48

1.4K 46 2
                                    

Natasha ketawa besar melihat dua tubuh yang berikat di depannya. Dia menjeling pada dua lagi lelaki yang menjadi orang suruhannya. Dia memberikan sampul tebal kepada mereka berdua dan meminta mereka menjaga diluar pintu.

"Hoi bangun." Kata Natasha sambil menendang kaki Ash yang masih lagi belum menyedarkan diri. Ditendangnya beberapa kali sehinggalah Ash mulai membuka mata perlahan.

Ash cuba menggosok matanya namun gagal bila menyedari tangan dan kaki terikat pada kerusi. Tiba-tiba dia teringat Myrza, dia mencari Myrza dengan wajah cemas.

"Myrza. Myrza. Wake up." Pinta Ash cemas. Takut Myrza cedera atau sakit kerana ubat yang menyebabkan mereka tidak sedar diri yang digunakan boleh mendatangkan masalah pada anak kecil itu.

Natasha ketawa besar melihat Ash yang bimbang mengenai anaknya itu.

"Babe, kenapa nak risau pasal budak ni? He just another obstacle for us." Kata Natasha kuat. Ash memandang tajam arah Natasha.

"Kau dah gila ke? Myrza masih kecil! Kau nak apa dari semua ni?" Marah Ash. Dia berusaha melepaskan dirinya namun gagal. Tali yang mengikatnya terlalu kemas untuk dia melepaskan diri.

"Nak awaklah babe. Dah tahu tanya lagi awak ni. Tapi sejak balik Malaysia, awak selalu ignore I. Walaupun selalu terserempak dengan Mynn tu awak akan tampar dia, sepak dia or maki dia, tu pun buat I jealous sekurang-kurangnya Mynn dapat tengok muka you." Jawab Natasha lantang. Ash hanya mampu mengeluh kasar. Dipandangnya lagi arah Myrza yang masih belum sedarkan diri. Natasha menghilangkan dirinya bila melihat Ash tidak memberi respon padanya.

Dia memanggil Myrza beberapa kali sehingga terlihat Myrza bergerak sedikit. Myrza mulai menangis bila sedar dia berada tempat asing.

"Mama. Mama. Mama." Tangisnya sambil memanggil Mynn. Ash berasa bersalah dan kasihan.

"Myrza. Myrza. Babah ada kat sini. Shuuu jangan nangis lagi. Babah ada sini." Pujuk Ash perlahan cuba menenangkan Myrza.
.
.
Mynn terduduk mendengar apa yang dikatakan oleh Lily dan Lay. Airmatanya gugur perlahan-lahan.

"Sorry Mynn. Aku tak dapat kejar lelaki yang bawa Myrza. Mereka berpecah masa aku kejar." Kata Lay sambil memeluk Mynn erat.

"Its okey Lay. Kita tunggu berita dari Hany dan Kyo. Thank you korang." Kata Mynn membalas pelukan Lay.

Dari jauh Datin Farida, Puan Elly dan Adel berlari menuju arahnya. Mungkin sudah mendengar perkhabaran mengenai Ash dan Myrza.

"Mumy. My baby shark dengan captain baby monkey." Tangis Mynn sebaik sahaja melihat Puan Elly menghampirinya. Dia memeluk erat Puan Elly sambil menangis teresak-esak.

Hanif yang berdiri disebelah Mynn hanya mengetap bibirnya geram. Siapa lagi yang membuat onar dengan Mynn kali ini.

"Aku syak orang yang sama." Kata Lani yakin. Dia menggengam penumbuknya kuat. Lily cuba menenangkan Lani dengan memeluk tangannya.

"Siapa tu nak? Cuba bagitau kat ayah Hanif." Pinta Hanif dengan nada suara menahan marah. Sejak dari dulu lagi dia menggelarkan dirinya ayah Hanif kepada kawan-kawan Mynn. Dianggapnya sebagai anak sendiri kawan-kawan kepada menantunya itu.

"Natasha kan." Ucap Lily. Lani memandang Lily sambil anggukkan kepalanya. Hanif memicit kepalanya, pening memikirkan bila nama wanita itu sekali lagi muncul.

Zuhri berasa serba salah bila mendengar perbualan mereka. Tidak menyangka Natasha sanggup bertindak jauh seperti itu.

"Maafkan saya. Maafkan saya." Katanya perlahan. Mynn yang sudah reda dari tangisan memandang Zuhri yang menunduk kerana serba salah.

