24

1.1K 40 3
                                    

Ash berkali-kali mencuci mukanya dengan air dingin ditengah malam. Sudah beberapa kali dia bermimpi buruk. Setiap kali bermimpi, pasti dia ternampak wajah Mynn yang tidak berhenti menangis dan merayu.

Dia mendengus kasar. Dasar perempuan curang! Jeritnya dalam hati. Dia menuju ke dapur mahu membancuh kopi kegemarannya. Namun sebaik sahaja dia menjejaki bahagian dapur, tekaknya mulai terasa loya.

Dia berlari arah tandas memuntahkan semua isi perutnya. Pelik. Sudah beberapa hari juga dia mengalami benda yang sama. Mahu jejak ke dapur sahaja mulailah tekaknya terasa loya.

"Ash." Tegur suara dari belakangnya. Terloncat dia sedikit bila ditegur.

"Ibu. Kejut Ash. Tak tidur lagi ke?" Soalnya. Dia berkumur-kumur dan mengelap mulutnya dengan tuala bersih.

"Haus. Tu yang bangun. Ash kenapa?" Soal Badariah. Pelik melihat anaknya yang masih belum tidur.

"Takde apa. Okeylah. Ash masuk tidur dulu. Esok ada training." Pamit Ash segera. Loya tekaknya terhidu bau peti sejuk dibuka oleh ibunya.

Pantas kakinya berlalu kembali ke biliknya. Sambil dia mengurut dadanya sendiri. Pedih bila banyak kali muntah. Kenapalah dengan aku ni? Nak demam ke? Katanya sendiri. Dia merebahkan dirinya. Merenung siling biliknya. Termenung sendiri tanpa disedari airmatanya mengalir menanggung rindu.

Dia rindu. Rindu pada Mynn Zaryn. Namun egonya melebihi segalanya. Apatah lagi teringat gambar-gambar dan rakaman suara yang diterimanya sebulan lalu. Disini sekurang-kurangnya dia tenang tanpa melihat Mynn Zaryn.

Terbayang Mynn yang ditinggalkan sebulan lalu. Terduduk tanpa riak. Dia expect Mynn menangis merayu meminta ampun padanya tapi bila terdengar soalan Mynn mengenai sampul, dia tidak dapat menahan marahnya. Terngiang-ngiang permintaan ibunya beberapa hari lalu untuk menceraikan Mynn.

Beberapa hari lalu,

"Ash dengan Mynn macamana sekarang? Ada try contact?" Soal Badariah ketika mereka sarapan bersama.

Ash menjeling ibunya. Orang pertama yang dihubunginya bila dia mahu berangkat ke Aussie dulu. Ibunya terus menempah tiket dari Russia ke Aussie untuk bersamanya. Ayahnya langsung tiada bertanya khabarnya.

"Buat apa nak call dia?" Jawab Ash sambil lewa. Badariah senyum sinis namun disembunyikan senyumannya bila Ash angkat muka merenungnya.

"Saja tanya. Ibu terus-terang eh, Ash ceraikan je Mynn tu kalau dah macam ni kejadian korang. Takyah lah nak acah gantung bagai. Ash cerai dia, tu hah Natasha ada teman Ash. Taklah keluar berita bukan-bukan kalau Ash dengan Mynn cerai." Kata Badariah. Ash kerut dahi.

"Later lah bincang. Ash masih sakit hati ni, ibu jangan pula nak tambah sakit hati Ash. Natasha tu biarlah dulu. Kan kebetulan je jumpa kat airport dulu." Balas Ash. Badariah mencebik.

"Alah ibu bukan apa. Ibu bukannya boleh duk lama dengan kau ni. Ayah kat Russia takde nak tengok. Ibu balik sana nanti takde orang nak jaga Ash. Ada bini tapi buat hal, baik cerai cari lain."

Ash menggeleng. Memang hatinya masih sakit bila tahu Mynn buat hal tapi dalam masa yang sama dia masih mahu Mynn. Masih sayang malah sangat sayang.

Ash mengeluh panjang mengingatkan kata-kata ibunya. Cerai Mynn cari lain? Huh ingat senang ke nak cari yang lagi best dari Mynn? Katanya sendiri lagi. Walaupun Natasha sentiasa menemaninya tiapkali ada masanya free dari shooting, dia tetap teringat dengan Mynn. Dengan gayanya yang free spirit dan happy go lucky sentiasa buat dia terhibur.
.
.
.
Mynn melilau kiri kanan. Penat mengelak para paparazi. Nasiblah juga dia mengekalkan identiti misterinya. Majlis kahwin dulu pun sikit lagi nak buat public. Kahwin di hotel tapi majlis tertutup. Nasiblah masa viral dulu sempat disekat sebelum meluas berita kahwin dia dan Ash. Dia lega bila line clear. Cepat dia memuatkan dirinya ke dalam kereta.

