"Assalamualaikum. Datin opah ohh Datin opah." Jerit Mynn dari luar pintu utama. Sengaja menjerit memberi salam. Selalunya dia akan menelefon sahaja mengumumkan kedatangannya. Zuhri dan Kyo yang berdiri di belakangnya hanya mampu menggeleng melihat perangai luar biasa Mynn.
"See. Weirdo will always being a weirdo. Nasiblah Seri or Lily tak ikut tadi." Bisik Kyo pada Zuhri. Zuhri ketawa kecil. Mynn dilihat masih lagi menjerit memberi salam.
Bila pintu terkuak dari dalam, serta merta Mynn terdiam. Hilang terus keceriaan diwajahnya. Kelihatan kepala Ash dari pintu menjenguk keluar pintu.
"What are you trying to do Mynn? Tak reti buka pintu sendiri ke?" Soal Ash menggosok matanya. Rambutnya yang serabai menandakan dia baru sahaja bangun dari tidur. Mynn diam menjeling.
"This is not my house anymore since that 'fun' day." Jawab Mynn selamba. Ash terdiam mendengar. Mynn berdiri tegak di depan pintu sambil memeluk tubuhnya sendiri.
"Datin Farida ada? Saya nak jumpa." Kata Mynn. Ash sengih.
"Datin Farida? Tadi elok je aku dengar kau jerit panggil Datin opah. Tiba pulak tukar formal." Balas Ash. Zuhri dan Kyo berpandangan. Drama depan mata, tengok je lah. Mynn mengetap bibir geram. Hishh!
Aduhh! Ash mengadu kuat bila belakangnya ditepuk kuat oleh Datin Farida yang muncul dari belakang.
"Sakit lah opah." Adu Ash. Datin Farida menolaknya dari pintu.
"Menghalang perjalanan kau ni. Tepi sikit. Ni pintu umum bukan pintu kau sorang." Kata Datin Farida. Dia menyarung selipar dan menyambut Mynn di luar. Ash hanya memandang sambil cuba menggosok belakangnya yang masih pedih.
Barulah dia perasan ada dua lagi lelaki dibelakang Mynn. Seorang tu dia pernah lihat bersama Erza dan anak kecil dulu di hotel dulu. Yang seorang lagi asing baginya. Namun tetap segak dilihatnya.
"Mari kita pergi duduk belah sana. Nanti Adel hantarkan minuman. Kat sini ada lalat." Ucap Datin Farida sambil menunjuk arah Ash yang masih berdiri di muka pintu. Tercengang Ash bila dilabel sebagai lalat oleh opahnya sendiri.
Mereka berempat beralih ke pondok yang berdekatan dengan kolam ikan hiasan milik Adel. Ruangan baru siap dibina beberapa bulan lalu. Mynn melihat keliling ruangan yang penuh hijauan dan bunyi mini air terjun buatan. Tenangnya!
"Opah, ingat tak dulu opah ada request dengan Mynn pasal driver or PA? Ni Mynn nak kenalkan dengan opah." Kata Mynn terus terang. Zuhri menunduk hormat pada Datin Farida yang memandangnya dengan senyuman.
"Nama siapa?" Soal Datin Farida pada Zuhri. Kyo memandang arah Zuhri.
"Iqbal Zuhri, Datin." Jawab Zuhri sopan. Dia menyambut minuman yang dihulurkan oleh Adel yang baru sampai. Kyo dan Datin Farida turut menyambut minuman yang dihulurkan.
"Mynn?" Soal Mynn pada Adel.
"Ada lalat curi ditengah jalan tadi. Nanti Adel ambil yang baru untuk kak Mynn." Jawab Adel. Mynn mendengus. Datin Farida menjeling arah Ash yang berdiri tidak jauh dari mereka. Kyo menghulur gelasnya namun ditolak oleh Mynn.
"Ribena Myrza nak tak?" Bisik Adel. Mynn senyum angguk. Adel tunjuk isyarat ok dengan jarinya dan masuk ke dalam semula.
"Dah sihat sekarang?" Soal Datin Farida menyambung perbualan mereka.
"Alhamdullilah semakin baik Datin. Mereka semua jaga dan bantu saya dengan baik sekali." Jawab Zuhri. Dia masih segan dengan figura didepannya. Dulu memang impiannya berkerja dibawah Grand naungan Datin Farida namun kecelakaan yang dihadapinya beberapa tahun lalu membantutkan impiannya.
