27

1.1K 38 3
                                    

Lay dan Chan melangkah keluar dengan senyuman tidak bersalah. Xia yang baru sampai dengan motorsikal turut ketawa melihat gelagat mereka berdua.

"Apalah korang. Saja kan buat aku cemas. Kang terberanak jugak aku kat kereta ni." Acah Mynn. Dia berpelukan dengan Lay. Lama tidak bersua muka dengan soul sister dia yang seorang ni.

"Nak bagi surprise kot. Sekali aku dengan Chan yang surpise bila cermin kena ketuk oleh Xia." Ujar Lay.

Mereka ketawa serentak. Xia dan Chan berpelukan. Old comrades! Erza senyum melihat mereka berdua. Tidak dinafikan dia juga rindu dengan comrades dia dahulu. Dia, Xia, Chan dan Kyo.

"Kau dah renew visa kau ke Chan?" Soal Erza dalam bahasa Jepun. Chan menoleh arah Erza sambil angguk pantas.

"Kau takut ek dengan Erza." Usik Mynn. Chan garu kepala. Selain Kyo, Erza lah paling digeruni olehnya.

"Sekuat mana pun, takkan boleh menang dengan Erza dan Kyo." Akui Chan. Mereka ketawa lagi. Erza menggeleng.

"Okey dah jom masuk. Later kita buat sesi tukar khabar. Sekarang ni anak-anak Al-Ikhwan tengah tunggu kita." Kata Puan Elly menyedarkan mereka.

Mynn dan Lay jalan beriringan. Puan Elly pula mendahului mereka. Manakala Xia, Chan dan Erza pula jalan mengirimgi dari kiri kanan dan belakang mereka.

Bunyian kompang mengiringi mereka masuk ke dalam dewan. Malu pula Mynn bila disambut sedemikian rupa. Terlupa yang dia sebenarnya figura besar bagi Al-Ikhwan dan Yayasan Raudhah.

Suraya dan Alisa mencebik. Buat muka annoying melihat Mynn Zaryn yang melangkah masuk bersama ketibaan VIP yang lain.

"Tengok tu. Dia datang seorang je. Takde Captain Ash. Memang rumahtangga dia tengah bergolak ni. Aku yakin." Bisik Suraya arah Alisa. Alisa pula angguk sahaja.

"Nak masuk bulan puasa ni masih nak mengumpat ke?" Tegur Farid didepan mereka. Suraya dan Alisa berdiri tegak bila ditegur oleh Farid.

Acara dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh ustaz jemputan. Seterusnya diikuti dengan tazkirah sempena bulan Ramadhan. Barulah mereka memulakan bacaan doa selamat dan diikuti dengan persembahan nasyid anak-anak Al-Ikhwan.

Pelbagai juadah juga terhidang membuatkan Mynn tidak sabar mahu menikmati. Hidungnya terhidu bau ayam golek, nasi briyani dan kek juga membuatkan dia terliur.
.
.
Ash melihat keliling mart. Tengah berfikir apa yang mahu dimakannya. Bingung sendiri difikir kembali. Dilihat dalam cart didepannya. Semuanya dipenuhi dengan makanan kegemaran Mynn sebenarnya.

Dua hari lalu, dia ke hospital untuk medical check-up. Bebrapa bulan ni dia masih berasa loya bila masuk ke dapur dan sering kali muntah-muntah. Namun doktor juga tidak dapat detect apa sebenarnya terjadi dengannya.

Dia terpandang nenas. Teringat pajeri nenas. Pantas tangannya mencapai nenas. Dicari serbuk kari. Senang sahaja dicari bila masuk ke mart yang memang menjual barangan dari Asia.

Badariah melihat cart yang ditolak oleh anaknya. Dia memandang Ash pelik.

"Sejak bila anak ibu ni suka makan nenas?" Soalnya. Ash hanya angkat bahu. Ayahnya yang turut bersama ketika itu hanya memandang Ash dengan pandangan kosong.

"Nanti ibu masakkan pajeri nenas okey. Oh dengan Mee Kari sekali." Pinta Ash. Sudah terbayang di kepalanya dua juadah tadi buatkan dia terliur.

"Lepas tu kena hantar ke hotel?"

Ash angguk. Ayahnya menggeleng. Tu lah buat dosa kat bini dulu, rasa lah engko seksa mengidam ni, desis hati Hanif.

"Ye lah. Nanti ibu minta Natasha hantarkan kat Ash." Kata Badariah. Hanif kembali menggeleng.

"Ayah ni dari tadi Ash nampak menggeleng je. Asal?"

