Mynn fokus dengan fail-fail didepannya. Banyak projek yang memerlukan perhatiannya sekian lama dia cuti bersalin dan disambung lagi beberapa bulan. Officenya kini juga turut dihiasi dengan barangan milik Myrza yang turut dibawanya ke office.
Dia lebih senang melihat dan menjaga Myrza sendiri berbanding menghantarnya ke pusat asuhan. Lagipun warga Yayasan sentiasa membantunya mengasuh Myrza jika dia menghadiri mesyuarat atau bertemu klien.
Terlihat Myrza yang kini sudah pandai berdiri sendiri. Mynn senyum sendiri melihat baby sharknya yang gigih.
"Bro, usaha tangga kejayaan bro. Tapi slowly okey." Kata Mynn sambil berdiri menghampiri Myrza. Myrza menghentakkan kakinya tanda senang mendengar suara mamanya. Kebiasaan Mynn sejak dari Myrza lahir lagi dia menggunakan tone friendly bila bergurau.
Myrza ketawa bila diagah-agah oleh mamanya yang semakin menghampirinya. Dia mulai melangkah perlahan-lahan. Mynn bertepuk tangan bila melihat pencapaian anaknya. Secepatnya disambut tubuh montel Myrza bila dilihatnya Myrza seakan terhuyung-hayang.
"Wooww, tak lama lagi ada orang dapat kaki ni. Makin penatlah mama nanti kejar budak kecik ni." Katanya sambil menghadiahkan ciuman bertalu-talu dimuka Myrza. Sampai keluar pintu kedengaran gelak tawa mereka berdua.
Erza membuka pintu pejabat Mynn sedikit kerana ingin tahu apa yang membuatkan Mynn dan Myrza terlalu seronok ketawa berdua. Dia hanya senyum dan kembali menutup pintu bila melihat Mynn dan Myrza bergurau.
.
.
"Ibu. Ash pergi class dulu." Jerit Ash kelam kabut meninggalkan rumahnya. Badariah berlari anak dengan membawa paperbag bekalan untuk Ash."Nah. Brunch tuk Ash. Hati-hati." Pesan Badariah. Tangan disalami dan sekelip mata Ash hilang dari pandangannya.
Ash berjalan pantas dan terus memecut ke tempat pengajiannya. Kini dia sepenuhnya menumpukan perhatian dalam pelajarannya sejak dia off-season.
Berkali-kali opahnya menyuruhnya balik ke Malaysia, dia berkeras tidak mahu kembali. Bila opahnya menyentuh mengenai Mynn sahaja, dia terus mematikan panggilan.
Baginya cukuplah sekali dia kalah dengan pujukan opahnya dulu. Ketika mahu dia berkahwin dengan Mynn. Sudah setahun setengah dia tidak mendengar khabar mengenai Mynn.
Awal dahulu, dia sering google nama Mynn ataupun Yayasan untuk mengetahui hal Mynn. Namun yang keluar hanyalah berita mengenai projek-projek Yayasan dan berita perkhawinan mereka sahaja. Berita paparazi mengenai rumahtangga mereka dahulu juga tidak sudah dijumpainya.
Dalam kelas kali ini Ash betul-betul tidak dapat menumpukan perhatian seperti selalu. Teringat masa raya beberapa bulan lalu. Dia seorang sahaja beraya tanpa Badariah ataupun Hanif. Adel juga tidak mahu keluar negara jika opahnya tidak mahu. Badariah dan Hanif pula beraya di kota Mekah. Adel berkata dia akan menyesal kalau tidak balik Malaysia dalam masa terdekat ni.
Ash mendengus kasar. Balik dulu pun menyesal, nak balik lagi buat apa? Bisiknya sendiri dalam hati. Kelas selama 2 jam setengah tu hanya dipenuhi dengan memikirkan masalahnya sahaja.
.
.
Mynn menoleh bila terdengar pintunya diketuk. Terlihat Erza masuk diikuti dengan Suraya dari Al-Ikhwan. Perlahan dia meletakkan Myrza didalam katilnya. Suraya melihat sekilas pandang arah Myrza yang nyenyak tidur. Terserlah wajah Ash diwajah bayi comel itu."Kita pergi bilik meeting. Erza, tolong tengok jap okey." Pinta Mynn. Erza hanya angguk.
Mynn berlalu keluar menuju bilik meeting kecil dihadapan biliknya. Suraya mengekorinya dari belakang.
"Dengar kata awak nak letak jawatan?" Mynn berterus terang sebaik sahaja mereka duduk dalam bilik mesyurat.
Suraya angkat muka. Melihat wajah bossnya yang berdepan dengannya. Semakin cantik sejak bergelar ibu. Dia mengangguk perlahan bila Mynn mengangkat keningnya.
