50

1.7K 51 3
                                    

Ash duduk ditepi katil sambil menangis. Sesekali dia melihat arah Mynn yang baring didepannya masih belum lagi sedarkan diri sejak keluar dari bilik pembedahan sejam lalu. Biarpun result operation tadi berjaya, selagi Mynn belum sedarkan diri selagi itulah dia tidak senang hati.

Terdengar pintu bilik wad Mynn terbuka, Ash segera mengesat airmatanya dan menoleh. Lily dan Seri masuk bersama dengan membawa makanan dan pakaian.

"Ash, ni kami belikan makanan untuk kau. Tapi jam macam ni aku dah malas dah duduk dekat kedai mamak tunggu order." ucap Seri dan menghulurkan plastik KFC kepada Ash. Lily pula menghulurkan beg kertas yang berisi pakaian.

"Yang ni pula untuk kau, kau ganti baju dan seluar kau tu. Aku singgah ambil kat rumah Adel tadi."

Ash menyambut dan mengucapkan terima kasih kepada Seri dan Lily. Dia melihat lagi arah luar mencari kawan-kawan Mynn yang lain. Seri yang perasan dengan perbuatan Ash tersenyum.

"Myrza tadi Kyo yang bawak balik pi tempat mumy Elly. Dont worry, he is fine." Kata Seri.

"Lani dan yang lain lepas check-up tadi pun terus balik. Rehat kat rumah je." Sambung Lily.

"And kami berdua pula dengan Xia kat luar tu standby kat sini. Takut ada saki baki orang-orang Natasha yang tertinggal. Sebab polis bagitau tadi, orang-orang yang Natasha upah ni sebenarnya ahli kongsi gelap yang dah berpecah. Tak tahulah kat mana dia boleh terjumpa orang-orang ni." Keluh Seri. Dia memeluk dirinya sendiri.

Ash mengurut lembut belakang tengkuknya bila terdengar informasi dari Seri. Tak sangka Natasha sanggup buat macam tu kerana tidak mahu dia kembali berbaik dengan Mynn.

"Err, kau ada apa-apa lagi nak ke?" Soal Lily. Ash menggeleng laju.

"Takde dah. Ni pun dah okey dah ni." Kata Ash. Mereka hanya mengangguk.

"Kalau macam tu, kami keluar jaga kat luar. Kau stay dengan Mynn kat sini. Jangan risau. Kau nak tidur sampai esok tengahari pun okey. Tahu penat sangat." Seloroh Seri sambil menolak Lily keluar. Ash ketawa kecil mendengar Seri.

"Okey. Thanks ye. Kalau ada apa-apa cepat bagitau." Pesan Ash. Sebaik sahaja Seri dan Lily beredar keluar. Ash mengambil kesempatan untuk membersihkan dirinya sebelum menjadi punca pula jangkitan kotoran pada Mynn.

Dia membersihkan dirinya perlahan-lahan. Rambutnya dicuci dengan teliti. Banyak pasir-pasir yang keluar sebaik sahaja kepalanya disentuh air shower. Ash hanya menggelengkan kepala. Dia teringat kembali saat-saat genting mereka tadi.

Bila teringat mengenai Myrza, Ash ketawa sendiri. Teringat riak wajah Myrza yang selamba datang arahnya dan duduk mencangkung ditepi melihatnya yang sedang susah payah melepaskan diri.

"Aduhai Adam Myrza. Nasiblah mama awak ni genius bagi awak main sambil belajar benda-benda macam ni. Rupanya ada juga gunanya." Kata Ash sendiri. Ketawanya tidak lagi habis bila teringat deal yang sempat Myrza minta sebelum melepaskannya tadi. Dia ketawa sambil mencuci rambutnya.

Pintu bilik wad Mynn dibuka perlahan-lahan, Zuhri masuk tanpa bunyi. Terlihat Mynn yang terbaring tanpa sesiapa menemaninya. Zuhri menggengam penumbuknya kuat.

"Akhirnya kau seorang jugakan Mynn Zaryn. Penat aku tunggu peluang aku. Kau ingat semua dah berakhir? No! Kau silap Mynn Zaryn. Laki yang kau sayang tu tengah seronok mandi kat sana. Hahaha! Dia takkan tahu aku kat sini nak bunuh kau. Mampus kau Mynn! Mampus!" Kata Zuhri sambil mencekik leher Mynn sekuat hati.

Menggelupur Mynn mencari oksigen dikala dia masih belum sedarkan diri. Zuhri ketawa melihat Mynn yang terseksa mencari nafasnya.

"Kau buat Natasha ditangkap? Aku buat kau mati. Walaupun Natasha bini aku, tapi aku nak tengok dia bahagia, happy. Tapi kau dan kawan-kawan kau tu akal panjang. Ada saja nak halang Natasha happy. Apa salahnya korang dua kongsi je Ash tu? Aku bolehlah tengok dia hari-hari." sambung Zuhri lagi sambil ketawa yang menakutkan.

Ms. Chameleon & Mr. Captain (MC² ) ✅Where stories live. Discover now