"Sahaja nak geleng. Selama ni angguk je. Nak juga rasa geleng tu macam mana." Hanif menjawab. Sebenarnya menyindir isterinya sendiri. Selama ni, dia angguk sahaja apa permintaan isterinya. Dah angguk, lain pula kejadiannya sekarang. Anak menantu terpisah, nasib si bakal cucu pula jadi mangsa.

Ash diam. Sejak dia berpisah dengan Mynn, dia perasan ayahnya kurang berbual dengannya. Apatah lagi mahu melihat dia beraksi di gelanggang. Namun dia diamkan sahaja. Takut ditegur ayahnya, dia pula kena paksa balik Malaysia.

Hanif menjeling arah Ash yang berjalan melaluinya. Duhailah anak, bini kau tengah sarat ni. Kau kat sini dengan ego kau. Masuk dalam permainan ibu dan Natasha, bisik hati tua Hanif lagi. Dilihat arah isterinya, dia yakin Badariah juga tidak tahu dengan berita kehamilan Mynn.

Tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon. Adel! Badariah terhenti bila mendengar Hanif menjawab panggilan.

"Okey ayah balik." Pendek jawapan Hanif dan mematikan panggilan. Badariah pelik lalu bertanya.

"Ada hal dekat Malaysia. Abang balik Malaysia. Awak nak ikut?" Soal Hanif. Ash hanya mendengar.

"Taknaklah. Ni dah beli barang banyak macam ni. Rugi je." Alih Badariah. Sengaja cipta alasan.

"Ash?" Soalnya. Sahaja mahu melihat reaksi anaknya.

Ash menggeleng laju. Balik Malaysia ialah benda terakhir dia akan buat dikemudian hari. Hanif hanya lepas keluhan panjang.

"Okey. Dah tanya kan. Dua-dua tak nak ikut. Gerak dulu lah. Take care korang dua." Pesan Hanif. Dia berlalu pergi setelah transfer sejumlah belanja buat Badariah dan Ash.

"Ayah. Ada hal apa? Opah tak sihat ke?" Soal Ash sebelum Hanif melangkah lebih jauh.

"Opah sihat. Adel pun sihat. Cuma hal mengenai syarikat yang atas nama Ash je. Kau tak nak balik so ayahlah yang kena balik tengok. Adel tak dapat handle benda tu." Ujar Hanif dan terus meninggalkan mereka berdua terpinga.

"Bila masa Ash ada company sendiri?" Soal Ash pada ibunya. Badariah pun menggeleng kepala. Tiada pula Hanif bercerita mengenai syarikat yang dimaksudkan oleh suaminya sebelum ini.

Hanif pantas mengorak langkah. Dia memesan teksi dan kembali ke rumah Ash untuk mengambil bagasinya dan terus ke lapangan terbang untuk kembali ke Malaysia. Sepanjang dalam penerbangan, hatinya sentiasa mendoakan keselamatan Mynn. Terngiang suara cemas Adel tadi dalam kepalanya.

"Ayah. Balik. Kak Mynn masuk wad." Ringkas namun mampu buat hati tuanya gementar. Allah, kau lindungilah menantu dan bakal cucuku ya Allah. Permudahkan dia. Doanya dalam hati.
.
.
Puan Elly, Erza dan Lay menunggu diruangan menunggu labour room. Belum hilang perasan panik dan cemas dihati mereka bila Mynn tiba-tiba rebah. Nasiblah Chan dan Xia sempat menyambutnya.

Air ketubannya pula pecah ketika mereka dalam perjalanan ke hospital. Doktor Fatin yang memang menunggu kedatangan mereka menyambut mereka di pintu kecemasan.

"Tolong doktor. Tolong." Pinta Puan Elly cemas. Doktor Fatin senyum dan menepuk bahu Puan Elly. Mynn dibawa masuk untuk pemeriksaan dan tidak lama kemudian dibawa masuk ke labour room.

Kedengaran derap kaki menghampiri mereka. Erza menoleh dan kelihatan Adel dan Datin Farida berjalan pantas. Erza menyambut tangan Datin Farida yang kelihatan panik.

"Its okey Datin opah. Mynn will be okey." Pujuk Erza. Lay juga turut memeluk Datin Farida. Adel duduk disebelah Puan Elly.

Mereka menunggu dengan sabar dan tidak putus doa dan zikir buat Mynn Zaryn. Chan dan Xia pula tidak kelihatan sebaik sahaja menghantar Mynn ke hospital. Ada benda mahu diselesaikan kata mereka kepada Erza dan kembali ke Al-Ikhwan.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now