46

1.5K 51 7
                                    

Myrza dan Ash melilau mencari present yang sesuai. Ash mengajak Myrza masuk ke kedai permainan. Bersinar mata Myrza melihat toys yang banyak bersusun di rak. Dia melepaskan pegangan Ash dan melihat satu-persatu permainan yang bersusun rapi.

"Choose anything you want. My treat." Ucap Ash. Lebar senyuman Myrza mendengar.

"Really?? Can I get more than one?" Soal Myrza. Ash mengangguk. Myrza menepuk tangan gembira mendengar.

Sambil-sambil memilih, Ash mengambil kesempatan berbual lagi dengan Myrza. Ingin mengorek lagi banyak mengenai kehidupan mereka selama ini.

"How many languages you learn?" Ash menyoal. Itu salah satu perkara yang dia ingin tahu dari dulu. Myrza memandangnya lama. Ash membiarkannya sahaja bila Myrza berfikir bila dilihatnya sekali Myrza menggaru hujung hidungnya.

Kini dia faham satu tabiat Myrza. Dia senyum. Memang sama dengan Mynn. Myrza memandang Ash kembali sambil bercakap beberapa bahasa didepannya. Ash ternganga mendengar Myrza bercakap.

"Wait. Tak kira lagi. Asal banyak sangat?" Ash cemas sendiri. Myrza ketawa riang. Sekali lagi Myrza bercakap dalam beberapa bahasa asing.

"7 languanges?!" Bulat mata Ash bila mengira bahasa yang dipelajari oleh Myrza.

"Mama kata Milza genius." Myrza show-off kelebihannya. Ash hanya mampu angguk sambil tunjuk ibu jarinya pada Myrza.

"Tak hairan sebab mama pun genius!" Kata Ash sambil memandang Myrza. Kepala Myrza diusap perlahan.

"Myrza belajar hari-hari ke?" Ash bertanya lagi. Myrza sibuk membelek beberapa koleksi Hotwheels hanya menggeleng menidakkan.

"Acik Seri, acik Lily, acik Lani, acik Hany and acik Lay hari-hari cakap dengan Milza lain-lain." Terang Myrza. Maksudnya setiap hari makcik-makcik kesayangannya akan berbual dengannya dalam bahasa berlainan.

"Yang Myrza belajar sendiri?"

"Ada dua. Gelman dengan Plench." Pelat Myrza buat Ash mengerutkan dahinya. Lama dia berfikir.

"Ohh. German dengan French." Ash menepuk dahinya sendiri. Dia ketawa mendengar pelat Myrza.

"Apa lagi yang Myrza belajar?" Soal Ash.

"Ermm, Milza main lawan-lawan dengan acik Lani. Lepas tu acik Hany selalu bawa Milza gi bengkel rumah minta teman. Lepas tu acik Seli bawa Milza main masak-masak. Acik Lily ajar Milza lukis-lukis. Acik Lay dengan abang-abang selalu bawa Milza gi senam." Panjang lebar jawapan Myrza.

Ash menjungkitkan keningnya. Unik cara Mynn memberi pelajaran awal pada Myrza. Dengan cara tersebut, Myrza tidak terasa seperti belajar sesuatu tapi akan merasakan dia sedang bermain. Genius Mynn Zaryn aka si Minah Zarina ni!

"Acik Ungsu selalu ajar Milza kira-kira. Best." Ujar Myrza lagi. Ash memandang Myrza. Dipandang lagi bakul kecil dipegangan Myrza.

"Aik, dah lama kita kat sini, kenapa ambil tiga je?" Hairan melihat bakul Myrza hanya memuatkan 3 sahaja permainan.

"Actually mama selalu belikan toys yang Milza suka untuk Milza. Tapi hari ni Milza lebih suka puzzles. So Milza amik puzzles."

Ash senyum mendengar Myrza. Anak kecil itu lagi suka benda yang mencabar mindanya. Dia hanya mengganguk. Mereka menuju ke kaunter untuk membayar puzzles Myrza.

Mereka menyambung kembali mencari present. Kali ini untuk Mynn. Ash membawa Myrza masuk ke dalam satu kedai.

"Mama suka apa?"

"Mama suka books, cats, Fairytale, sisters, Myrza and baby monkey." Jawab Myrza polos. Ash memandang arah Myrza. Dia duduk mencangkung depan Myrza.

"Siapa?" Soalnya kembali. Seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh Myrza. Myrza mengulang kembali apa yang dikatakannya sebentar tadi.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now