Beberapa bulan kemudian,
Mynn meneruskan aktivitinya seperti biasa. Dengan keadaannya yang sarat menunggu hari sahaja lagi, dia masih bertenaga dan rancak bekerja.
"Dahlah tu Mynn. Biar bibik yang buat nanti." Tegur Puan Elly bila terlihat gigih Mynn membersihkan tempat najis kucing-kucingnya. Mynn tersengih.
"Terbiasalah mummy. Nanti pesan kat bibik ek bersihkan. Kesian karang dorang ni taknak berak kat bekas." Pesan Mynn. Puan Elly hanya geleng sambil senyum.
Mynn melangkah ke ruang tamu mereka. Dia baru sahaja balik dari interview bersama media di pejabat Yayasan. Macam-macam alasan yang diberi bila mereka bertanya mengenai Ash.
Kandungannya? Langsung tidak ditanya kerana kandungannya tidak ketara langsung. Orang luar hanya anggap dirinya hanya naik berat badan sahaja. Dia bersyukur untuk itu, kalau tidak memang lagi susah dia mahu menutup aibnya sendiri. Jika ditanya, dia hanya akan menjawab hanya soalan mengenai kerjanya sahaja dibenarkan. Sebolehnya dia mahu personal life milik dia tidak dicanang.
"Hari ni kau ada nak pergi mana-mana lagi tak?" Tanya Erza dimuka pintu. Mynn angkat muka, berfikir lama.
"Takde kot. Kenapa?"
"Kalau takde, aku nak pergi tempat Seri dah ni." Kata Erza. Mynn melirik arah jam dinding.
"Oh dia dah habis ek. Okeylah. Thank you Erza." Ucap Mynn sambil bagi flying kiss buat pembantu setianya. Erza menggeleng.
Mynn ketawa. Erza melambainya sebelum bertolak. Mynn kembali duduk menyandar tapi sekejap sahaja. Dia kembali ke biliknya. Setelah mendapat posisi yang selesa, dia kembali termenung.
Diusap perutnya perlahan-lahan. Teringat dengan Ash si Captain Baby Monkey yang dicintainya. Dia pasti Ash belum mengetahui lagi keadaannya sekarang ini. Kalau dia tahu pun, dia takkan percaya culat ni zuriatnya berdasarkan apa yang dia percaya dari sampul bertuah tu.
Dia memikirkan status dirinya. Tak bercerai tak pula digantung. Hanya terpisah. Datin Farida mengatakan Ash ada mengirimkan dirinya nafkah setiap bulan melalui akaun Datin Farida. Mynn hanya diam sahaja bila Datin Farida memberitahunya berita itu ketika dia melawat Datin Farida dulu.
"Hish! Siapalah yang buat benda bertuah tu. Tunggu lepas aku beranak nanti. Sampai lubang cacing aku cari kau." Kata Mynn geram. Hatinya disabarkan sendiri dan kembali mengusap perutnya bila terasa tendangan si culat.
"Opss sorry culat. Mama geram je teringat siapalah buat macamni kat mama dan babah." Kata Mynn sendiri. Terasa lagi tendangan culatnya. Mynn tersenyum.
"Nanti culat tolong mama cari orang yang buat jahat kat mama babah okey. Culat tolong gigit tangan dia kuat-kuat." Kata Mynn lagi. Dia senyum dan tidak lama kemudian dia terlelap dengan memeluk hoodie milik Ash.
.
.
.
Al-Ikhwan dipenuhi dengan suasana riuh dan gelak tawa. Hari ini hari yang ditunggu oleh kesemua penghuni dan tenaga kerja Al-Ikhwan. Majlis menyambut bulan Ramadhan dan doa selamat. Dewan Al-Ikhwan dihias indah dan pentas sementara dipasang untuk anak-anak yang akan membuat persembahan.Mynn bersiap ala kadar bersama Puan Elly dan Erza. Datin Farida dan Adel juga akan menghadiri bersama majlis keramaian di Al-Ikhwan.
"Mynn okey tak ni? Kalau rasa tak sedap, Mynn rehat je. Mumy je yang hadir pun okey." Tanya Puan Elly bila melihat Mynn seakan lelah untuk bergerak.
"Okey je tapi tu lah agak penat sikit." Jawab Mynn. Malam itu dia hanya bersiap ala kadar, mengenakan jubah dan selendang. Hanya lipstick dan eyeshadow sahaja menghias wajahnya.
"Takut pula Mumy. Macam dah nak beranak je."
"Taklah. Ada lagi beberapa hari sebelum due. Tapi esok atau lusa Doktor Fatin kata boleh masuk wad dah." Ujar Mynn.
Erza geleng kepala mendengar. Keras kepala Mynn tak ubah dari bujang sampailah nak jadi mak orang. Terdengar kucing-kucing Mynn mengiau diluar.
"Laparlah tu. Aku belum bagi makan lagi." Kata Mynn. Perlahan dia keluar dibahagian khas kucingnya disimpan dan memberi makanan kepada Happy, Carla dan Lily.