"Panggil opah je macam mereka ni. Lagipun awak nanti kerja dengan saya je bukan dengan orang lain." Kata Datin Farida dengan senyuman. Zuhri angguk sahaja. Ash berkerut mendengar kata-kata opahnya.
"Don't you dare touch him, Ash." Warning Datin Farida pada Ash dibelakangnya. Dia menoleh ke belakang. Ash mengangguk pantas. Ciss, punah harapan nak gunakan Zuhri.
Adel kembali dari dapur membawa beberapa botol Ribena milik Myrza yang sengaja dibuat stok dan memberikannya pada Mynn. Namun sejak Ash kembali ke rumah itu, Myrza tidak pernah lagi kesini. Terpaksalah dia dan opahnya ke Soul Village atau rumah Puan Elly untuk melepaskan rindu dengan si baby shark.
"Selain driver dan PA saya, awak maklumkan sebab awak kerja dengan saya?" Bisik Datin Farida pada Zuhri. Kyo memerhati gelagat Ash yang cuba mendengar perbualan namun sia-sia sebab terhalang oleh Adel.
Buat seketika hilang senyuman di wajah Zuhri dan memandang tajam arah Ash sebelum menjawab soalan Datin Farida.
"Saya faham dan maklum pasal benda tu. Saya sedia membantu. Saya tidak mampu membalas budi dan wang ringgit yang digunakan pada saya sehingga sembuh dari accident dulu, anggaplah ini sebagai cara saya membalasnya kembali. Natasha, biar saya sendiri yang halang semua rancangannya." Jawab Zuhri berbisik juga pada Datin Farida. Mynn memandang Zuhri dengan pandangan mengharap. Dia sangat mengharap Zuhri dapat membantunya membalas kembali perbuatan Natasha.
"Saya harap awak ikhlas membantu Mynn tanpa paksaan. Kalau awak rasa awak terpaksa buat homework Mynn ni, awak cakap je terus terang. Saya maklumkan dengan Mynn supaya dia boleh cari jalan lain untuk dapat kembali harga diri dan maruahnya yang dipijak. Sekaligus si lalat belakang saya ni dapat pengajaran dia. " Jelas Darin Farida sambil menunjuk arah Ash guna hujung matanya. Zuhri tersenyum.
"Insha Allah opah, saya ikhlas dan sedia membantu. Lagipun saya juga nak buat homework saya sendiri juga. Sambil menyelam minum air. Saya sihat walaupun tidak 100% dan diberi pekerjaan sambil buat homework itu sudah cukup." Terang Zuhri. Datin Farida senyum puas mendengar jawapan Zuhri. Dia angguk pada Mynn dan Kyo tanda puas hati.
"Okeylah kalau macam tu. Saya tinggalkan Zuhri dengan Datin opah dan Adel. Zuhri, selamat berkerja. Lain masa kita jumpa lagi." Ucap Mynn dan berdiri dari tempatnya. Dia turut membawa beberapa botol Ribena tadi untuk Myrza. Kyo mengambil botol-botol tadi dari Mynn dan membawanya.
Ash pelik melihat Kyo yang offer untuk membawa Ribena untuk Mynn. Mynn pun hanya menyerahkan sahaja pada Kyo tanpa bicara. Setahunya, Mynn takkan pernah memberi barangannya untuk dibawa oleh orang lain. Dia sendiri tidak pernah membawa barang milik Mynn sebelum ini.
Mynn dan Datin Farida bersalaman diikuti dengan Adel. Ash menunggu gilirannya untuk bersalaman namun dibiarkan sepi oleh Mynn. Mynn dan Kyo melambai arah mereka dan berjalan keluar. Kyo siap membukakan pintu untuk Mynn. Ash berasa cemburu melihat senyum tawa Mynn dan Kyo yang bergurau di depan pintu kereta.
Dari jauh dia terlihat dua motorsikal menghampiri tapi hanya berhenti ditepi jalan sahaja. Ash memerhati dan mengecam Seri dan seorang lagi lelaki. Mereka berdua berjalan menuju rumahnya, barangkali mahu berjumpa dengan opah atau Adel. Dia membiarkan sahaja. Dia kembali memerhatikan Mynn dan Kyo.
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Romance#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...