18

1.1K 51 2
                                    

Ash duduk di beranda biliknya, masih berfikir mahu meneruskan perkhawinan itu atau tidak. Emel yang diterima dari Natasha dua hari lalu yang mengatakan dia kini berada di Australia bermain di fikirannya. Panggilan adiknya tidak diendahkan.

"Woii! Berapa kali nak panggil ni.!" Adel memarahi abangnya. Dipanggil namun tidak menyahut. Sibuk sangat berkhayal.

Ash mendengus.

"Kenapa?"

"Kenapa abang tanya? Bersiap cepatlah, kejap lagi nak bertolak dah. Tok kadi tu mana boleh tunggu lama." Jawab Adel. Selendangnya dibetulkan.

"Nak pakaikan abang BB Cream lagi ingat senang ke?" Bebelnya. Ash mencebik. Dia berdiri dari kerusinya. Tekad meneruskan juga rancangan kahwinnya walaupun dia tidak rela. Entah kenapa dia hanya mengikut sahaja.

Baju Melayu berwarna cream cair terletak elok ditubuhnya yang sememangnya sado, maklum pemain basketball. Adel dan Datin Farida menolongnya memakaikan tengkolok dan juga samping. Badariah pula membetulkan kedudukan keris dan aksesori lain.

"Ash, opah nak kata sikit ni sebelum kita bertolak." Datin Farida bersuara sebaik sahaja melihat cucunya selesai bersiap.

Adel dan Badariah hanya tersenyum arah Ash sebelum meninggalkan opah dan cucu itu berbicara dari hati ke hati. Bila bunyi lintu tertutup kedengaran, Datin Farida senyum kearah Ash. Ash buat muka toyo.

"Ash. Opah tahu kamu tak suka dengan majlis ni, dengan plan opah nak kahwinkan kamu dengan kawan opah tu. Tapi percayalah opah hanya mahu kamu bahagia dan gembira."

"Opah nak Ash bahagia dan gembira? Tapi opah tak amik tahu apa yang Ash suka atau tidak? Ash jujur, Ash tak sukakan perkhawinan ni." Celah Ash.

"Tapi kenapa Ash tak larikan diri je? Sebab Ash takut opah marah? Takut opah malu?"

Ash mengangguk. Jujur, itu yang dia takutkan. Takut menyakitkan hati orang yang dia sayang.

"Sayang ek kat opah? Elehh badan sado hati tisu. Mendee lah." Ejek Datin Farida. Ash membulatkan matanya bila mendengar kata-kata opahnya. Cinabeng punya opah.

"Ash. Dengar sini, apa yang opah buat ni, 100% untuk kebaikan kamu walaupun kamu rasa terpaksa. Tapi percayalah kamu akan berterima kasih dengan opah nanti. Kawan opah ni opah tahu kamu tak jumpa lagi kan dengan dia? Ni opah nak bagi tips." Darin Farida buat muka seronok. Ash meluat. Tak habis-habis nak 'jual' kawan dia tu.

"Kawan opah ni orangnya cam ni, dia happy tapi dia sedih, dia ketawa tapi dia menangis, dia senang tapi dia susah, dia sihat tapi dia sakit dan paling penting dia jahat tapi dia baik. Okeyy? Dah jum bertolak. " Habis Datin Farida berkata, dia menepuk bahu Ash dan melangkah keluar.

Ash menggaru janggut sejemputnya.  Berfikir 'tips' yang diberi oleh opahnya. Bukannya menyenangkan tambah sesak pula fikirannya.
.
.
.
Wajah Mynn kelihatan berseri walaupun mekapnya tidak terlalu tebal. Dia memilih Transparent Look untuk mekapnya. MUA nya juga diimport khas dari Labuan, siapa lagi kalau bukan Puan Layla Aileen! Didalam biliknya hanya dibenarkan BFFnya sahaja masuk. Riuh bilik mereka dengan gelak tawa milik The Nohs bermain dengan makcik-makcik yang lain.

"Wei Lay, kenapa muka copy paste muka engko budak dua ni?" Soal Seri. Digomolnya si kembar sepuas hati. Selama ni hanya nampak dekat IG story kawannya sahaja.

"Comelkan kalau muka aku, kalau ikut muka bapa dorang, karang jadi tall, dark & handsome bak kata YB KJ tu, aku juga yang susah layan peminat-peminat dorang nanti." Jawab Lay sambil memakaikan mascara pada Mynn.

"Habis tu kalau copy muka kau tak jadi ke?"

"Ikut muka aku, jadi Acai lerr jawabnya! Hahahahahaah." Lay ketawa kuat.

"Bongok detected." Kata Mynn. Lani ketawa.

"Lani punya anak yang aku curious nanti. Nak tengok opppaa!" Celah Mynn sambil melirik nakal arah Lani.

