49

1.5K 41 5
                                    

Pihak polis memulakan misi mencari dan menyelamat sebaik sahaja mendapat laporan. Apatah lagi melibatkan anak kecil. Mynn dan Hany turut ikut meronda di area terakhir dia terlihat kereta yang membawa Myrza dan Ash.

Mynn dan Lay berjalan beriringan memulakan perncarian bila mereka sampai di satu tempat yang kelihatan seperti bangunan yang tergendala pembinaannya. Lani yang mengikuti mereka dari belakang memeriksa sesuatu di tablet miliknya.

"Mynn, tengok ni. isyarat iphone milik Ash datang dari sini. Maknanya mereka memang ada dikawasan ni ." tunjuk Lani kepada Mynn. Mynn mengumam marah. Sakit hatinya bila captain baby monkeynya dan juga Myrza menjadi mangsa.

"Siaplah kau Natasha kalau dua-dua ada luka. Aku korek-korek lubang hidung kau sampai berdarah." marah Mynn. Lay hanya menggelengkan kepala mendengar Mynn yang kegeraman.

Kyo dan Hany mendekati Mynn dan yang lain sebaik sahaja selesai meronda kawasan. Kyo berkata sesuatu pada Lani dalam bahasa Jepun membuatkan yang lain tertanya-tanya.

"Wei, kata kawan. Ni kenapa cakap Japan pulak dah." ucap Hany. Lani ketawa kecil.

"Kyo cakap belah sana ada cahaya dan bunyi seperti mesin. tapi dia tak tahu mesin apa." terang Lani. Hany diam berfikir.

"Aku pergi sana dengan Kyo. Tinjau jap. Korang teruskan ronda area sini okey. Seri, kau tunggu sini sampai pihak polis, ayah Hanif dan Lily sampai. " arah Lani. Seri angguk setuju.

Kalau bab-bab action macam ini, baik serah pada yang pakar. Yang jenis hardcore macam Lani, Lay dan Hany je mampu buat. Dia menjeling arah Mynn yang mengemaskan ikatan rambutnya. Ni lagi seorang, sikit masa lagi boleh join team hardcore, bisik hati Seri. Dia mengambil posisi yang tersembunyi dan punya view keseluruhan kawasan.

.

"Babah, lama lagi ke acik ni nak lepaskan kita?" soal Myrza. Ash memandang arah Myrza yang kelihatan penat.

'Kita sabar sikit ye Myrza. Babah try buat sesuatu ni." balas Ash sambil cuba melonggarkan tali yang mengikat tangannya. Myrza hanya memandang Ash yang sedaya upaya merungkaikan ikatan tali tiba-tiba berdiri dan menghampiri Ash dengan pandangan tidak bersalahnya.

Ash terkejut bila melihat Myrza yang duduk mencangkung disisinya dengan pandangan tidak bersalahnya. Dia cuba menahan suaranya yang terlalu terkejut melihat Myrza disisinya.

"Babah tak dapat buka ke?" soalan cepumas dari Myrza buat Ash bertambah terkejut. Myrza senyum tahan diri dari mengetawakan Ash.

'Macam mana Myrza boleh lepas?"

"Senang je. Acik Lani selalu main ikat-ikat dengan Milza. Sebab tu Milza tahu buka." ujar Myrza berbisik.

Ash memejamkan matanya menahan diri dari menjerit gembira. Dia punyalah berterima kasih dengan Lani kerana selalu membawa Myrza 'bermain' dengan benda-benda yang tak terfikir oleh orang lain. Ash memberikan senyuman manis pada Myrza.

"Tolong babah jap. Babah tak pandai bukalah. Acik Lani Myrza tak ajar babah lagi buka benda ni." pinta Ash pada Myrza yang kelihatan tidak punya rasa mahu menolongnya membuka ikatannya. Myrza menggaru hujung hidungnya sambil mengerutkan dahinya.

OMG! OMG! Apa pulak dia fikirkan ni? Ya Allah, janganlah bagi dia idea tinggalkan aku sorang kat sini, doa Ash dalam hati bila terlihat Myrza.

"Babah janji belikan Milza more puzzles lepas ni. okey?" ucap Myrza setelah diam lama. Ash terus menganggukan kepalanya laju. Masa genting macam ni pun dia sempat lagi buat deal. Allahu anak si Mynn Zaryn ni! Bisik hatinya lagi.

Sebaik sahaja mendapat janji dari Ash, Myrza menolong Ash membuka ikatan sambil membebel dengan bahasa bercampur-aduk menerangkan bagaimana cara tali itu dibuka. Ash hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh anak genius itu. Yang penting mereka wajib keluar dari tempat itu dengan segera sebelum disedari oleh Natasha dan orang suruhannya.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now