"Nak keluar rumah sendiri susah, nak balik rumah sendiri pun susah. Ada laki susah, takde laki pun susah. " Rungut Mynn. Enjin kereta dihidupkan, pintu kereta dikunci. Aircond dihidupkan setelah beberapa minit. Tingkap dinaikkan.

"Nak makan McD. Nak makan ayam goreng, BigMac, Apple pie dengan aiskrim." Ujar Mynn sendiri.  Stereng kereta dipusing dan perlahan meninggalkan perkaranganan Yayasan.

"Culat lapar ek? Kejap lagi kita makan okey. Mama tengah drive ni beli makanan kita." Sambungnya lagi sambil mengusap baby bumpnya yang semakin membesar dengan sihat.

Hari ini dia hanya bekerja setengah hari di Yayasan. Setengahari lagi dia akan ke Al-Ikhwan. Menjalankan tugasan nya disana pula. Erza dan Seri sudah menunggunya disana. Selesai membeli, dia menuju ke office Lani untuk menjemputnya.

"Hoi mak buyung! Banyak kau beli makanan. Kebulur sangat ke kau?" Tegur Lani. Terkejut melihat seat belakang full dengan makanan.

"Alah kau ni. Sikit je ni." Jawab Mynn. Mereka bertukar tempat. Mynn mencapai paperbag McD. Lani menjelingnya dan seat belakang kembali.

"Kau ni pelihara culat ke monster dalam ni?" Gurau Lani. Mynn ketawa.

"Siap McD, KFC, Tealive, Starbuck pun ada. Wei, ni apa? Subway? Oh my god Mynn. Yahh! Kheman mogho yah!" Jerit Lani sambil menyelongkar seat belakang. Akhirnya terkeluar juga mother tongue si Orked Mylani Ryu! Mynn ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Lani.

"Akhirnya Lani. Your mother tongue came out. Oppa! Jalan cepat pi Al-Ikhwan." Usik Mynn. Sengaja menayangkan Ayam goreng miliknya pada Lani.

"Shit Mynn. Its been a while I didnt spoke in Korean." Carut Lani. Mynn menamparnya lengan Lani. What? Reaksi Lani sambil angkat bahu.

"Dilarang mencarut. Culat boleh dengar okey. You can only speaks nice and in beautiful manners around me." Tegur Mynn

"Woops. Mianhae culat-ah. I will speak in Malay, Korean & Japanese around you and your Mama."

"Hah macam tu nice. Manalah kita tau kot-kot genius in languages si culat nanti. Nanti aku nak announce kat yang lain. Since kau dah offer Korean & Japanese, Seri nanti aku suruh cakap Thai, Hany pula cakap Russian. Si Lily pula aku suruh cakap Mandarin dengan German." Rancang Mynn. Lani menggeleng.

"Kau ni padanlah jugak masuk list Top Geniuses in Malaysia. Ada saja akal kau ek. Si Seri tu bila masa pulak pandai cakap Thailand?"

"Aik, kan si Ben, crush tak jadi dia tu darah Thailand. Bolehlah jangkit kat culat sikit mother tongue si Ben tu. Boringlah sekarang ni asyik oppa sana oppa sini. Nak juga aku nengok mamat Thai on the way." Seloroh Mynn.

"Kau ni nak kata genius. Celah manalah orang-orang tu nampak genius kau ni. Yang Thai tu si Ben bukannya Seri. Loyar buruk betul kau ni Mynn." Lani membalas. Digelengkan kepalanya banyak kali.

"Haihlah. Teleng juga kepala aku tak lama dengar plan yang berapa nak genius kau ni. Asal kau tak tambah lagi bagi culat dengar Bruneian slang from Lay?"

"Wei idea kau amat bernas Lani. Later will give Lay a call and let her speak for hours." Balas Mynn diselangi dengan ketawa kuat.

"What the hell Mynn!!" Carut Lani lagi. Jari telunjuknya dipusing-pusing ditepi dahinya.

"Haipp! Kan aku dah cakap jangan mencarut! Kau ni." Pukul Mynn arah lengan Lani kuat.

"Weii sakit. Sorry sorry. Aduhh pedihlahh." Rungut Lani. Dia meneruskan pemanduannya ditemani dengan bunyi radio yang kadang kala diselangi dengan bunyi Mynn membuka paperwrap makanannya disebelah.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now