"Haah. Saya nak letak jawatan." Dia akhirnya membuka mulut.
"Kenapa?"
Suraya mengetap bibirnya. Teragak dia mahu berkata. Jari-jemarinya dimainkan sendiri. Mynn melihat bahasa tubuh Suraya.
"Actually saya nak cakap dengan awak ni, kesalahan awak saya maafkan. Tu je." Kata Mynn bila Suraya dilihatnya seperti tidak mahu bersuara.
Suraya memandangnya dengan riak terkejut.
"I know what have you done. Saya maafkan awak. My sister's friend dah take down gambar yang awak share dekat wartawan or sesiapa yang berkaitan." Kata Mynn lagi.
"Sister? Siapa Puan? Cik Hany ke Cik Lani?" Soal Suraya. Gerun seketika. Terlihat Mynn senyum.
"Awak takut mereka berdua ek?" Soal Mynn. Suraya angguk. Kedua kawan Mynn itu memang ditakutinya.
"Mereka dua awak takut, saya ni awak tak takut pula?"
"Puan lemah lembut. Tak macam dua kawan Puan tu. Gerun saya tengok, Dua-dua weirdo." Jawab Suraya perlahan. Mynn ketawa kecil.
"Actually kami semua weirdo. Freak. Just different genre je. Well saya tanya balik ni, awak betul ni nak resign?" Seloroh Mynn. Suraya telan liur.
Sebaik mendengar jawapan Mynn yang mengatakan mereka sekawan weirdos, dia teringat kisah Ash cuba mencari Mynn di Al-Ikhwan dahulu. Kisah Minah Zarina yang menjadi kisah legenda di Al-Ikhwan. Sekurang-kurangnya terbukti juga Mynn Zaryn ni bukan sembarang orang.
"Puan cintakan suami Puan tak?" Soalan mengejut dari Suraya membuatkan Mynn terhenti menggaru kepalanya. Senyuman dari Mynn tadi juga terus hilang. Suraya gugup.
"My captain baby monkey? Of course. I love him so much." Luah Mynn menjawab soalan pekerjanya. Pelik juga bila disoal begitu. Kelihatan Suraya mengeluh.
Suraya melihat atas meja. Tersedia kertas A4 dan dipinjamnya pen dari Mynn. Ditulis sesuatu diatas kertas putih tadi. Lalu diserahkan kepada Mynn. Mynn menyambutnya dengan kerutan di dahi.
"Pergi tempat tu. Siasat siapa orang tu. Rasanya kalau bukan sekarang maybe in the future kot boleh bantu Puan." Kata Suraya. Mynn masih kebinggungan. Suraya bangun dari kerusinya. Dia berlalu keluar.
"Ahh Puan. Tak jadilah saya nak resign. Saya nak ambil cuti je beberapa hari. Nak betulkan kembali niat saya dan pulih kembali kepala otak dan hati saya ni." Kata Suraya. Mynn mengangguk dan menghadiahkan senyuman pada Suraya.
Langkah Suraya dihantar melalui pandangan mata sahaja. Dia kembali menumpukan perhatian pada kertas tadi. Sebaris nama dan alamat.
"Iqbal Zuhri." Mynn menyebut sebaris nama yang tertulis diatas kertas tadi. Dia mengangguk sahaja lalu kertas tadi dilipat dan diselit dalam organizer miliknya.
"Mynn!" Kedengaran suara seseorang kelam-kabut memanggilnya dari luar. Mynn segera berlari keluar.
"Kenapa? Myrza nangis ke?" Soal Mynn bila bertembung dengan seseorang yang disangkanya Erza. Terkejut dia bila melihat didepannya.
Seri dan Lay! Kedua mereka menunjukkan muka mahu menangis. What happen? Erza keluar dari biliknya sambil mendukung Myrza yang nyenyak tidur. Dipandang kembali wajah Seri dan Lay. Sekarang ni dia pelik. Lay? Di KL?
Dia menarik mereka berdua masuk kedalam pejabatnya sambil mendukung Myrza dari Erza. Dia mendodoikan Myrza dan kembali meletakkan Myrza dalam katilnya.
"What are you doing in KL?" Soalnya arah Lay. Sesungguhnya dia terkejut melihat Lay ditanah Semenanjung. Lay selalunya berada didepan matanya jika dia menghadiri kursus ataupun ada majlis yang penting yang perlu dihadirinya.
"Because of this. You didnt join the video call last night. Are you sleep early?" Soal Lay. Fully English. Mynn terkejut sebaik sahaja melihat apa yang ditunjukkan arahnya.
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Romance#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...