"Kenapa awak yang minta maaf sedangkan Natasha yang bersalah?" Ujar Mynn. Dia mengesat airmatanya.

"Sebab semua ni kerja Natasha, awak tak perlu minta maaf pun sebenarnya. Kau pun salah satu mangsa juga Zuhri." Sambung Mynn lagi. Riak mukanya mulai berubah. Menangis bagai nak rak pun takkan dapat mengembalikan Captain baby monkey dan baby shark dia.

"Ayah dah call polis dan sekarang ni nak ke balai buat laporan. Mak dan Puan Elly balik dulu. Biar saya uruskan hal ni. Adel temankan kamu balik." Arah Hanif tegas.

"Erza tolong tengokkan mereka jugak. Biar kami sama-sama ke balai sambil tunggu Hany dan Kyo." Sambung Lani.

"Kalau macam tu, saya bawak The Nohs pergi rumah mumy Elly then join korang nanti." Kata Noh Fitri. Lay hanya mengganguk. Dia memanggil The Nohs dan diiringi oleh Chan dan Xia dari belakang.

Hanif, Mynn, Lani dan Lily segera ke balai polis untuk membuat laporan manakala Seri dan Lay menunggu Hany dan Kyo yang mengejar penculik tadi kembali.

Lani turut menyertakan beberapa bukti kepada pihak polis mengenai kegiatan haram Natasha. Zuhri turut menyerahkan bukti dari pihaknya yang melibatkan pemalsuan informasi dan dokumen berkaitan dengan dirinya sebaik sahaja tiba dibalai.

Mereka berkumpul di cafe milik Seri dan menenangkan diri masing-masing dengan kopi sejuk dan manisan. Menunggu kepulangan Hany dan Kyo bagaikan menunggu kucing bertanduk.

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi motorsikal milik Hany memakir dihadapan cafe. Dengan wajah yang geram dan marah, Hany masuk ke dalam cafe sambil menghempaskan helmetnya dilantai. Dari sana sahaja mereka sudah mengagak Hany tidak dapat menjejaki penculik-penculik itu. Mynn gelisah memikirkan nasib Myrza yang masih kecil. Mesti anaknya itu menangis ketakutan.
.
.
"Myrza. Myrza okey tak?" Soal Ash prihatin. Dia memandang Myrza yang sudah tenang dan berdiam diri. Habis ikatan rambutnya berurai, serabut dilihatnya wajah Myrza sekarang.

"Okey babah. Milza rindu mama." Jawabnya sayu. Ash terdiam mendengar. Sakit pula hatinya bila anaknya dilibatkan dalam masalah mereka.

"Malangnya kau takkan jumpa mama kau lagi lepas ni. Orang-orang aku tengah siapkan tong untuk simen kau." Ejek Natasha pada Myrza. Dia ketawa mengilai bila terlihat muka Myrza menahan nangis.

"Kau lepaskan anak aku Natasha. Kalau kau nak aku, ambil aku je. Yang kau kaitkan dengan Myrza sekali kenapa?" Marah Ash. Terhenti ketawa Natasha mendengar amarah Ash.

"Anak kau? Bukan dulu kau tak mengaku ke budak ni anak kau? Yang kau kata anak haram?! Kau dah lupa ke Ash?!" Jerit Natasha membalas. Ash terkedu, dia memandang Myrza yang memandangnya dengan wajah ingin menangis.

"No no no Myrza. Itu salah faham. Percaya kat babah okey." Pujuk Ash. Takut memikirkan Myrza tidak mempercayainya sedangkan mereka berdua baru sahaja ingin merapatkan hubungan. Myrza hanya anggukkan kepalanya. Dia percaya babahnya dari wanita depannya itu. Dipandang tajam arah Natasha yang sengaja memburukkan lagi hubungan mereka berdua.

"Aku tahu Mynn ada pasang beberapa orang untuk guard anak comel dia ni tapi malangnya duit melebihi segalanya. Anggota keselamatan tu bocorkan maklumat tuk kami bila aku offer duit banyak kat dia. And the woman on motocycle? Dia kejar wrong person. Kasihan." Kata Natasha lagi.

"And the Japanese man? Also lost on road." Sambungnya lagi.

"Tak siapa akan tahu korang kat mana. Senanglah aku dan orang aku yang lain buat kerja." Natasha ketawa mengilai. Ash memejamkan matanya. Geram dan marah kerana tidak dapt berbuat apa-apa. Hanya mendatangkan masalah sejak dari dulu.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now