8

1.1K 49 0
                                    

Natasha menghembuskan asap rokoknya ke udara. Dihisap sekali lagi dan dihembus lagi. Sudah 3 batang rokok dihisapnya namun kepalanya masih belum clear dari memikirkan masalahnya.

Dilihatnya sekujur tubuh yang terbaring disudut rumah itu. Rumah usang di sebuah kampung. Sekujur tubuh yang lumpuh sebelah akibat serangan strok dahulu. Dia mendengus kasar bila terdengar suara dari pemilik tubuh itu.

"Kau ni asal tak mati je? Menyusahkan aku betullah." Natasha berdiri pantas dan menghampiri lelaki yang terbaring itu.

"Kalau kau mati, senang aku nak kahwin baru. Dengan cucu orang kaya sombong tu. Kau ni syukur tau aku ni masih baik hati nak pelihara kau ni. Kalau tak, lama dah aku simpan kau kat hospital sendiri." sambungnya lagi.

Lelaki yang terbaring tu tersentap hatinya mendengar ayat dari isteri kesayangannya. Mahu diluah apakan daya. Diterima sahaja layanan kasar si isteri kepadanya. Menangis pun tak guna, bukannya dibelas, mendapat makian adalah.
.
.
Mynn menyorong beberapa buah kotak yang memuatkan frame-frame gambarnya, buku-buku terbitan dan juga beberapa plat anugerah miliknya sehingga ke depan pintu. Dia senyum melihat pintu condo miliknya. Sudah beberapa hari, dia sibuk mengemas barangnya di rumah baru.

"Wuu home sweet home babies." katanya ceria sambil menepuk capsul bag yang dipegang, digendong dan dibelakangnya.

Meowww. Bunyi keluar dari beg-beg tadi. Mynn ketawa. Tapi kedengaran bunyi lif berbunyi bermakna jirannya sudah balik. Dia berpaling sebaik sahaja pintu lif terbuka. Terkejutnya bukan main bila yang keluar dari lif tadi ialah...

"Captain baby monkey!!" jeritnya. Terundur dia beberapa tapak.

Ash terkejut bila mendengar jeritan nama panggilannya. Dia angkat muka. Mynn yang berdiri didepannya dengan muka terkejut kelihatan comel. Degupan jantungnya pantas seketika.

Dia mengelap mukanya yang berpeluh. Baru balik dari joging di taman membuatkan dia agak kurang selesa berdepan dengan Mynn ketika ini. Mereka duduk didepan rumah Mynn berbual.

"So ini rumah boss kau ek? Kau tolong angkat barang dia. Kau nak aku tolong ke?" Ash menanya. Mynn angguk pantas. Sememangnya dia amat memerlukan pertolongan untuk menolongnya angkat kotak-kotak yang dibawanya tadi.

Tapikan kotak tu semua isi buku-buku. Larat ke mamat ni? Bisik hatinya.

"Tapi aku kena balik jap mandi. Busuk sangat aku ni. Karang boss kau marah pulak rumah dia ada lekat bau aku ni."

Mynn sniffing kearah Ash. Dia menggelengkan kepalanya. Busuk ke? Takde pun aku terhidu.

"Busuk ke? Takde pun aku terhidu. Kau pakai minyak wangi pi joging ke?" soalnya. Dia masih lagi menghidu sungguh-sungguh. Ash terkejut.

"Macam mana kau tahu? Kau tahu tak kau je lah cakap aku wangi lepas exercise. Opah aku cakap bau aku macam bau sampah wei."

"Lahh. Opah kau gurau lah bongok. Okey je pun aku hidu ni. Hidung aku ni jenis sensitif tau. Kalau busuk memang busuklah tu, tapi kalau wangi memang wangi lah." balas Mynn.

"Tahu gurau. Tapi manalah tahu kan memang busuk. Aku rasa bau aku ni manalah bau sangat. Biasa je." sokong Ash. Mynn ketawa mendengar.

"Dahlah, aku tolong angkat sampai ruang tamu okey kan? Kau tunggu kat luar ni, karang tak pasal kahwin free pulak." sambung Ash. Dia bangkit membuka pintu yang sudah dibuka kunci oleh Mynn tadi.

Diangkatnya satu-persatu kotak yang belum diangkat oleh Mynn tadi masuk ke dalam sehingga ke ruang tamu. Diperhati dekorasi rumah boss si Minah ni kononnya. Satu sudut dihias dengan rak yang dipenuhi dengan figurine Avengers dan Fairy Tail. Satu sudut lagi rak yang separuh penuh dengan buku-buku. Di beranda pula ada rak khas penuh dengan cactus dan succulent. Sebelahnya penuh dengan bunga carnation dan dwarf sunflower.

