Bingit dan meriah. Itulah yang Mynn dapatkan gambarkan suasana di Titanium Security Arena sekarang ini. Dia duduk di row ketiga dari depan di bahagian pihak lawan. Zone selamat baginya.
Dia memandang arah bench team Ash. Terlihat susuk yang dirinduinya. Kelihatan sihat tapi muram wajahnya. Barangkali sedih kerana ini gelanggang terakhirnya. Mynn memandang keliling stadium. Cepat sahaja para peminat memenuhi arena. Barangkali peminat Ash datang untuk melihatnya main buat kali terakhir.
Lani dan Kyo duduk dibelakangnya. Mynn senyum menoleh ke belakang melihat Lani dan Kyo. Lani menghulurkan padanya mineral water. Kedengaran riuh para penonton. Mynn kembali memandang ke hadapan.
Cheerleader lincah menari dan bersorak di gelanggang. Terhibur hatinya melihat persembahan yang unik. Sebaik sahaja cheerleader tadi keluar dari gelanggang, terdengar suara dari MC yang bertugas memulakan perlawanan. Wisel ditiup tanda bermulanya permainan.
.
Myrza menangis tidak berhenti. Adel dan Seri gelisah. Si baby shark confirm mencari mamanya."Adel, macam mana nak bagi diam ni? Dia lapar kot?" Tanya Seri panik.
"Adel dah bagi makan tadi kat Myrza. Tapi dia taknak. " Jawab Adel. Tubuh kecil Myrza dipeluk namun ditolak olehnya.
"Nak mama. Nak mama." Kata Myrza teresak-esak. Seri garu kepala.
Lay dan Hany masuk ke rumah Mynn dengan membawa beg recycle yang dipenuhi dengan bahan makanan dan masakan.
Myrza berlari pantas arah Hany dan memeluk kakinya kuat. Hany berdiri diam. Lay senyum menggelengkan kepalanya.
"Aci Hany, mama?" Myrza bertanya dengan pelatnya yang masih tebal.
"Mama Myrza kan pi kerja. Myrza dah lupa?" Jawab Hany perlahan. Dia meletakkan beg ditangannya dan mengendong Myrza.
"Mama Milza work?" Soalnya lagi memandang Hany dengan mata bulat. Comel sahaja kedengaran ditelinga makcik-makciknya mendengar pelat Myrza yang belum berapa pandai menyebut namanya sendiri.
Hany angguk dan mengusap kepala Myrza. Wajah yang sekali pandang seperti wajah Ash namun bila ditenung lama persis wajah Mynn ketika kecil.
"Mama Myrza balik lepas 3 malam Myrza sleep. So sebelum sleep malam, Myrza kena makan pagi, tengahari dan malam. Lepas tu Myrza main dengan abang Aryan dan abang Aydan barulah mama balik rumah." Pujuk Hany sambil menghadiahkan bomb kiss di pipi si baby shark kesayangan mereka.
Myrza mengangguk perlahan. Dia menggosok matanya menghilang sisa airmatanya tadi dan kembali memeluk Hany. Hany ketawa kecil melihat aksi Myrza.
Adel, Seri dan Lay menghadiahkan thumbs up pada Hany berjaya memujuk Myrza. Hany hanya angkat bahu sahaja. Myrza masih memeluk erat pada Hany lama-kelamaan terlelap dengan sendirinya.
"Penat sangatlah tu menangis cari mama dia. Nasib korang balik awal hari ni." Ucap Seri. Adel angguk setuju.
"Harini takde nak buat banyak kat Yayasan dan Al-Ikhwan. Lepas lawat tadi, direct lah balik. Lagipun aku memang nak tengok Myrza jugak." Kata Lay. Dia mengambil beg tangannya dan melambai arah kawan-kawannya.
"So, aku balik dulu. The Nohs tunggu kat rumah dah. Sekali dengan Noh besar." Seloroh Lay. Seri dan Hany ketawa kecil.
"Macamlah jauh sangat rumah kau. Jalan dua minit je sampai." Kata Hany. Lay jelir lidah arah Hany.
Mereka melambai sesama sendiri. Seri menghantar Lay balik dengan pandangan mata sahaja melalui tingkap. Setahun lalu, mereka berpindah di sebuah kawasan elit siap sekali dengan sistem keselamatan ketat yang dinamakan Soul Village. Kawasan yang menempatkan 6 unit rumah banglo, dihias indah. Asalnya Lily dan Lay tidak join mereka membeli unit dikawasan tersebut namun Noh Fitri memberi kejutan pada Lay pada anniversary mereka tahun lalu manakala Lily pula join last minute sebab cemburu mereka berkumpul tempat yang sama. Akhirnya mereka semua sama-sama pindah masuk pada hari yang sama.