"Kau nak kahwin ke tak harini? Kalau taknak, aku boleh bawak kau tengok oppa." Ugut Lani. Mynn sengih nakal.

Mereka berbual menunggu masa. Sambil berselfie, masing-masing sibuk update Socmed sendiri. Mynn pun turut serta update socmed dan status Whatsappnya.
.
.
Ash yang kini didepan permukaan pagar rumah milik Mynn Zaryn, bakal isterinya yang masih penuh misteri baginya. 'Mynn Zaryn' yang dijumpa depan Al-Ikhwan dahulu pun sampai sekarang dia tidak nampak lagi. Paluan kompang kedengaran mengumumkan kedatangannya. Badariah mengengam tangan anak terunanya. Datin Farida menguntum senyum. Hanif juga senyum melihat sambutan pihak pengantin perempuan terhadap mereka. Dia menoleh arah anaknya dibelakang.

Jejak sahaja kakinya diperkarangan rumah, Ash berasa jiwa dan hatinya lain macam. Seakan sebaldi air sejuk menyimbah menenangkan hatinya yang sedang kacau. Dia berzikir dan membaca ayat-ayat Quran yang selalu menjadi amalannya semoga ditetapkan hatinya.

Majlis mereka berjalan lancar dengan penuh kesyukuran. Mynn mengenakan busana kurung pahang kuning pastel dihiasi dengan veil panjang warna cream terletak indah diatas sanggul rambutnya. Mukanya sengaja ditutup dengan purdah nipis ala-ala Princess Jasmine dalam cerita Aladdin.

Mata Ash melilau melihat tetamu yang hadir. Kebanyakannya semua terdiri daripada keluarga & kenalan mereka sahaja. Beberapa wakil dari Al-Ikhwan juga turut kelihatan.  Suasana rumah Mynn Zaryn di scan perlahan namun matanya terhenti bila matanya terlihat gambar keluarga di dinding. Bagaikan tidak percaya, dia menoleh ke arah Datin Farida dan Adel. Mereka hanya senyum arahnya. Ash memandang kembali ke arah keluarga pihak perempuan. Kelihatan para "Mynn Zaryn" yang dilihatnya dahulu di condo bakal isterinya sedang duduk bersimpuh disebelah pengantin perempuan.

"Dah ready ke ni pengantin lelaki dia ni? Takyah la kamu lihat kiri kanan bagai, ada je sana pengantin perempuan kamu tu. Takde nak lari pun dia tu." Usik Tok Imran, tok kadi yang bertugas di kawasan mereka.

Ash hanya mampu senyum malu diusik. Bukan apa dia masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Betul atau tidak? Takut matanya tertipu.

Majlis berjalan dengan lancar dan tenang. Mynn Zaryn sah bergelar isteri dengan dua kali lafaz. Datin Farida dan Puan Elly berpelukan sebaik sahaja para saksi dan Tok Imran bersalaman dengan Ash dan wali.

"Tahniah Mynn. Selamat menjalani kehidupan sebagai isteri." Ucap Lani kepada Mynn yang bertugas sebagai pengapitnya.

"Alhamdullilah Lani. Thank you tuk korang juga sebab banyak tolong aku." Ujar Mynn. Lani angguk sambil senyum. Dia beransur ke belakang memberi laluan kepada Ash yang berjalan perlahan menuju kearah pengantin perempuan untuk acara seterusnya.

Ash menghampiri isterinya dengan hati yang berdebar-debar. Rantai tangan emas yang mempunyai charms huruf M & A ditatap Ash.

Ditarik nafas panjang dan dia melihat arah isterinya yang duduk diatas kerusi berhias.

"Assalamualaikum." Ucapnya.

Mynn mengangkat muka. Dia mengukir senyuman disebalik niqab nipisnya. Dia menghulurkan tangannya bila Ash menunjukkan rantai tangan tadi.

"Waalaikumussalam Mr. Captain baby monkey." Jawab Mynn sebaik sahaja Ash memakaikannya rantai tangan sebagai mas kahwinnya.

Ash terkedu. Dia kenal suara itu. Dia tahu namanya itu. Riuh makcik-makcik yang berkumpul meminta dia membuka niqab nipis yang menutupi separuh wajah isterinya. Bergetar tangannya mahu membuka.

Terbuka sahaja niqab milik isterinya, pelbagai perasaan datang padanya. Dihulurkan tangannya untuk menyalami Mynn. Sejuk tangan Mynn menyambut dan mencium.

"Selamat berkenalan Mr. Captain, suamiku Adam Ashraf. Saya Mynn Zaryn, Ms. Chameleon, isteri awak." Ucap Mynn sambil kenyit matanya nakal.

"Youuuu cheeky girl!" Itu sahaja yang mampu Ash luahkan kerana mereka sudah diasak untuk mengambil gambar bersama ahli keluarga & tetamu VIP mereka.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now