"Yang lain tak join kat Al-Ikhwan harini?" Soal Puan Elly. Dia membuka kabinet kasut dan mengeluar flat shoe untuk Mynn, wedges untuknya. Erza pula mencapai sneaker miliknya.
"Seri ada persembahan teater malam ni. Lani dan Lily kat oversea. Dont know where they at. Takde berita." Ujar Mynn pelik. Terpandang Erza yang senyap sebaik sahaja Puan Elly bertanya mengenai soulsisters-nya yang tiada berita sejak mereka sudah berlepas seminggu lalu.
"Hany balik New York kan. Hermm. Kalau dorang ada ni mesti best." Ujar Puan Elly lagi.
"Lay ada malam ni Mumy. Kebetulan dia ada kursus kat sini so dia kata dia akan join majlis malam ni. Seri pula dia akan datang kalau dah siap nanti." Jelas Mynn.
Erza membawa kereta berhati-hati. Maklum ada ibu mengandung tengah sarat pula tu. Balik-balik dia menjeling arah Mynn yang duduk disebelahnya. Mynn menjelingnya kembali.
"Kenapa jeling-jeling aku ni?" Soal Mynn. Curious pula dia dengan tingkah laku Erza sekarang. Mengundang curiga.
"Aku bukan jeling kau. Aku jeling orang yang ikut kita dari belakang tu. Dari kita keluar rumah tadi lagi dia dah ikut." Ujar Erza. Mynn segera melihat dari cermin sisi kereta mereka.
Kelihatan kereta putih mengikuti mereka dari belakang. Erza ke kiri, kereta tadi turut ikut. Kembali ke kanan juga masih juga ikut. Bila Erza menekan minyak sedikit, kereta tadi turut mengubah kelajuannya. Puan Elly mulai panik bila Erza mendengus kasar.
Erza segera mendail seseorang bila mereka berhenti di lampu merah. Mynn melihat sahaja Erza membuat kerja.
"Xia, where you at? Help me to identify the white car behind us." Pinta Erza. Mynn berkerut. Xia?
"Ada Xia ke kat sini sekarang?" Soal Mynn. Erza mengangguk. Xia, bodyguard yang ditugaskan untuk menjaga Seri sejak parents Seri terkorban dalam kemalangan yang dirancang oleh psyco-stalker Lay dulu.
"He just cameback from Japan few days ago. Lani asked him to came lepas his whole family terkorban dalam natural disaster sebulan lalu." Jelas Erza.
Mynn mengangguk. Dia pun tahu natural disaster yang melanda Jepun. Tak sangka kelurga Xia turut terlibat. Kasihan. Xia sudah lama kembali ke Jepun sejak kes psyco si Lay dulu tertangkap kembali. Itupun atas permintaan Seri agar Xia kembali untuk bersama keluarganya. Katanya dia kini tidak lagi perlu dijaga dan dilindungi.
Teringat pula bila mereka menghantar Xia di airport tiga tahun lalu. Menangis teresak-esak Seri melepaskan Xia. Apa tidaknya, Xia sudah bersamanya sejak tamat sekolah sehinggalah dewasa.
"Seri tahu ke Xia datang balik ni?" Soal Puan Elly. Dia juga turut mengetahui segala kisah gelap mereka. Apatah lagi dia juga salah seorang mangsa dulu.
"Tak tahu lagi. Kiranya esok Xia akan jumpa dengan Seri. Tahu-tahu malam ni Xia pun nak join sekali kat Al-Ikhwan. Ohyaa, he is Muslim now. Already converted a years ago." Kata Erza lagi.
"Alhamdullilah." Serentak Mynn dan Puan Elly mengucap syukur. Mereka tersenyum.
Deringan phone membuat mereka bertiga berhenti berbual. Erza segera menyambut panggilan dari Xia.
"Hello. Who is it?" Direct Erza menyoal.
"Its Chan and Lay-kun, sister." Lapor Xia ceria. Erza lepas keluhan lega.
"Apalah dorang dua ni. Kata nak jumpa kat Al-Ikhwan, alih-alih acah gangster pulak ikut dari belakang." Kata Mynn geram. Xia ketawa.
"Okeyy Xia. Thank you. See you soon." Ujar Mynn lagi. Erza mematikan panggilan. Selang 30 minit kemudian, mereka sampai di perkarangan Al-Ikhwan.
Suasana yang riuh dan terang benderang membuat hati Mynn tenang dan damai. Suara zikir yang dipasang kedengaran hingga ke luar dewan.
YOU ARE READING
Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅
Romance#2 MS & MR SERIES BY THEAGASSHI Mynn Zaryn x Adam Ashraf COMPLETED VOTES & COMMENTS WELCOMED. "Captain baby monkey!" Terngiang-ngiang panggilan itu di telinga Ash. Senyuman si pemanggil selalu terbayang. Perangai misteri wanita itu kadang buat dia...