Kedudukan rumah mereka juga tidak jauh antara satu sama lain. Masing-masing mengecat warna rumah dan renovate rumah mereka mengikut citarasa sendiri. Hanya dipisahkan oleh pokok-pokok hiasan yang tinggi untuk privacy penghuni yang ditanam diantara dua pagar rumah.
.
.
Mynn menumpukan perhatiannya di gelanggang. Larian lincah para pemain buat dia tidak duduk diam. Bola asyik bertukar tangan akhirnya kembali ke tangan team Ash. Masa permainan semakin suntuk. Point kedua team hanya beza 2 mata.Bola yang kini berada ditangan Ash buat Mynn berdiri tegak. Ash berada di zone 3-point. Ash kelihatan menarik nafasnya dan melompat tinggi untuk menjaringkan gol. Mynn menutup mata pada masa yang sama wisel tamat permainan kedengaran. Sorakan para penonton buat dia membuka matanya perlahan-lahan dan terus melihat pada board-score.
Mynn melonjak gembira melihat beza point mereka kini 5 mata dari pihak lawan. Bahunya ditepuk oleh Lani dan Kyo dari belakang dengan ucapan tahniah, walaupun bukan dia yang bermain. Mynn berlari ke arah depan berdekatan dengan para pemain untuk melihat Ash dengan jelas.
"I am feel very grateful today as I'm finally fulfill my responsible to my team. Given chance being a captain teach me how to be a good leader to my members. Thanks guys, thank you coach thank you to all my team's staffs. As today, I'm also to annouce my retirement and thank you fans for your endless support. Thank you!" Ucap Ash penuh syahdu.
Mynn cuba menuruni beberapa anak tangga lagi untuk melihat Ash lebih dekat. Snapbacknya juga turut dipusingkan kebelakang. Terdengar lagi soalan dari pengacara yang bertanyakan mengenai sesuatu. Mynn terhenti bila terpandang Natasha yang berada disisi Ash. Dia mengerutkan dahinya cuba mengingati dimana dia pernah terlihat wanita itu.
"This lady, always supporting me and giving her endless love for me. Special thanks going to her." Jawab Ash pada soalan yang ditujukan padanya.
"Ohh I see. So this is the mysterious wife of Captain Ash, I guess. Finally we can see her now. She's really a beautiful person." Puji pengacara itu lagi. Mynn tergamam melihat reaksi Ash yang ketawa kecil. Dia tidak menafikan namun tidak juga mengiyakan statement pengacara itu. Malah Ash turut menghadiahkan ciuman ditangan Natasha. Mynn penasaran!
Majlis menyampaikan piala diteruskan dan sesi bergambar. Mynn masih lagi berdiri tegak diruangan penonton menyaksikan drama didepannya. Kini dia ingat identiti Natasha. Wanita yang datang padanya di pejabat 3 tahun lalu. Dia menghembus nafasnya kasar. Dan berpeluk tubuh menonton apa yang terjadi dihadapannya. Lani memberi isyarat pada Kyo agar mereka berdua turut sama dengan Mynn dibahagian bawah.
Ash ketawa dan turut mengesat airmatanya mendengar ucapan team membernya di hari terakhir mereka bersama. Tangan Natasha yang dari tadi digengam terlepas serta merta bila matanya menangkap susuk tubuh yang dikenalinya berdiri memandang tajam arahnya tidak jauh darinya.
Mynn mengesat airmatanya perlahan bila terlihat Ash dicium pipinya oleh Natasha yang membawanya bergambar. Dia mengenakan kembali hoodienya menutupi kepala dan snapbacknya.
"Oh my god." Kata Lani perlahan bila dia terlihat aksi yang sama didepannya.
"Baby." Terlepas sepatah perkataan yang selalu disebutnya pada masa lalu. Matanya juga turut menangkap 2 susuk tubuh dibelakang Mynn. Satu dikenalinya, Lani. Satu lagi belum pernah dia melihat lelaki tersebut.
"Ye sayang." Sahut Natasha bila terdengar Ash. Namun Ash tidak memperdulikannya. Tidak pulak diambil kisah sebab sibuk melayan peminat Ash yang mahu bergambar dengannya.
"Lets go home." Kata Mynn perlahan dengan nada keras. Lani terkejut mendengar nada suara Mynn.
Dia berpandangan sesama sendiri dengan Kyo. Kyo hanya menggelengkan kepalanya. Lani membuang pandang arah Ash. Mereka bertentangan mata.
Ash melihat Lani dan melepaskan dengusan halus. Sebelum itu, dilihatnya Mynn yang sudah berpaling sambil menutup kepala dan snapbacknya dengan hoodie tiba-tiba membuatkan hatinya pedih. Apatah lagi melihat Lani yang hanya memandang tajam arahnya sebelum berpusing menuju ke pintu keluar. Lelaki yang berdiri disebelah Lani tadi hanya menggelengkan kepala dan menuruti dua wanita itu keluar.
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Romance#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...