23

1.1K 40 2
                                    

Mynn duduk termenung. Segalanya serba salah dibuatnya. Yayasan dan Al-Ikhwan sudah seminggu dua tidak dijejakinya. Condonya juga kini dalam proses dijual. Puan Elly berkeras tidak mahu menjual namun apakan dayanya. Personaliti Mynn sangat difahaminya.

Mynn duduk melepak bersama tiga ekor kesayangannya. Happy duduk ditepinya, Carla dan Lily pula sibuk membersihkan bulunya.

"Lily. Meow meow." Panggil Mynn pada kucingnya.

"Wei. Kau panggil kucing kau tu macam kau panggil aku tau tak." Celah Lily yang duduk dibelakangnya. Mynn menoleh. Dia ketawa mendengar.

"Alah kebetulan sama nama kau dengan kucing dalam cerita Fairy Tail tu. Anggap je la aku bagi dia nama sebab rindu kat kau." Balas Mynn selamba.

Lily senyum. Dia lega. Mynn kuat. Biarpun didalam mereka tidak tahu apa yang dirasa Mynn, asalkan dia mahu bercakap, makan minum, bergurau senda seperti biasa. Itu sudah mencukupi.

"Mynn, kau jangan lupa makan vitamin kau harini ek. Aku dah nak gerak ni. Lily versi manusia, kau kata nak join aku sekali." Jerit Hany dari luar. Lily ketawa mendengar Hany.

"Yeee! Aku gerak jua ni. Kejaplah." Lily mencapai beg tangannya.

"Aku gerak dulu. Malam karang jumpa. Kejap lagi Seri dengan Lani sampai." Pamit Lily. Myn angguk. Dia melambai Lily dan Hany.

Dia bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang sangat baik. Susah senang bersamanya. Tangis tawa dikongsi. Puan Elly menjenguk anaknya yang masih leka bermain dengan kucing-kucingnya.

"Mynn. Doktor Fatin dah sampai dengan dorang Lani." Puan Elly memanggil.

"Wow. Cepatnya sampai."

"Kebetulan sampai sebelum Lily dan Hany keluar tadi. Sempat melambai je dari kereta mereka berdua." Kata Erza yang turut sama dengan Puan Elly.

Selama ketidakhadirannya di Yayasan dan Al-Ikhwan, Puan Elly, Erza dan Hany bersilih ganti mengisi kekosongannya. Lily, Seri dan Lani pula sudah seminggu duduk dirumahnya menemani mereka.

Darah rendah membuatkan Mynn sering pening dan lemah tidak mampu dia untuk ke klinik sendiri. Lani mengusahakan agar dia dapat check-up dengan Doktor Fatin pada minggu ini, dia sendiri menjemput Doktor Fatin datang ke rumah.

"Puan Mynn kena banyak rehat. Jangan stress. Makan pun perlu. Banyakkan makan kekacang, jus buah dan susu. Saya nasihatkan Puan kena makan dalam portion sedikit tapi kerap. " Nasihat Doktor Fatin.

Mynn angguk faham dan senyum. Lani dan Seri yang turut mendengar juga take nite dengan apa yang dikatakan oleh

"Culat saya macam mana doktor?" Soal Mynn.

Erza tersenyum bila terlihat Puan Elly, Lani dan Seri kebingunggan mendengar soalan Mynn.

"Culat? Apa tu?" Soal Lani pada Mynn.

"Eh, family tak tahu lagi ke?" Doktor Fatin kehairanan bila melihat reaksi mereka tercengang. Melihat Mynn menggeleng, dia pun turut menggeleng.

"Nakal Puan ni ek." Kata Doktor Fatin sambil melihat arah ahli keluarga Mynn.

"Saya nak check how's your culat doing good or not in her mom belly tapi I guess we have to go to clinic to get the ultrasound check." Sambungnya.

Ternganga Puan Elly, Lani dan Seri mendengar. Is it? Culat is a baby?

"Culat is my son nickname." Kata Mynn sambil membelai perutnya yang sudah menampakkan baby bumpnya.

"Mynn mengandung ke?" Soal Puan Elly excited. Lani dan Seri berpelukan gembira.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now