38

1.2K 42 3
                                    

Natasha berjalan dengan penuh yakin memasuki bangunan Grand. Dia baru sahaja kembali ke tanah air sejak dua hari lalu.

"Cik, boleh saya bantu?" Sopan pertanyaan pekerja yang bertugas di meja informasi. Natasha buat muka gedik.

"Ash ada?" Soal Natasha. Dia menjeling nametag pekerja di depannya. Maisara.

"Maaf Cik. Nak tanya kalau Cik ada buat appointment tak?" Tanya Maisara lagi. Natasha menjeling, banyak pula soal budak ni.

"Hei, takkan nak jumpa kekasih hati sendiri pun nak kena ada appointment?" Marah Natasha. Maisara tersentak.

"Oh maafkan saya Dr. Mynn. Kejap saya inform dengan PA Tuan Adam." Pantas Maisara menekan interkom untuk memaklumkan.

Belum sempat Maisarah memaklumkan, interkomnya dimatikan oleh seseorang. Maisara terkejut dengan tindakan seorang lagi wanita didepannya. Natasha berpaling melihat siapa yang berani berbuat demikian. Bukan main terkejut dirinya bila terlihat Mynn dan Hany berdiri dibelakangnya.

"Miss. Sorry for the interuption just now. She is not Dr. Mynn. This one is Dr. Mynn. Oh correction, Professor Dr. Mynn. " Jelas Hany sambil membetulkan sunglassesnya dan menjuihkan bibirnya arah seorang lagi wanita yang baru sampai. Maisara kebingungan. Mana satu isteri Boss dia sekarang ni?

Natasha dan Mynn memandang satu sama lain. Mynn memandangnya dari atas sampai bawah. Tiba-tiba terdengar suara Hany terkekek ketawa di sebelah Mynn.

"Fake!" Kata Hany sambil menunjuk arah Natasha. Natasha membulatkan matanya. Dia tunduk memandang arah yang di tunjukkan oleh Hany.

"Apa yang fake? Kau jangan nak fitnah ek." Marah Natasha. Dia memeluk tubuhnya. Mynn senyum sinis.

"Apa? Aku cakap kau yang fake. Oppss, yang tu fake ke?" Serkap Hany. Dia ketawa kecil. Kedengaran agak annoying di telinga Natasha. Mynn menggeleng tanpa respon.

Bab-bab serkap jarang ni memang makanan Hany. Kejap lagi keluar lah perangai loyar buruk dia. Mynn meminta Maisara memaklumkan terus pada Ash mengenai kedatangannya.

"Asal aku pula yang fake? Aku perempuan tulen okey." Balas Natasha. Berang pula dituduh seperti itu.

"Aku tak cakap pun kau tulen ke tak. Aku just cakap kau fake. Well elaboration tu kau sendiri yang buat." Kata Hany. Natasha cuba menampar Hany. Sakit hatinya mendengar Hany memerlinya.

Namun penamparnya tidak kesampaian bila tangannya dihalang oleh Hany. Hany merenung tajam tepat pada mata Natasha.

"Jangan berani nak naik tangan kaki kat aku. Aku ni lain spesis dari budak sebelah ni. Kena kat dia, maybe kau akan kena balik tapi kemudian hari lah. Tapi kena kat aku, yang mati hidup kembali ni, aku nasihatkan jangan. Aku balas dua kali lebih dari aku dapat, on the spot namun perlahan-lahan." Bisik Hany di telinga Natasha. Dia membuang tangan Natasha bila Mynn menepuk bahunya. Natasha terdiam mendengar amaran Hany.

"Cehh. Ingatkan lawa sangat. Dahlah fake. Ada hati nak jadi authentic." Sindir Hany dan berlalu mengikut Mynn. Natasha menoleh pantas.

Mynn memberi pandangan mengejek arah Natasha. Sengaja dia berjalan menghentakkan kakinya dengan ankle boots hitam miliknya. Natasha mendengus. Dia berjalan lantas mengikuti Mynn dan Hany naik ke atas untuk berjumpa dengan Ash. Kepalanya sudah berfikir pelbagai plan untuk mengenakan Mynn.

Sebaik sahaja lif sampai dan terbuka, Natasha cepat-cepat keluar dari lif malah sengaja melanggar bahu Mynn ketika keluar. Sepantas itu juga Hany menarik rambut panjang milik Natasha dan menolaknya kembali masuk ke dalam lif. Mynn pula menekan butang basement dan cepat menekan butang tutup. Maka terturunlah Natasha kembali kerana jatuh terduduk bila ditolak oleh Hany tadi.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now