"Wei cantik rumah boss kau ni Minah. Bujang ke?" tanya Ash dari dalam. Mynn yang diluar bersama kucing-kucingnya senyum mendengar.

"Haah bujang trang tang tang. Kau nak kenal ke? Nama dia Mynn Zaryn Binti Anuar." Mynn membalas sekali memberi nama penuhnya kepada Ash.

"Cantik nama boss kau Minah. Iras-iras nama kau pun ada." terdengar lagi jawapan dari Ash.

Ash memerhati lagi keliling rumah itu. Dia ternampak sijil-sijil yang diframekan. Dilihatnya satu-persatu. Wow, professor rupanya. Dia angkat kening. Impressive! Selesai ronda kawasan, dia keluar dari rumah. Mynn berdiri dari duduknya.

"Aku dah letak semua kotak tu sana. Pandailah kau susunkan sendiri. Tapikan kenapa satu gambar pun takde boss kau ni." Ash menyoal. Dibetulkan kasut dikakinya.

Memanglah takde, semua gambar masih dalam kotak yang kau angkat tadi. Balas Mynn dalam hati.

"Okeylah. Aku balik dulu. Eh kejap, aku nak main dengan kucing jap."

Ash membelai kucing-kucing milik Mynn sebelum dia melambai dan kembali ke condonya yang terletak di sebelah kiri condo milik Mynn. Dia hembus nafas lega sebaik sahaja kelibat Ash hilang dibalik pintu.

"Jom masuk Happy, Carla and Lily!" pelawanya kepada kucing-kucing miliknya. Dinamakan sempena nama-nama kucing Exceed dalam Fairy Tail kesukaannya. Terbuka sahaja beg capsul mereka, kucing-kucingnya perlahan-lahan keluar dan menghidu dikeliling mereka. Mynn senyum melihat gelagat kucingnya.

"Mulai sekarang kita semua tinggal sini okey. Sorrylah lama korang stay kat hotel. Mummy allergic dengan bulu korang." katanya memeluk ketiga kucingnya.

Happy si kucing baka Golden Shaded BSH mulai berlari-lari. Sejenis yang playful. Carla pula kucing Scottish Double Fold berwarna putih ataupun lebih dikenali nickname kucing yang dalam Pussy in Boots pun mulai berlegar-legar meronda kawasan. Last sekali, Mynn memeluk Lily, si kucing hitam jenis Munchkin mix Parsi hadiah dari Erza dahulu. Dilepaskan kerana meronta mahu bermain dengan Happy dan Carla. Geram! Dia memulakan sesi mengemas plus gangguan bulus.

Satu persatu frame gambar dikeluarkan dari kotak yang diangkat oleh Ash tadi. Gambar arwah ayahnya diletakkan diatas meja makan bersama gambar dia dan mummy.

Dikeluarkan lagi satu frama yang agak besar saiznya. Ditenung lama gambar tersebut. Gambar dia dan soul sisters dia ketika majlis resepsi Lay dan Noh beberapa bulan lalu. Digelengkan kepalanya bila majlis tersebut sempat lagi orang yang die hard fan dengan Lay buat onar. Siapa lagi kalau bukan si Tuan Fizz tu. Boleh pula dia diikat jamin dulu. Mynn ketawa kecil bila teringat kembali hari kejadian tersebut. Free sahaja Lay buka bunga silat sebab dah geram sangat masa tu.

Ting tongg! Bell rumah miliknya berbunyi buatkan Mynn terkejut dari imbauan kenangan. Dia mendengus perlahan.

Dia berdiri dan menuju ke pintu. Lagi sekali dia terkejut bila abang foodpanda muncul depannya sambil menghulurkan plastik KFC.

"Maaf bang, saya tak order." tolak Mynn. Abang foodpanda tadi memandangnya sambil ketawa kecil.

"Note kat sini dah cakap saya kena bagi awak juga. Lepastu, note tu tulis lagi, 'saya belanja awak lunch harini. Terima je sebab saya tak dapat collect sendiri ni. Mungkin still in my bathroom - Ash'. Haaa sayankena bagi juga kat cik. Dah pesan macam tu." Kata abang foodpanda tadi panjang lebar. Ditunjukkan sekali pesanan yang ditinggalkan.

Mynn angguk pantas mengambil plastik yang dihulurkan tadi dan mengucapkan terima kasih pada abang foodpanda.

"Thank youu Captain Baby Monkeyy!!" jerit Mynn kuat. Tawakal je la suara dia sampai kat bathroom si Ash tu.

Dia masuk ke rumah dengan senyuman lebar. Alhamdullilah rezeki pindah rumah harini. Padan sangat sebab dia pun belum shopping barang dapur lagi.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now