Pelan-pelan Gina mengangkat buku latihan itu lalu memberi separuh kepada Qaisara yang sudah memberi signal, 'bagi aku..'
"Eh kejap. Qaisara?kamu buat apa tu?" Qaisara terhenti. Dia kaku. Suara itu cukup membuatkan tapak kakinya terasa seperti terpaku di bumi.
Gina menoleh kearah si pemilik suara."Dia tolong saya cikgu..kan cikgu suruh Qaisara datang sekali.."
"Sakinah..cikgu suruh Qaisara datang bukannya nak suruh Qaisara tolong kamu..tapi sebab cikgu ada benda nak dibincangkan dengannya.." jantung Qaisara seperti ingin pecah. Debarannya semakin pantas. Agaknya kena vibrate ringtone telefonnya kot.
"Ouh yeke?..okey..Qai aku masuk kelas dulu eh..kau hati-hati sikit.."
"Hati-hati apa pulak kamu ni Sakinah?apa kamu fikir saya ni nak suruh kawan kamu ni pergi berperang ke?aduhai.." Qaisara hanya tersenyum dengan usikan Cikgu As itu. Gina pula sudah meninggalkannya selepas mengambil buku dari tangannya tadi.
Tapi,sempat juga dia memberi salam hormat kepada Cikgu As sebelum pergi.Qaisara mengikuti langkah Gina dengan pandangan matanya.
"Qaisara..kamu tengok apa tu?"
Qaisara segera mengalihkan pandangannya ke arah Cikgu As taktala namanya dipanggil. Matanya terus bertukar mood ke arah mood menatap. Sungguh membuatnya terleka dengan cara cikgu As melaksanakan tugasnya di mejanya itu. Caranya melipat lengan kemeja kerjanya. Caranya tersenyum apabila menemukan kesalahan bukan-bukan dari buku semekannya. Dan caranya menjawab panggilan dari telefon miliknya. Aduh,dia jelas sudah jatuh cinta.
"Eh?apa kamu buat tu?termenung?" Teguran itu menyedarkan Qaisara.
"Sini.." panggil Cikgu As. Qaisara terus terkejut.
'Dia cakap sini..maksudnya datang sini ke?atau...Sini tengok ni?tengok apa..?takkan nak suruh aku menyemak buku latihan itu bersama-sama..?mesti banyak jawapan yang lawak..mesti kitaorang banyak ketawa nanti..aduh bahagianya...' hati Qaisara mula berbicara dengan sendirinya. Dia terketawa bahagia. Tanpa dia sedar sedari tadi Cikgu As memerhatikan geraknya.
"Ehemm?" Cikgu As membersihkan tekaknya sebagai amaran kepada Qaisara untuk berhenti bertindak pelik. Takut dia melihatnya. Budak ni makin lama makin menakutkan.
Qaisara segera bergerak menuju kearah Cikgu As. Aduh!malu..pandangan Cikgu As langsung berubah 360 darjah. Malunya Ya Allah...
"Ya cikgu?maaf.." Qaisara kini berada sedikit dekat dengan Cikgu As. Dia malu,tapi tolak tepilah..apa yang dia tahu,dia perlu segera mendengar kata cikgu matematiknya yang kacak itu.
"Takpa..Qaisara,sebenarnya saya ada benda yang saya nak bincangkan dengan kamu. Sebenarnya ni pasal..keputusan kamu baru-baru ni.." Mati! Qaisara sudah menunduk. Ini nak tunduk malu sebab gagal ke atau tunduk sebab malas nak dengaq cikgu berleter pasal isu markahnya yang paling rendah itu?
"Qaisara..apa masalah kamu sebenarnya ni?kenapa kamu boleh dapat 0 per 100?cikgu tak fahamlah..bukannya cikgu tak pernah ajar kamu apa-apa..cikgu rasa hari-hari kot cikgu masuk kelas kamu ajar matematik jadi kenapa susah sangat kamu nak..." Qaisara merasa seperti ingin bersembunyi di bawah meja cikgu As tika itu.
Dia tidak mampu menaikkan pandangannya pun. Malu eh?"Kamu tengok kertas kamu ni..!!kosong! Kamu tak tulis apa-apa pun.. kalau macam ni macam mana cikgu nak bagi markah hah???" Qaisara kini menaikkan wajahnya. Tapi kini pandangannya seperti malas. Apa tidaknya ayat yang Cikgu As ungkapkan itu hampir satu juta kali dia terima setiap kali markahnya rendah.. Sudah hampir 2 tahun Cikgu Asfad mengajar kelas mereka dan selama itu jugalah Qaisara selalu gagal. Dia juga tidak tahu apa sebabnya.
YOU ARE READING
Cikgu, saya pilih Cikgu..
RomanceBertepuk sebelah tangan. Itulah yang sering dikhabarkan oleh semua orang di sekitar Qaisara . Qaisara yang tulus dan mencintai seorang jejaka sahaja dalam hidupnya. Qaisara yang memilih untuk setia walaupun dia tahu si dia seperti tidak mahu dengan...