia sebab jual benda tu kat mereka dua beagle ni." Kata Hany kegeraman. Bukan main terkejut dia mendengar jeritan Seri dan Lily bersahutan berbual menggunakan megaphone.

"Aku kira sampai tiga. Siapa tak simpan benda tu, aku serbu rumah korang dua then aku pasang siren benda tu kat rumah korang 24/7." Ugut Lani guna speaker miliknya yang disorong keluar balkoni.

Belum mula kiraan lagi terus senyap Seri dan Lily sebaik sahaja mendengar amaran dari Lani. Hany ketawa terbahak-bahak melihat perangai Seri dan Lily. Keamanan datang kembali di Soul Village.

"Hah. Tahu takut dengan Lani. Padan muka." Kata Hany sendiri. Dia membuka kunci pintu rumahnya dan memasang lampu rumahnya. Baru mahu memejamkan matanya untuk berehat sebentar, dia dikejutkan lagi dengan suara besar dari luar.

"Guys! Late dinner at Lani's. Come here!! Aku beli ayam percik, ayam panggang, ayam bakar dengan kambing wei." Suara Mynn bergema dengan kuat melalui speaker kepunyaan Lani. Sempat lagi terdengar suara Lani memarahi Mynn.

"Kau takde phone ke nak whatsapp? Nak juga kena ketuk oleh aku kan." Kata Lani yang kedengaran sebelum mematikan mikrofon dan speakernya. Hany ketawa kecil. Dia bangkit dan membawa satu beg keluar menuju ke rumah Lani.

"Weii Hany bawak beg oleh-oleh! Cepattt!!" Jerit Seri melalui megaphonenya. Hany hanya mampu tepuk dahi melihat perangai kawannya yang satu ni serupa beagle!

Dari hujung sana kelihatan Lay berjalan sambil membawa sebakul bahan-bahan untuk membuat minuman melambai arahnya. Mereka berpelukan didepan pagar menyapa sesama sendiri.

Seri dan Lily pun turut memeluk Hany sebelum beredar masuk ke halaman rumah. Mereka berkumpul di gazebo milik Lani yang dibinanya sendiri bersama Kyo dan Xia dulu.

"The Nohs mana?" Tanya Lani. Dia melihat Lay khusyuk mengaul Sunquick Mango didepannya.

"The Nohs dan Myrza hari ni pakat bermalam kat rumah Mama Elly. Laki aku macam biasa jarang kat rumah sejak akhir ni. Sukan Airport makin dekat so dia pergi praktice dengan teammate dia." Jawab Lay. Mereka angguk mendengar.

"Patutlah beagle dua ni sesedap hati guna megaphone malam buta ni. Rupanya semuanya wanita single je tinggal kat sini." Ucap Hany menunjukkan bibirnya arah Seri dan Lily yang terkekek ketawa.

"Kau tahu tak betapa gatalnya hati aku tadi nak guna benda tu sambut korang sampai rumah." Seri memberi alasan. Lily angguk pantas. Lani memerhati arah Lily.

"Yang kau ikut terjebak dengan perangai beagle si Seri kenapa lah Lily? Aduhai pening kepala aku." Kata Lani. Mynn dan Lay ketawa besar.

"Eh eh eh, perangai beagle aku dengan Lily ni tak dapat nak lawan dengan perangai Shih Tzu si Lay dengan Mynn, diam-diam nakal lepas tu tiba-tiba jadi trouble maker. Lagi-lagi perangai Yorkie Terrier kau dengan Hany, nakal plus ganas. Allahu." Balas Seri sambil meratah ayam goreng.

Mereka ketawa serentak mendengar perumpamaan Seri tentang perangai mereka. Difikir-fikir ada juga betulnya.

"Jangan jadi anjing betul-betul dah lah. Cukup dengan nakal je guys." Sambung Lily. Lagi sekali pecah ketawa mereka.

"Bongoklah kau ni. Jauh-jauh nak menganjing." Sambung Hany. Sepanjang malam lah mereka berkumpul dan bertukar cerita sepanjang ketiadaan Lani dan Hany.

Typical conversation bila bersama kawan-kawan yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Topik-topik semasa, cerita di tempat kerja dan tidak lupa dengan kisah cinta masing-masing.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now